Kisah Seram Asrama

Masa aku sekolah rendah sampai form 5, aku sekolah harian biasa je. Sekolah dalam kampung dan dekat sangat dari rumah. Lepas SPM aku dapat tawaran form 6 di satu sekolah menengah ni, area bandar. Jadi agak jauh dari rumah aku dan terpaksa la aku stay asrama. Nervous yee sebab takde pengalaman masuk asrama.

Nak dijadikan cerita, hari pertama aku masuk asrama tu aku dah kenal la dengan beberapa orang classmate aku. Jadi takde la janggal sangat. Macam mana aku boleh kenal dengan classmate sedangkan baru first day masuk asrama?

Actually time tu covid and kitorang mulakan kelas online selama 2 bulan sementara tunggu arahan kerajaan utk masuk sekolah secara bersemuka and daftar asrama utk pelajar yang dah dipilih. Masa daftar asrama tu, covid dah agak reda tapi still kena jaga2 lagi2 budak asrama sebab satu bilik agak ramai.

Warden letak dalam 1 bilik tu semua form6 je dalam 20 orang. Malam pertama tu kitorg tidur lewat sebab kitorg tengah lantik ketua bilik and sesi memperkenalkan diri jugak. Lepastu borak kosong je. Syok sangat borak sampai tak sedar dah pukul 1 pagi. Semua dah mengantuk jadi kembalilah kami ke katil masing2.

Katil tu double decker dan disusun jadi 2 baris. Jadi 1 baris tu ada 5 katil. Katil pulak disusun selang seli dengan locker. Alah budak asrama mesti tahu punya. Katil aku di baris pertama (betul2 menghadap tingkap). Bilik tu dah tutup lampu tapi ada samar2 cahaya spotlight dari luar tembus masuk bilik. Jadi tak lah gelap sangat.

Baru je rebah kepala tak sampai 5 minit, tengah duk layan mata, aku dengar macam cakaran kuku dekat locker baris kedua. Aku tak tahu locker sape tapi bunyi dekat dan kuat sangat. Aku dah tak sedap hati, nak bangun pergi kat katil sebelah takut benda tu datang dekat aku pulak hahaha.

Aku bukak mata sikit, tengok member sebelah berselubung dah dalam selimut. Dalam hati aku syak dia pon dengar. Aku terus tarik selimut and cuba untuk tido tapi tak boleh weh. Cakaran tu bunyi makin kuat beserta dengan gelak. Ape niiiii malam pertama dah kena salam perkenalan.

Dalam hati macam2 doa dah baca tapi still bunyi tu tak hilang. Sampai lah aku dengar orang berlari sambil jerit “arghhhhhh” pastu terus lampu bilik terbukak. Rupanye member aku yang duduk katil tengah tu beranikan diri pergi lari ke suis nak bukak lampu.

Serta merta bunyi tu hilang and kitorang semua bangun serentak, berkumpul dekat suis tu hahaha. Semua dengar rupanya. Muka masing2 pucat weh, semua tak bercakap dan duduk sekejap utk tenangkan diri. Lepastu ketua bilik yang baru dilantik tadi arahkan kitorang ambil al quran, duduk dalam bulatan dan baca ayat kursi & surah al mulk. Baru nak ingat tuhan hermm..

Last2 kitorang tidur dengan lampu terbukak sampai subuh heheheh. Esoknya sekolah,kecohlah dalam kelas duk cerita dekat cikgu yang budak asrama kena salam perkenalan dengan “pemilik” bilik tu. Sejak dari tu, kitorang jadikan bacaan surah al mulk & ayat kursi tu sebagai rutin sebelum tidur.

*KISAH KE-2*

Asrama ni ada waktu “prep” iaitu waktu study. Kalau prep malam, start lepas isyak macam tu dlm pukul 8:45 smpai 11 malam. Kitorg study dekat bilik study yg diasingkan ikut form. Block yg sama dengan dorm asrama tapi tingkat bawah sekali (sebaris rumah warden). Tingkat 1 bilik form 4,5,6. Tingkat atas sekali bilik form 1,2,3.

Jadi bilik form 6 floor tengah la. Tepat 11 malam baru boleh naik ke bilik. Tiap kali kitorang naik ke bilik lepas prep, lepas semua dah tukar baju tidur ape semua, mesti bunyi orang berlari tingkat atas. Bunyi macam lari berkumpulan.

Tapi kitorg as senior abaikan jelah sebab kitorg fikir, biasalah tingkat atas semua junior2, banyak main, maybe tengah kejar member, maybe tak tahan nak membuang. Husnuzon la katakan.

Hari demi hari, kalau hari2 bunyi orang berlari,sape je boleh tahan kan. Bukan apa, warden pon dengar dari rumah dia dan dia dah start tuduh kitorg yang berlari2. Sebab kitorang duduk floor atas rumah dia. Padahal, kitorang dengar bunyi tu datang dari tingkat atas sekali.

1 malam tu lepas habis prep, kitorg masuk bilik tukar baju, dengar jugak benda sama. And aku sebagai AJK disiplin ni ajak la beberapa kawan naik tingkat atas dgn niat nak sound junior2 tu sebab lari2.

Actually bunyi lari tu sekejap je tapi agak mengganggu and kena tegur jugak sebab melibatkan disiplin. Tambah pulak waktu malan kan. Naik la ke tingkat atas, masuk bilik form 1, form 2 dan form 3 and kitorang tanya la sape yang berlari2 tiap kali habis prep.

Aku suruh mengaku siap ugut diaorang lagi hahahah. Aku cakap floor ni ada cctv. Nanti aku tengok cctv and dapat tahu sape punya angkara, lagi teruk diaorang kena (takde cctv pon sebenarnye hahaha).

Tapi semua tak mengaku wey.Diorang kate,memang selama ni diorang naik ke bilik, tak pernah nampak pon yang berlari. Sebab dah malam and baru habis prep,semua dah tak de energy nak lari2. Diorang siap bersumpah lagi yang diorang tak berlari pon.

Kitorang dah cuak sebab dah start pikir benda lain. Kitorang mintak maaf dekat diorang and turun ke bilik semula. Kitorang syak ada “benda” yang mengganggu and sejak dari tu kalau dengar je, kitorang abaikan je bunyi tu. Lama2 jadi lali dah.

Tapi ceritanya tak habis sampai situ je. Ada 1 kejadian masa bulan puasa. Exam week utk form 6. Semua dah tidur, cuma tinggal aku dan member katil sebelah je tengah study lagi walaupun dah pukul 2 pagi.Maklumla tak nak fail punya pasal. Padahal exam trial je. Tiba2 bunyi sirent asrama non stop.

Sirent tu berbunyi tiap kali waktu makan, prep dan rollcall(macam meeting lebih kurang). Biasanya kalau sirent non stop macam tu maknanya ada rollcall. Rollcall ape 2 pagi???? warden mengigau ke??? Bila dah membingitkan telinga,yang tidur pon terbangun la.

Tiba2 ketua aspuri (asrama puteri) masuk bilik kitorang, cakap yang warden suruh semua form 6 turun cepat. Semua bangun la pakai tudung, semua duk bebel sebab mengantuk. Takut aku tengok muka masing2 hahahah. Dengan rambut macam hantu kak limah nye. Kitorang pon turun berkumpul dekat depan rumah warden.

Kaw2 ye kena marah sebab dia kata dia dengar bising dan riuh macam ada kenduri atau pesta kat atas tu. Kenapa dia marah form6 je??? Form 4, form 5 tak marah? Sebab dia kata kitorang ada handphone (form 6 memang boleh bawak handphone ye).

Form lain mana ada handphone. So warden kata bila ada handphone, kitorang tidur lambat and buat pesta kat atas dengan bukak lagu kuat2.

Aku dengan member yang study dengan aku tadi pandang satu sama lain dengan muka pelik. Bila masa ada pesta?? Kenduri?? bukak lagu?? 2 orang je yang stay up tadi. Yang lain semua dah masuk alam barzakh. Eh silap, alam mimpi.

Macamtu lah aku explain dekat warden, tapi dia tak percaya. Dia tetap tuduh kitorang yang berpesta. Hmmmm.. Jam menunjukkan pukul 2:30, warden denda kitorang form 6 ni duduk bilik study sampai subuh.

Ini bukan menambah cerita ye..memang kisah benar. Tak boleh naik ke bilik. Mujurlah ada tinggal buku kat bilik study tu.Tapi tu lah,yang baru bangun tidur tadi, memang takkk lah nak bukak buku. Semua masih mamai. Tapi apakan daya. Terpaksa la buat2 membaca.

Warden masuk rumah dia semula. Dia wakilkan “makcik guard” untuk jaga kitorang. Sape tertidur, dia snap gambar ugut nak bagi pengetua.

Masing2 menahan mata sambil2 menunggu waktu sahur dan subuh. Esoknya exam, semua tak dapat fokus sebab penat tak dapat tidur. Mujur trial je bukan exam sebenar. Sampai sekarang tak tahu siapa yang “berpesta” seperti yang warden dengar tu. Entah2 warden tu yang kena ganggu sebenarnya.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *