Tiada Jodoh

Hi, aku Bunga. Sudah mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan zuriat. Doakan aku ye dapat zuriat tahun ni.

Baru – baru ni aku terima kad undangan kahwin ex aku. Alhamdulillah, tahniah untuk dia dan pasangan. Aku tumpang bahagia. Oh ya aku dah move on ya cuma terimbas kembali masa dulu.

Kami satu sekolah dulu. Dulu aku crush pada dia dan selalu berharap dia lah jodoh aku. Aku mula suka pada dia sebab dia selalu azan di sekolah. Dari situ aku start suka pada dia tapi aku diam.

Oh ya kami satu kelas ya. Ramai jugak yang aku tahu turut simpan hati pada dia. Ya la, ada rupa, bijak dan aktif sukan.

Sehingga lah kami melanjutkan ke pangajian tinggi. Aku cuba chat dia laman sosial sama ada dia ingat aku lagi atau tak. Dan bermula dari situ kami saling tukar no telefon dan in relay.

Bagi aku dia seorang lelaki yang baik. Faham agama dan memang ciri – ciri lelaki yang aku idamkan. Bayangkan bila kami keluar, dia akan jalan di hadapan aku dibelakang untuk elak fitnah. Begitu lah dia.

Kami sangatlah jarang dating tapi sentiasa update antara satu sama lain. Kalau dating pun keluar makan je lepas tu balik. Hubugan kami begitu sehinggalah masing – masing tamat pengajian.

Selepas masing – masing kerja aku tanya target untuk nikah. Tapi jawapan yang aku dapat sangat mengecewakan. Dia belum bersedia dan target dia nak beli rumah dulu.

Selepas tiga bulan, dia ws untuk lepaskan aku dan terima tawaran kerja ke luar negara. Hancur hati aku. Rasa aku bazir masa dengan perkara sia – sia.

Dua tahun selepas itu dia ada ws aku sama ada aku sudah berpunya atau tak. Tapi bagi aku sekali dia tinggalkan aku, tak mustahil dia akan tinggalkan aku jugak satu hari nanti.

Walaupun dia seorang lelaki yang baik tapi aku takut perkara yang sama akan berulang. Bagi aku, dia bukanlah jodoh aku.

Dalam masa yang sama, doa aku tak henti-henti minta Allah kurniakan jodoh yang baik untuk aku. Aku minta mak aku doakan benda yang sama jugak memandangkan umur aku makin meningkat.

Berapa bulan lepas tu, aku terima lamaran suami aku selepas dia datang minta restu mak aku untuk berkenalan dengan aku.

Aku respect cara dia dahulukan restu family sebelum ke langkah seterusnya hingga kami menikah.

Alhamdulillah suami aku jugak seorang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab.

Walaupun kami tak ditakdirkan bersama, kami menemui bahagia masing- masing.

Selamat pengantin baru ex!!

Ikhlas dari Bunga

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *