Andai Tiada Jodohku Diatas Dunia

Assalamualaikum semua.. Terima kasih pada yang sudi membaca kisah saya.

Kisah saya tidaklah menarik untuk diceritakan tapi saya cerita sebab nakkan pandangan, nasihat, cadangan, segala jenis info atau apa-apa ayat dari orang yang lebih berumur dari saya… terutama yang pangkat umur sama dengan mak ayah saya.

Nama saya Bunga, sudah semestinya bukan nama sebenar. Umur saya awal 20-an, bawah 25 tahun.

Pada umur saya 18 tahun, saya telah melakukan kesilapan dosa yang amat besar. Dosa yang akan dibalas oleh Allah di dunia dan akhirat, iaitu dosa zina.

Saya melakukan perbuatan tersebut dengan BF saya time tu yang sekarang ni dah jadi ex. Saya bagi atas dasar sayang.

Tapi itu tidak cukup membuatkan dia sayang hanya kepada saya. Pendek cerita, dia tinggalkan saya bersama anak di dalam perut dan bernikah dengan perempuan lain sebulan sebelum saya melahirkan anak kami berdua.

Demi Allah saya sudah taubat dan insaf dan tak terfikir untuk mengulangi perbuatan tersebut. Dan saya reda saya akan membesarkan anak saya dengan status ibu tunggal/single parent.

Setelah hati saya dihancurkan, saya dah tak percaya mana-mana lelaki lagi dan rasa diri tidak layak untuk sesiapa. Rasa hina, segala rasa ada. Saya terfikir mungkin takkan ada jodoh saya atas dunia ini. Saya hanya terfikir dalam sekali sahaja.

Sampai satu hari, saya bertemu dengan seorang lelaki yang bergelar ustaz. Saya gelarkan dia A. Saya pandang dia biasa saja, ustaz kan mesti baik dengan semua orang. Sampai satu hari A bagitau saya dia ada hati pada saya dan ingin mengenali saya dengan lebih rapat.

Saya sangat terkejut. Saya tak happy pun time tu sebab saya jangkakan bila saya cerita hal sebenar, A akan menjauh dari saya. Tetapi rupanya tidak, dia makin mendekati saya, makin meyakinkan saya dia ikhlas dengan saya tanpa lihat perkara yang lepas.

Hari demi hari kami semakin rapat. Dan semestinya saya juga lama-kelamaan jatuh hati dekat A.

Kehadiran A memberi sinar dan semangat dalam hidup saya. Cara dia, sikap dia terhadap saya membuatkan hati saya, hidup saya, tenang gembira. Sangat gembira sebab dia boleh accept saya dan anak walau apa jua keadaan.

Satu hari A minta nak berjumpa dengan family saya, nak berkenalan dengan semua ahli keluarga saya. Tapi saya cadangkan pada A supaya kenalkan diri saya pada family dia dulu sebab family saya dah tentu boleh terima A tapi family A belum tentu boleh menerima saya.

A setuju. Tak lama lepas tu dia bincang dengan family dia dan ternyata umi dan abah sama sekali tidak akan terima jika anak mereka nak kahwin dengan perempuan yang ada kisah silam seperti saya. Saya TAK SALAHKAN MEREKA LANGSUNG.

Saya sedar akan diri saya yang sudah kotor, jijik dan hina ni… Tak sedar diri betul saya ada hati dengan ustaz, ada hati nak masuk dalam keluarga yang kuat dari segi agamanya. Ya Allah malunya saya… Tidak padan sama sekali…

A cuba untuk pujuk lagi parents dia… Tapi parents dia tetap berkeras tidak mahu bermenantukan perempuan macam saya. Saya reda tapi saya sedih.

Sekarang saya sudah tiada apa-apa lagi dengan A. Saya hormat keputusan parents dia. Dan dia pun tidak memberontak atau pertahankan saya sangat. Sebab dari awal dia cakap umi dia is number 1.

Tapi A minta supaya kami jadi kawan. Saya tak kuat hanya sekadar nak kawan dengan dia. Demi Allah saya reda tapi jauh dalam sudut hati saya… Saya sangat sedih.

Bukan tak ada lelaki lain yang cuba dekatkan diri dengan saya… Ada sahaja sebelum A datang pun ada… Cuma hadir mereka hanya mahu ambil kesempatan pada saya, tak ada yang ikhlas mahukan saya kecuali mereka mahukan tubuh saya.

Sekarang saya sedar dan agak yakin mungkin memang takdir saya tiada jodoh atas dunia ni… Saya tak boleh menafikan saya juga nak rasa disayangi ikhlas oleh lelaki…

Dari dulu itulah yang saya mahu sebab dari kecik saya besar dalam keluarga yang hancur… Sangat hancur sampai saya duduk kampung dengan atok nenek…

Soalan saya sekarang… Jika betul saya memang tiada jodoh atas dunia ni… Apa yang saya nak buat nanti?

Apa yang saya perlu buat untuk hilangkan rasa sunyi di hati? Macam mana nak hilangkan dunia dalam hati? Macam mana saya nak hidup ke depan tanpa pasangan yang boleh jadi tempat saya berteduh, bermanja, bersembang? Apa saya nak buat?

Ya, saya memang akan fokus besarkan anak tapi macam mana dengan diri saya ke depan?

Tolong beri apa-apa kata-kata pada saya ya. Terima kasih sudi baca.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Jgn terus menerus menghukum diri sbg keji hina jijik sis.Kita manusia yg mmg sentiasa berbuat dosa.Tipulah takde dosa lnsg.Membuang masa lalai main fon pun dikira sbg dosa kecik tp apabila beterusan buat kelalaian akan dikira sbg dosa besar.

    Pendosa yg bertaubat lebih dipandang Allah berbanding wali yg berzikir tiap mlm.Pernah dgr tak pepatah tu?
    Para pendosa yg insaf dan menangis atas dosa2nya lbh afdal drp para alin yg bangga dgn amal ibadahnya.

    Lelaki mmg mcm tu sis…habis madu sepah dibuang Itulah perangai mrk.Kaum wanita yg lemah dgn rayuan kata2 cinta inilah yg mudah diperdaya.
    Semoga ex awk yg jht tu dpt kifarah kelak.Allah tu ada.

    Kpd ex ustaz tu..anggaplah dia bkn ditakdirkan utk awk.Ada hikmah yg awk x nmpk.Buatnya lps kwen tiba2 dia berubah sikap ungkit2 sejarah htm awk cmne?Awk juga yg akan stres dan kecewa.Byk kes cmni tau.Allah sdg jauhkan dia drp awk bersebab.Doalah selalu mtk dijauhkan dr takdir buruk pd ms kini dan akn dtg

    Kalau x mahu terlalu fokus pd cinta lelaki cuba raih cinta Allah dan nabi.Baiki ilmu fardu ain spt solat..hukum sah batal sunat haram.Cari guru fardu ain spt Ustaz Radhi Mohd Idris

    Fokus ke arah baiki diri.Belajar ilmu tauhid..tasawuf..cari guru yg benar2 guru.
    Bila kita dah baiki hdp kita insyaallah yg baik2 dtg dlm hdp.
    Soal jodoh semua serah aje pd Allah.Takde di dunia..mesti di akhirat

  2. Baguslah dah bertaubat tu. Moga Allah ampunkan dosa sis dan kita semua.

    Rasanya semua orang faham kenapa parents ustaz tu tolak sis.

    Saya sendiri yang bujang terlajak ni pun akan tolak perempuan yang dah terlanjur macam sis sebab ramai lagi yang masih suci kat luar sana.

    Saya memang nak cari perempuan yang rahimnya masih suci dari berseronok dengan benda haram.

    Walaupun saya ni hensem (bukan syok sendiri tapi memang ramai setuju dan boleh nampak perempuan2 gilakan saya) tapi saya tetap bertegas tak mahu couple dan nak ikut cara Islam.

    Kalau nak sharelah kan, saya memang nak jer ajak perempuan2 single yang cantik2 ni buat maksiat sebab mereka memang nak sangat kat saya dan body language dorang macam relakan untuk saya buat semua tu.

    Kalaulah bukan kerana saya benci budaya couple ni dan rasa malu tu masih menebal dalam diri mungkin saya dah buat kerja terkutuk dengan ramai perempuan.

    Nauzubillah..

    Tapi memang saya perasan perempuan2 sekarang macam dah kurang rasa malu dan memang nak happy2 ada bf couple haram ni.

    Saya rasa ni sebab si perempuan tak dapat kasih sayang dari ayah dia.

    Ayah yang tak jalan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. Tahu nak sedap je.

    Saya boleh nampak benda ni sendiri dalam family saya.

    Untuk sis bersyukurlah sebab tak bunuh dan tinggalkan anak sis tu. Kalau tak lagi azablah hidup sis sebab buat dosa bunuh pula.

    Cuma lepas ni saya pun tak pasti macamana sis akan handle pandangan masyarakat dengan status anak sis tu.

    Mungkin dia kena pulau ke dengan kawan2 dll.

    Harapnya dia ada kekuatan mental untuk hadapi hidup yang keras ni sebab norma orang kita yang Muslim ni seseorang tu ada anak dari hubungan yang halal.

    Apa2 pun saya nak kata sis bolehlah pendamkan dulu rasa nak bahagia/happy2 dengan pasangan halal.

    Lagi molek untuk beri kasih sayang kepada anak tu sampai dia besar dan boleh berdikari.

    Kesian sangat kat dia tak boleh nak ada adik2 dari keturunan yang sah.

    Sis jangan fikir sangat tentang kebahagian sis ya.

  3. Jangan la bersedih.. klau x bertemu jodoh di dunia ini, insha Allah akn bertemu jodoh d Syurga, dgn syarat awak pon kna buat amalan yg boleh membawa awk ke Syurga-Nya.. perkara yg berlalu jadikan teladan, mohon taubat & ampun dari Allah atas dosa n kesalahan yg lalu, jaga ank itu sebaiknya.. terima la hakikat dunia ini, mcmne hubungan kita baik dgn org pon, penilaian manusia itu x sama dgn penilaian Allah.. sedangkan org yg faham agama pon x bole terima hakikat diri awk, kerana maruah diri mereka.. tak pe, Allah kan ada.. setiap perbuatan yg baik atau pon yg jahat akn mendapat pembalasan yg setimpal d Akhirat kelak.. w/pon ex bf awak nmpak ‘bhagia’ setelah ‘menganiaya’ awak dan ank, tp dia akn tetap dpt balasan di dunia dan d Akhirat nt.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *