Assalamualaikum salam sejahtera.. Aku Teja, bukan nama sebenar. Apa yang Aku nak luahkan ni adalah kisah Aku sendiri di mana Aku terkahwin gay.
Aku nikah agak lambat… sebelum kenal ex suami Aku ni. Aku dah ada kekasih tapi kekasih Aku tu tidak menunjukkan mahu serius dengan Aku.
Usia Aku 34 tahun ketika itu, dan Aku seorang yang bekerjaya. Aku kenal ex suami Aku dari seorang kawan sekerja, kawan Aku kenalkan melalui lecturer dia.
Kami berkenalan.. semasa berkenalan, dia memang seorang lelaki yang gentleman, kiriman Tuhan, dan suami idaman setiap perempuan. Kacak tu tidak tapi manis ada.
Sebelum kahwin, Aku kahwin 2019, semasa proses nak kahwin macam-macam dugaan Aku lalui.. tapi Aku tak nampak lagi apa yang Allah cuba tunjukkan..
Aku hanya ada ibu Aku.. dia ada family yang lengkap. Urusan pihak Aku memang tiada siapa nak uruskan melainkan Aku, Mak dengan kawan-kawan dia.. family sebelah Mak Aku semua di utara.
Aku pendekkan cerita.. setahun perkahwinan, yes indeed memang indah. Semua manis-manis.
Aku pernah bercuti dengan dia hanya dua kali saja.. selebihnya dengan family dia dan jika dia travel dia travel dengan kawan-kawan dia.. alasan tak nak bawa Aku.. sebab Aku ni tak biasa travel dan susah nak dapat cuti. Sebab Aku kerja shift.
3 bulan sebelum hujung tahun 2020 dia dah mula tak nak sentuh Aku, marah-marah atas urusan kecil. Bila Aku minta.. dia bagi alasan dia penat.. Aku hanya tahu melalak dan menangis bila kena marah..
Aku tak kisah kena marah tapi ayat-ayat marah dia tu sangat sinis. Balik dari kerja dia selalu bersama dengan kawan-kawan dia.
Aku tak tahan dengan keadaan ni.. Aku minta petunjuk dari Allah. Dan makbul. Aku bukan jenis check hp dan sebagainya..
Satu hari tu Aku terdengar notifikasi dari tablet.. dan Aku pun buka.. apa yang Aku jumpa dalam tab tu.. dark side apps, termasuk video, gambar.. yang membuktikan dia gay. Aku rakam dan simpan dalam phone Aku.
Setelah bertenang. Aku WhatsApp dia untuk jujur dengan Aku. Dia mengaku dia gay. Dari segi ayat memang dia tak boleh berubah.
Aku bukan seorang penyebar aib, Aku diam, hanya Aku dan dia tahu. Family dia langsung tak tahu, dia izinkan Aku cari lelaki lain dan akan lepaskan Aku. Tapi Aku yang tak nak.
Hubungan Aku sebagai isteri atas kertas berlanjutan selama 3 tahun lebih tanpa sentuhan.. nafkah bulanan dia tak culas.
Oh ya.. lecturer yang Aku taip di permulaan ayat tu, sebenarnya partner dia.. which is partner gay dia dan ada HIV. Mana Aku dapat tahu, itu Aku selidik sendiri. Alhamdulillah sejak dia tak sentuh Aku, setiap tahun Aku check, dan Alhamdulillah juga keputusan darah Aku baik.
Dalam masa 3 tahun tu, Aku dimalukan depan family dia, marah-marah Aku depan Mak Ayah dia, kakak ipar dia, by the way syukur juga Aku tak ada anak dengan dia. Family dia tak tahu punca dia tiada anak daripada dia juga sebab Aku dan dia pernah buat test.
Pendekkan cerita, masuk tahun ke-4, Aku tahu dia dah tak nak Aku, sebab dia kerap cakap kat Aku, “kalau Abang takde”. Aku plan Aku nak luah kat dia sampai bila nak macam ni… tapi Allah sebaik perancang.
Sebelum Aku luah tu, ada kejadian di mana Aku update status masa tu Aku gaduh dengan dia.. ayat dia memang sangat-sangat sarkastik. Salah Aku juga sebab Aku ikut emosi, Aku tak hide kakak ipar Aku.
Kakak ipar Aku pm Aku, tanya.. rupanya dia screenshot tunjuk kat ex mak mertua Aku dan bila ada campur tangan family maka bermulalah episod dia marah-marah.
Dia cakap akan lepaskan Aku.. dia keluar dari rumah Aku.. dan dia akan failkan penceraian. Aku hanya diam dan setuju.
Pendekkan cerita, Aku bercerai dengan dia cara baik.. depan hakim pun Aku cakap saja Aku salah. Aku tak nak aibkan dia sebab Aku fikirkan jasa dan kebaikan yang pernah dia buat.
Sekarang Aku bahagia dengan Mak Aku..
Untuk yang nak kahwin selidiklah betul-betul pasangan anda. Syukur for everything..
– Teja. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit