Si Chubby

Aku gegirl, umur dah hampir menginjak ke 30an (dalam beberapa tahun lagi hihi), aku teringat cerita lama dahulu masa aku dekat universiti. Aku boleh dikatakan seorang gadis yang agak aktif dalam persatuan-persatuan di universiti.

Semasa bergiat aktif dalam satu persatuan ni, aku telah mengenali seorang lelaki ni, Si Chubby (aku panggil si chubby sebab dia berbadan besar dan lagaknya macam doraemon ). Umur dia tua setahun dari aku, dia agak tinggi dari aku, dan badannya chubby dari aku.

Aku pula berbadan sederhana seperti gadis-gadis lain dan perwatakanku kalau orang tengok agak tegas dengan muka yang serius (mungkin sebab dah biasa jadi leader)

Masa awal-awal aku terlibat dalam persatuan di universiti aku, aku boleh dikatakan tiada kawan rapat (majoriti kawan sekadar bertegur sapa sahaja).

Satu hari, aku terlibat dalam satu program kepimpinan yang menjalankan latihan bahasa mandarin. Dan aktiviti ini telah dijalankan oleh satu persatuan/organisasi di universiti aku.

Masa tu aku budak baru yang hanya join sebagai pelajar universiti sekadar untuk kutip mata dalam program-program yang dianjurkan sahaja.

Pada satu hari tu, dalam program yang aku terlibat ini ada salah satu aktiviti yang memerlukan aku untuk bercakap dalam bahasa mandarin bersama rakan sebaya.

Aku sememangnya tidak ramai kenalan yang menyertai program ini. Kebetulan ketika aktiviti itu berlangsung, semua telah mempunyai pasangan untuk menjalankan tugasan tersebut. Hanya aku sahaja yang keciciran.

Jauh di sudut meja sana aku ternampak si chubby ini bersandar di kerusi keseorangan. Jadi nak tak nak, aku terpaksalah memintanya menjadi partner aku untuk laksanakan tugasan presentation berpasangan tersebut.

Sebagai seorang wanita yang sangat aktif dan sukakan tugasan sebegini, aku rasakan aku sangat nakkan yang terbaik dalam melaksanakan presentation itu.

Jadi, aku sememangnya banyak berbincang dengannya dari segi cara bercakap, skrip yang nak disampaikan dan lain-lain sebelum presentation mandarin tersebut.

Semasa berbincang, si chubby ni hanya banyak tengok , sengeh dan mengangguk sahaja mendengar aku bercakap. Hanya ada ketika sahaja dia mencelah.

Pada mulanya aku rasa dia ok sahaja. Cuma kadangkala aku rasakan dia sangat tidak serius. Adakala ketika berbincang dia suka bersandar pada kerusi seperti orang yang malas, adakala dia suka dengar aku bebel sambil tengok-tengok pastu tersengeh macam kerang busuk.

Aku memang meluat la rasa dengan cara dia tu. Tapi nak tak nak terpaksalah aku teruskan juga dengan dia, sebab aku pun tiada kawan lain kan.

Semasa presentation berlaku, aku tiba-tiba rasa geram dengan dia, sebab dia bercakap agak lambat dan banyak masa dihabiskan dengan tersengeh-sengehnya macam kerang busuk tadi , geram aku hehh..

Disebabkan dia sangat lambat bertutur , aku banyak memintas skrip dia(sebab aku sangkakan mungkin dia lupa skrip atau malu untuk bertutur). Namun, dia tetap mengulang skrip yang aku pintas, dan membacanya sambil tersengeh-tersengeh macam kerang busuk lagi.

Walaupun begitu, dia berjaya bercakap sehingga la habis. Tetibe aku pulak rasa malu, sebab tak menyabar nak habiskan skrip presentation tu, over je aku ni huhu.

Lepas habis je presentation dia dengan gayanya itu sambil tersengeh-sengeh dan sikit-sikit gelak terus bertanya aku kenapa bercakap skrip dia. Ya Allah geram aku.

Aku cakap lah dekat dia “kau tu yang lambat sangat, sorry lah terlajak baca skrip kau,ingatkan kau tak nak baca” Terus dia tidak henti-henti gelakkan aku. Makin benci pulak aku rasa dekat dia.

Dalam masa yang sama aku rasa macam agak lega juga la sebab dah selesai presentation dan syukur sebab ade yang sudi jadi partner presentation aku walaupun sementara je.

Walaupun agak malu tadi, aku cakap dalam hati, “tak pe lepas ni tak jumpa dah si chubby ni” (dengan gaya muka aku yang meluat tengok dia)

Habis je semua aktiviti berlangsung tu, aku baru teringat tentang si chubby yang tolong jadi partner aku tadi.

Aku terus mengajaknya untuk bergambar sebagai tanda terima kasih sebab sudi buat tugasan bersama-sama (memang aku sejenis yang suka bergambar sebab nak post sebagai tanda terima kasih tetapi setakat itu saja lah)

Macam biasa dia dengan lagaknya tersengeh-sengeh dan sikit-sikit suka gelakkan , dia pun ok nak bergambar. Selesai. Habis je program kami masing-masing berpisah dan tak berjumpa dah.

Masa terus berlalu, sampai lah tahun akhir aku terima mesej dari dia. Katanya nak memetik bunga bla bla bla (lupa ayat dia tapi dah macam ayat romeo pulak haha)…. dia bertanya tentang aku sama ada aku berpunya ke belum…

Mulanya aku agak terkejut juga terima mesej dia ketika itu. Aku tanya lah dia kenapa dia sukakan aku? Katanya aku satu-satunya wanita yang ajak dia bergambar. Selamani tak pernah ada perempuan yang sudi approach dia dan hargai dia.

Aku tetibe macam kelu dan terharu la sikit haha. Terus teringat balik peristiwa dulu Kebetulan memang aku dah tiada sesiapa kan. Aku ok je la, tapi kene saling kenal la dulu ape semua sebelum serius.

Dalam setahun perkenalan baru aku tau perangai dia yang suke bercakap lambat tu sebenarnya dia jenis orang yang santai bila bercakap, kira orang yang tenang2 je, aku je buruk sangka haha.

Lepastu dia memang orang yang suke gelak rupenye, punye la aku ingat dia suke gelakkan aku.. tapi memang smpai sekarang dia gelakkan aku lagi.. hishh haha…

Sekarang si chubby ni dah jadi tunang aku. Tahun ni kami akan berkahwin. Doakan kami. Hihi..

– Tunang si chubby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *