Tersepit Antara Mak Dan Isteri

Assalamualaikum.. Aku Ameer 29, isteri aku Nayla 25.. Aku dah kahwin 8 tahun.. Aku nak minta pendapat dan nasihat..

Macam mana nak lembutkan hati isteri aku pada family aku.. Means mak aku, kakak aku, abang aku dan biras-biras dia.. Aku penat 8 tahun kahwin pun isteri aku masih benci dekat mak aku dan adik-beradik aku… Benda yang sudah tu sudahlah..

Setiap kali bergaduh dia ungkit mak aku jahat, kakak aku jahat, biras dia jahat.. Asal balik rumah mak aku je mengamuk, bad mood, sentap, buat muka… Tu semua memang “makanan” dia la setiap kali nak balik rumah mak aku…

Dulu aku duduk dengan mak aku sebab tak mampu, tak ada kerja tetap… Sekarang dah pindah jauh dari family… Nampak perubahan ketara isteri bila dia jauh dari keluarga aku… Aku ingat dah ok lah sebab dia happy, tak baran, tak mengamuk macam dulu…

Tapi bila sebut nak balik kampung aku je tiba-tiba jadi baran… Nombor family aku semua dia block.. Kalau boleh dengar nama keluarga aku pun dia tak suka.. Macam mana nak ajar isteri aku ni redha dan maafkan semua orang ye.. Aku sayang sangat isteri aku…

Memang la selama ni aku tak tahu apa family aku buat dekat dia sepanjang menumpang rumah mak aku… Aku ingat dia sengaja fitnah dan buruk-burukkan family aku..

Tapi sejak kantoi aku nampak mak aku tengking isteri aku… Aku selalu defend isteri aku sampai mak aku dan adik-beradik palau aku, cakap aku anak derhaka, aku kena nasi kangkang isteri… Setiap kali isteri aku bersalin, mak aku akan kacau mental isteri aku sampai isteri aku meroyan…

Aku ni tersepit mana nak menangkan mak, mana nak menangkan isteri.. Mak aku pula suka guna agama takutkan aku… Cakap aku anak derhaka yang tak dapat redha mak sebab ikut cakap bini… Sakit matt mak sendiri cakap macam tu..

Isteri aku ni lawa… Setiap kali baju apa yang isteri aku beli, skincare ke.. Mesti mak aku rembat.. Dia cakap bini kau banyak duit suruh dia beli lain… Padahal mak aku tu pencen riban matt… Dia makan sorang je..

Tapi yang isteri aku ada dia nak jugak… Kalau beli sendiri ke suruh aku beli lain ke tak apa jugak… Tapi dia mesti nak bekas isteri aku pakai jugak…

Lepas tu mak aku suka cakap depan isteri aku dia nak kawinkan aku dengan sipolan… Isteri aku tengah rapuh lagi hati dia masa tu sebab aku curang… Mak aku dengan kakak aku tambah lagi bala dalam rumah tangga aku…

Bila aku cakap aku nak lepaskan isteri aku depan mak aku sebab isteri aku dah tak tahan dengan keluarga aku, mak aku nangis-nangis cakap tak kesian ke kat anak-anak… tak kesian ke kat mak… Tak pernah lagi keluarga kita cerai-berai…

Tapi mak aku pun punca segalanya… Dia jugak yang melagakan isteri aku dengan adik-beradik aku dan ipar-duai aku…

Bila aku tegur apa mak buat tu salah, dia sound aku balik, cakap mak tak pernah salah.. Dalam dunia ni mana ada mak yang salah… Yang salah dan derhaka tu anak…

7 tahun isteri aku bertahan duduk dengan mak aku… Tahun ke-8 baru aku ada rezeki beli rumah sendiri… Tapi emosi isteri aku, susah nak terangkan… Dia trauma sampai macam tu sekali dengan keluarga aku…

Mak bapak mentua aku, adik-beradik isteri aku seorang pun tak tahu teruknya keadaan isteri aku selama kahwin dengan aku.. Sikit pun isteri aku tak pernah cerita buruk pasal aku dan keluarga aku…

Mungkin silap aku dulu terlalu menangkan keluarga aku sampai isteri aku trauma macam tu… Tapi sekarang ni la jadi punca setiap kali pergaduhan mulut je, mesti pasal keluarga aku… Aku penat nak hadap benda sama bertahun-tahun… Sampai bila entah lah..

Cuba korang bagi nasihat atau share pengalaman korang handle situasi macam aku ni.. Bila tak balik rumah mak serba salah…

Bila balik, bini tarik muka sebab asyik kena jadi bibik je kat rumah mak… Mak memang kuat mengarah menantu… Anak perempuan sendiri dia tak pernah suruh… Alasan kakak penat la… Dia nak urus anak laki dia la…

Nak ditelan mati emak.. Diluah mati bapak… Mak aku dah 70-an dah… Aku malas nak bertekak dengan orang tua… Tak ada faedah… Tapi tidak la aku mengiyakan perangai mak aku…

Orang takkan faham selagi tak duduk kat tempat aku… Mak aku tua-tua pun WhatsApp terer berjela sumpah seranah anak.. Aku tak jahat.. Aku cuma tak nak hilang isteri aku… Aku sayang isteri aku…

– Ameer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

17 Comments

  1. Bini ko dah deria bertahun2 memang ptut dia troma.. jadi ko kalau nk blik kg,ko blik ar sorg2.. tglksn bini kau di rumah.. emosi bini ko xmrah2.. ko pon xskit aty tgok prangai mak ko.. slow talk dgn die tgl kjp kat rumah.. xkisah ar ko blik ari raya ke blik cuti2 saje ke..
    Dan jgn lupe doakan sntiasa agar aty isteri ko dan mak ko jadi lmbut dan bleh mlupakan pergaduhan ni 1 ari nnti..

  2. Dah teruk sgt tu penangan mak ko kt bini ko. Teruk jgk mental isteri ko dikerjakan. Klau Angah jd dia pun, boleh gila jdnya.
    Nampak sgt2 mak awak x cerdik orgnya. Suka brdengki, cemburu kot kt menantu lawa. Org cantik lawa ni mmg dicemburui semua org. Kisah dongeng pun tunjuk, Cinderela tu dibuli, didera oleh mak tiri & adik kakak tiri dia. Sb lawa la. Ko yg x reti brsyukur pun ada. Isteri dh lawa pun boleh curang dgn ppuan lain. Hahaha…. Kau mmg kena fikir, yg kau mmg buta. Bkn mata je buta, hati pun buta x reti nk mnilai eloknya isteri kau. Angah yakin, masa kau mula kawin dgn dia, mesti dia bkn org yg suka mngamuk2 x tentu pasal mcm skg kn. Tau pun….. Dulu hati dia, mental dia x didera org. Skg hati dia mental dia dh parah kena dera. Sb tu susah nk kau pulih pulihkn mcm dulu2 balik. Tolong! Jgn bali. k kg bawak isteri kau klau dia x suka. Balik la sorg2. Paham

  3. jgn nak stress sgt, jgn nk kusut pikir cara nk baik2 kn isteri dgn mak kau tu
    lebih baik kau fikir cara nak bahgia kan isteri dan anak2….
    lepas tu kau bahgia kn syurga kau jgk…
    kau nk balik kampung, kau balik la sendiri, jgn paksa
    lepas bersalin mental isteri kau tu rapuh smpai meroyan, dgn kau curang….
    letak kan diri kau tu, dlm diri isteri kau.
    kau suka org perlakukan diri kau sebegitu???
    bayangkan mak mentua kau, buat jahat kt kau macam2….
    kau suka???renungkan la….

  4. dah tu tak faham2 lagi ke bro? balik jela sorang2, tak payah bawa bini kau sekali. kau balik pun fikiran tenang, mak kau bebel buat pekak jela telinga tu. 7 tahun kot kena dera emosi, sampai trauma dibuatnya. kau doa je banyak2 semoga satu hari bini and mil boleh berbaik.

  5. Oh no, your mom is the real disease here. Your wife seems okay je sebab dia mengamuk puncanya dari your family.

    There are few things that I boleh suggest:
    1. Kalau balik kampung, follow your wife 24 hours. Make sure your wife ada dengan you SETIAP MASA so that dia tak kena buli with your family. You as her protecter please protect her.
    2. Kalau your mom suruh-suruh your wife buat kerja rumah, you buat sekali dengan dia. Buat sama-sama so that your mom akan nampak yang dia susahkan you jugak. Not just her.
    3. Terus doa supaya your mom berlembut hati dengan kamu dan isteri. Cuba hadiahkan alfatihah kepada your mom selepas solat.

  6. Meh dik akak bantu kau bagi nasiht
    1. Balik rumah mak kau tak payah bawak balik bini kecuali raya. Tu pun TOLONG BALIK PAGI RAYA
    2. MANUSIA HARAM BUAT KERJA TUHAN. Derhaka bukan hak mutlak ibu @ suami
    3. Kau belikan makanan kat luar tapi buat2 la bini kau yang masak. Masuk dalam tuppurware elok2.
    4. Kau jaga ja bini kau elok2. Mak kau tu ada suami dan anak lain boleh jaga dia. Kau jaga bini tu. Dia ibu kepada anak2 kau. Kalau kau tak mo bini kau mental macam mak kau.. baik kau jaga dia.
    5. Baca tentang IBU NARSASTIK..
    6. DOA DOA DOA

  7. dah la suami curang , dpt pulak family mentua yang teruk ! malang ye jadi isteri u , semoga Allah balas setiap apa yg dia lalui dgn segala kebaikan di muka bumi ni..

  8. aku kat situasi macamni. Dahla suami curang, family mertua macam puaka. Apa aku buat, aku benarkan suami balik sana dgn syarat suami tak perlu paksa aku ikot. Rasa nak ikot, ikot. Rasa taknak ikot, takyah ikot. Lepastu aku tak bagi suami bermalam kat sana, cukup pergi jumpa tanya khabar & duit pun suami tak boleh bawak banyak. Duit cukup2 je boleh bawak. Duduk sana lama2 lagi banyak borak, lagi banyak masalah & banyak duit habis. Cukup sekadar pergi jumpa. Tapi suami kena rela hati ikot syarat aku tetapkan. Kena sama2 main peranan. Sebab susah payah kita berdua laki bini yg rasa. Org lain tak tahu

  9. Aku nak tanya la. Kenapa bini hang yg kena redha lupa kan semua yg keluarga mertua buat kat dia??? Yg rasa sakit rasa nak gila tu bini hang kan?? 7 tahun dia hadap kot. Kau suami ada akai boleh fikir logik tak? Kau pernah tak fikir kalau kau yg hadap benda tu? Mesti lah tak pernah kan?? Kau pun tak de effort nak cuba faham kan??

    Aku mmg rasa nak debik je lelaki lembam lembap spesis mcm kau ni. Dah elok dia dpt keluar dari rumah mak kau tu.. Kau nak paksa2 dia balik rumah tu lg kenapa? Even sekejap pun. Nampak kan dia mengamuk2 tiap kali nak balik. Tu dia protes la tu. Kau nak balik kau balik sorg je lah. Dah la kena paksa balik tambah lg jd bibik. Kau je lah take over jd bibik kt rumah mak tu.

  10. Awak kahwin 8 tahun. Duduk rumah mertua 7 tahun, tahun ke 8 baru berpindah rumah. Jadi, saya assume baru lagi lah berpindah keluar? Nak tak nak memang kena bagi masa. biar isteri tu bertenang, biar mak bertenang. baru satu tahun dia merawat luka dia yang dia dah pendam 7 tahun. masa je lah penentu nya. dalam masa yang sama, awak doa banyak-banyak, semoga Allah SWT melembutkan hati isteri awak dan mak awak untuk berbaik.

  11. Sorry bang, tapi bini abg dah terseksa lama. 7 tahun tu lama tau, dia hadap, dia telan. Emosi dia betul2 terkesan especially bila kena waktu mengandung atau lepas bersalin. Kau pun pernah curang kan? Aku nasihatkan kau telan dan hadap laaaa. Untuk mak kau, kau tahu dia yg buat bini kau mcm tu. Tolong jadi tegas sikit, utk betulkan apa yg mak kau lagakan.

    Aku pun kena dgn ipar sendiri, 2-3 tahun asyik cari pasal. Alhamdulillah, mertua ok. Sampai skrg aku xboleh bercakap dgn dia, sbb xboleh lupakan apa yg dia buat kat aku. Sebelum ni aku telan je, tapi sbb dia buat aku waktu aku pregnant, so mmg aku terkesan. And suami aku serta mertua aku respect keputusan aku untuk tak bercakap dgn ipar tersebut, sebab bagi aku kalau tak bercakap, takkan ada point untuk dia cari pasal.

  12. Jangan main2 dengan emosi dan hati yg dh tercalar. Lukanya dalam, susah sembuh malah mudah pula nak berdarah kembali. Kau curang dan family kau buat dia teruk macam tu, memang kalau aku pun dah gila jadinya. Sekarang, kalau kau nak balik, kau balik kampung sorang2. Semoga masa akan menyembuhkan hati isteri kau.

  13. bengap punya komen sini suruh dia balik kg sorng2. lagi mendatangkan masalah ada la. solution nye satu je. ko ceraikan bini ko tu. dah dia xley terima keluarga ko kan buatpe simpan lagi. kawin dgn awek ko, mesti mak ko akan happy and terima menantu baru. padan muka bini ko konon paling tersakiti pastu xhormat keluarga ko. byk cekadak!

  14. Camni cetan..Takyah nk Ubah perangai bini nko..dia trauma teruk..
    Nko nak balik jilat mak nko,g balik..x balik Kang,mak nko merentan..tak pun,nko yg mereng..
    Haaa,ko je balik sensorang..
    Bini nko xnak balik,xyah paksa..
    Bini nko benci family nko,xyah nak paksa² dia maafkan bagai..
    Nko kata sayang bini,kan..so nko nak sgt balik jumpa mak + family,nko g balik sendiri..dah puas ciom segala hangit tengok mak nko,dah lepas rindu,nko balik rumah..Teruskan hidup cam biase..
    Pesan kt mak nko sesiapa,xyah nak Tanya kenapa bini nko taknak ikut balik..nko dah balik tu,cukup laa ..apa lg dia nak..
    Ni tak lain tak bukan,mak nko gak cucuk nko ni..acah² Tanya kenapa bini nko tak suka dia..kenapa bini nko taknak balik rumah dia ..eh bodonya laa jadi ketua keluarga

  15. Yg ko jadi enabler mak ko kenapa?
    Benda simple je ko dah kawen so tanggungjwb ko 100% fokus bini bkn mak dah.
    Belajar kitab hukum hakam dgn lebih jelas.Tanggungan suami 100% kpd bini dan anak ya bkn lg mak.Tp adat melayu kena utamakan mak,mak,mak sampai bini mkn hati kena sakit mental

    Kdg mak2 ni suka guna privilege ohh ko ank derhaka kalo x tunaikan apa mak nak yada yada yada….tp mak perangai mcm haram jadah…tkde pula siapa nk tegur kan?Ehh org tua pon ada je yg buat salah..bodoh..bengap..jgn jd dungu krn mak lah!Akal ada fikir sikit.Minum susu dan kalsium byk2 biar sel otak bersambung dan berfungsi

  16. baiknya isteri. kalau saya, dah lama saya mintak cerai hahahhaha. mentua puaka plus suami tak berguna gatal tak cukup 1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *