Aku lelaki 40 tahun. Kehidupan kerjaya aku mapan dan aku rasa aku lelaki yang sentiasa beruntung. Kisah akan aku kongsi ini akan menjadi punca debat tapi aku terima saja apa orang nak cakap.
Aku kongsi yang baik² dulu. Isteri aku cantik biasa saja, manis orangnya. Kurus tinggi. Ada masa naik juga badan dia tapi lepas aku tegur dia jaga badan balik walaupun tarik muka.
Kalau aku diri sebelah, aku rasa satu aura buat orang semua lihat kami yang buat aku nampak hebat. Entah lah. Kahwin selepas dia tamat belajar dan dari itu tak bekerja sebab ikut aku bertugas dikawasan yang bukan nature dia.
Bab kebersihan dia terbaik. Jarang aku balik rumah bersepah atau bau tandas kucing. Tandas, tilam, tuala semua kalau boleh tiap hari dia nak basuh. Baju aku walaupun bergaduh, merungut dan aku cakap jangan gosok pun dia tetap gosok.
Aku ok je baju renyuk pun bukan orang kesah. Kalau kemas beg baju, semua siap² peket bahagian masing². Mak aku pun puji. Rumah mak aku, nenek aku semua tak janggal langsung dia kemas time raya. Bangga aku pakcik makcik aku puji melangit.
Dia pandai je masak. Tapi pernah juga dia masak bukan yang aku suka dan aku tak makan pedas. Sejak kahwin dia merungut tak dapat makan pedas lagi sebab aku. Tekak melayu dia kuat sedangkan aku ok je makan cereal dengan susu.
Lepas dah terbiasa dengan dia masak, sekarang aku pula tiba² detect lactose intolerance. Padahal dari kecik minum susu tiap hari.
Tengok balik gambar bujang aku kurus keding macam penagih, sekarang pipi aku berisi dan bmi aku cantik. Tak gemuk tapi nak sado tak jadi². Dia pula aktif sukan memang otot dia terbentuk sikit dari aku.
Ini part crucial pula. Kami dah kahwin 10 tahun dan belum ada anak. Aku tak tahu kenapa aku yang diuji. Dari dulu lagi memang aku ramai perempuan. Benda paling dia ungkit mesej aku dengan ex aku malam sebelum kami nikah.
Aku tak nafikan, aku sangat lemah bab perempuan. Tapi aku sayang isteri aku. Macamana pun dia tetap yang paling aku sayang.
10 tahun tanpa hubungan badan pun aku masih sayang dia. Pelik tapi ini hakikat. Aku cuba dekat tapi dia yang keras tolak aku.
Dia jumpa pendrive lama aku yang penuh gambar ex. Dalam 10 tahun ni juga dia jumpa mesej, gambar, resit dan banyak lagi yang aku tahu aku dah hancurkan dia. Tapi aku lelaki. Mana aku nak salurkan keperluan aku?
3 tahun pertama aku tak beri dia nafkah. Aku beritahu kewangan tak memihak. Dia mengamuk bila jumpa resit aku tolong bayar tayar kereta ex aku pancit. Aku naik pangkat, aku beri dia duit pun tetap tak cukup juga.
Tahun lepas kami gaduh besar bila aku cakap aku nak kahwin lain. Perempuan ni lain, dia faham aku. Dia pun tak nak kalau isteri aku tak setuju. Tapi aku nak bertanggungjawab. Isteri aku cakap aku kena pungai dan minta cerai. Jauh aku doa minta pertunjuk tapi tetap tak boleh lupa dua².
Kami ke mahkamah, kaunseling. Tapi mahkamah memihak aku bila aku cakap aku tak akan ceraikan dia. Surat nikah kami hilang, dia dah request baru tapi sengaja aku tak beri dia balik kampung untuk ambil sebab aku tak nak cerai.
Tiap kali balik kampung isteri aku sentiasa demam. Aku pun tak tahu dah penyakit nak datang. Isteri aku memang sentiasa marah lepas tu. Balik pun setahun sekali.
Belah aku memang kerap balik sebab aku selalu outstation dekat dengan rumah mak aku. Isteri cakap mak aku tak suka dia, ada benda mak aku beritahu sampai sekarang isteri tak cakap dekat aku. Aku rasa dia buat² sebab mak aku ok je.
Isteri cakap bapak aku belakangan ni kerap tegur bab anak. Aku tak dengar sebab isteri cakap aku main phone waktu dia borak. Banyak msg pejabat aku kena reply sebab tu aku sentiasa sibuk. Dia yang rajin layan borak buat apa.
Lagi yang hancurkan isteri waktu aku demam teruk keracunan makanan, muntah satu rumah. Isteri aku tak geli langsung lap dinding, lantai cuci tandas bekas muntah aku. Dia siap report kkm tempat makan tu dan kkm reply beritahu dah hantar denda.
Bila aku sihat aku transfer duit dekat gf sebab aku tiba² rindu rasa bersalah. Aku letak notes suruh dia pergi holiday tempat yang isteri aku pernah tunjuk tapi kami belum pergi. Aku tahu aku silap besar. Aku pun tak tahu macamana isteri aku sentiasa tahu semua benda.
Penat jadi aku ni. Menipu sentiasa kantoi, jujur pun dia tak percaya. Aku dah minta maaf. Aku belikan dia mesin kopi, camera dan earphone mahal yang dia pernah tunjuk tapi satu pun dia tak impress.
Entah lah. Kewangan aku rasa aku jauh dah mampu. Tapi satu benda aku tak mampu lepaskan isteri aku. Dia pula mati² tak nak bermadu. Banyak kali minta cerai.
Tamat 10 tahun berkhidmat, aku senyap² dapat extend lagi tempat yang sama tapi jabatan lain. Isteri aku nak balik sebab dia kata dah masa dia pula bina kerjaya.
Selama ni dia cakap dia cemburu tengok aku pergi kerja, orang² sebaya dia jawatan tinggi. Tapi bila aku yang cakap yang dia jeles dengan kehidupan aku dia tak mengaku pula.
Tahun ni aku cuba lagi pujuk dia untuk kahwin tapi tetap sama, mengamuk. Aku rasa aku kejam dengan isteri aku tapi aku buntu sebab tak boleh lupakan gf aku. Dua² banyak kelebihan.
Aku dah cuba lupa pun tetap tak boleh. Lagi isteri aku syak dan tuduh bukan², lagi aku rindu gf aku. Isteri aku nangis mengamuk semua pun dah. Akibatnya dia palau aku kat katil. Ini lah punca aku rindu cari gf aku. Dan cycle balik semula benda yang sama.
Aku tak boleh jujur dengan diri sendiri dan aku juga tak boleh tak ada isteri aku. Banyak cita² dia aku belum tunaikan. Susahnya jadi lelaki.
– Lelaki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ni bukan susah jadi lelaki, bro je yang buat bangang. Cerai and kahwin dengan GF bro yang bro gila2 kan tu. Semua orang senang.
ko yg ssh kn diri ko sndiri…lps tue ko nk ckp sshnya jd llki..x de penyakit cr penyakit..jd ko fkir la sndiri…😏
mati jela dari jadi suami tak berguna. mintak dijauhkan laa dapat jantan mcm ni
dia 10 tahun kahwin…xde hubungan badan..then dia mintak nk kahwin lagi..why not..
ceraikan la bini ko tu apa bengap sgt!? da tiba masanya utk upgrade bini baru barula ko akan dipandang gah. bini ko tu pandai2 dia la nk hidup merempat mne2.
bro,
1. tak semua perkara yang kau nak kau boleh dapat.
2. apa yang dah ada digenggaman, hargai dan syukuri. jaga sebaiknya.
3. apa yang diidamkan, belum tentu kau perlukan atau baik untuk kau.
4. muhasabah diri, tilik diri dan perbaiki diri sendiri dulu.
5. nampak macam kau masih tak boleh move on dengan ex kau, buang segala memori, ingatan dan apa2 yang berkaitan dengan ex kau. putuskan segala komunikasi dengan ex kau tu.
6. tumpukan sepenuh perhatian kau pada wife kau dan bersabar dengan segala kerenahnya.
7. mohon bantuan Allah untuk perbaiki hubungan kamu siami isteri.