Assalamualaikum.. Aku baru lepas baca luahan bertajuk “Stress Duduk Penang”, (https://iiumc.com/stress-duduk-penang/).
Bila baca luahan tu, aku rasa nak buat luahan jugak, tapi luahan yang berbeza. Macam tajuk yang aku tulis tu, aku orang Terengganu dan aku seronok tinggal di negeri ini.
Aku wanita bekerja dengan ada 3 orang anak. Rumah aku dekat dengan pantai, tapi tidaklah terlalu dekat, kalau naik motor ambil masa 5 minit jugaklah untuk sampai.
Dekatlah jugak kan, kalau nak ke bandar, aku suka ambil jalan pantai ni, sambil bawa kereta, sambil tengok laut, syok gila.
Kat sini langsung tak ada masalah jalan jem, masalah orang suka hon sana sini. Semua tenang dan lancar je. Syukur Alhamdulillah.
Selain dekat dengan pantai, rumah aku juga dekat dengan sungai, sungai ni tak ramai orang luar yang tahu kewujudannya,
Anak-anak aku memang suka mandi dekat sungai ni, jarak antara rumah aku ke sungai ni hampir sama dengan jarak ke pantai, cuma dia dekat kaki bukit, dalam 5 ke 6 minit perjalanan.
Kalau hari cuti, aku suka beli ikan segar kat pasar, dan main masak-masak dengan suami aku kat tepi sungai ni, sambil tengok anak-anak mandi, seronoknya tinggal di Terengganu ni.
Kami orang Terengganu memang suka makan ikan, ikan mesti nak yang segar, makanan memang mudah sangat nak dapat dekat sini, harga pun murah.
Aku pergi KL hari tu, masuk mall, tengok harga buah pun rasa nak pengsan. Berkali-kali ganda mahal dengan harga barang kat tempat aku. Kat Terengganu ni aku rasa makanan dia jauh lebih segar dan sedap.
Ada satu tabiat baik orang-orang Terengganu ni, suka belanja orang makan.
Biasanya setiap pagi Jumaat aku tak masak, aku suka ajak anak dan suami aku makan kat gerai-gerai, sebab bagi aku, hari cuti adalah hari untuk aku “cuti” dari memasak.
Dan yang menariknya di Terengganu ni, setiap kali aku atau suami aku berebut nak bayar, mesti dah ada orang bayarkan meja kami. Maknanya kami makan percuma. Bukan sekali dua benda ni berlaku, banyak kali di hari Jumaat terutamanya.
Yang seronoknya lagi, tempat kerja aku, sekolah anak-anak aku, semua dekat, tak sampai 1 km dari rumah. Jadi walaupun aku bekerja, aku masih berpeluang ambil dan hantar anak sekolah.
Walaupun tempat kerja aku dekat, tapi aku tetap bangun awal pagi, jam 4.30 pagi aku dah bangun. Ye lah, aku kan mak, mak mana boleh bangun lewat.
Jam 6 aku kejutkan anak-anak ke sekolah, jam 7.20 hantar anak sekolah, jam 7.30 pagi aku dah setel hantar anak sekolah dan sampai tempat kerja. Tak sempat pun nak stres hadap jem, tak perlu bayar parking, tol. Alhamdulillah.
Suami aku jauh lah sikit tempat kerjanya, dalam 13 km dari rumah, tapi tak apa, dia kan laki, laki kenalah kental, kuat.
Yang seronok lagi tinggal di Terengganu ni, kami tak tidur lewat. Kalau aku, jam 9.30 malam aku dah tidur, anak-anak dengan suami biasa lambat sikit, jam 10 malam diorang biasanya follow aku tidur.
Tidur kami memang berkualiti, tak ada bunyi bising yang mengganggu, rumah aku rumah taman yang kejiranan jenis baik-baik, sunyi je kawasan rumah ni. Tapi kami ada je WhatsApp group kejiranan, apa-apa masalah kami bising dalam group je. Setakat ni semua ok.
Sekarang cuti sekolah, ramai yang datang bercuti dekat tempat aku ni, seronok tengok gelagat-gelagat “orang luar” yang datang kat sini.
Bagi yang belum pernah sampai dekat Terengganu, marilah datang, nikmati suasana pantai yang tenang dan makanan yang sedap.
Jangan ke bandar Kuala Terengganu kalau tak nak jem, pergi terokai daerah-daerah lain di Terengganu, seperti Besut, Penarik, Setiu, Dungun, Kemaman.
Selamat bercuti semmuanya…
Sungguh aku bersyukur direzekikan tinggal di Terengganu. Alhamdulillah.
– Orang ganu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bestnye… ak ni paling kurang sejam nk smpai rumah, balik keje… paling lama 2 jam… haihhhh… ade awek ganu nk kawin dgn sy tak? hehe
bestkan akak duduk terengganu , banyak2 negeri…terengganu yang paling best , udara dia suasana dia orang2 dia mmg masyallah semua lah best….dh 2tahun merantau kat bandar besar ni cari rezeki doakan saya tahun depan dapat kerja & menetap kat kampung tercinta terengganu…rindu sangat nak balik as anak kampung bukan anak perantau hmm