Gay Yang Tak Sokong LGBT

Assalamualaikum ini luahan aku sebagai lelaki yang ada naluri sukakan lelaki sejak zaman remaja yang mungkin tak akan diiktiraf as gay sebab aku alhamdulillah tak pernah terjebak dalam kancah maksiat dan sewaktu dengannya sampailah aku kahwin.

Aku tahu ada ramai orang macam aku, yang ada naluri suka lelaki tapi menentang pergerakan gay atau normalisasi hubungan songsang, banyak je bahkan dalam certain organisasi yang menentang LGBT itupun sebenarnya gay, lesbian tapi kenapa kitorang lawan although kitorang ni gay, lesbian?

Bagi aku naluri aku tu ujian for me, sebab aku seorang yang dibesarkan sebagai seorang yang waras oleh keluarga aku bahawa benda yang salah jangan campur aduk benda yang salah, kau soroklah banyak mana tetap terserlah benda yang salah.

Yes, golongan LGBT memang meningkat tapi tak semestinya semua tu penyokong pergerakan LGBT tu sendiri dan aku salah satunya. Kitorang usually akan digelar internalized homophobic. Sebagaimana ada golongan straight yang sokong LGBT, yang golongan LGBT pun ada yang tak sokong LGBT.

Aku percaya naluri suka lelaki ni bukan penyakit mental or disebabkan asrama or etc but ujian supaya aku dan sesiapa yang diuji macam ni kuatkan iman aku untuk supaya tak terjebak dlm kancah dosa.

Logik kot, sebab yang straight pun ada ujian dengan lawan jenis dan ada suruhan jangan dekati zina lelaki dan perempuan, tapi banyak je yang terjebak dalam kancah zina. Ko straight ke, ko gay ke dosa tetap dosa perbuatan liwat, musahaqah dan zina.

Aku memang melihat diri aku equal dengan orang lain dan Muslim lain yang straight, sebabnya adakah kerana aku ada naluri suka lelaki then terhapuslah segala hukum kat aku bahawa liwat tu berdosa, zina tu berdosa sbb love is love bla bla bla? Of course not!

Dalam komuniti gay pun suka stigmatize kan kitorang yang masih teruna, semua tentang nafsu, sama macam geng straight yang otak kuning 24/7. Lepastu memandang rupa dan ada yang terpaling hak asasi tapi cabul orang sana sini.

Korang tahulah mamat gay acah terpaling hak asasi lgbt yang cabul budak laki intern tu few years ago buatkan aku meluat aktivis-aktivis LGBT ni. Sorry aku memang emosi bab ni.

And bila aku kahwin, some people buat assumption bukan-bukan kat aku dan isteri aku yang straight tu lebih faham aku daripada golongan yang kononnya mewakili aku tapi bila yang tak sealiran, macam-macam dituduhnya.

Komuniti LGBT di Malaysia pun ada yang dulu hidup dalma lingkaran dosa tapi bila diorang nak berubah kena hadap stigma daripada oleh sesetengah golongan straight dan golongan LGBT itu sendiri.

“Kembali kepada fitrah” adalah perkara yang ramai buat golongan macam aku terluka dan aku pun sikit terasa sedangkan benda ni naluri tapi aku menentang perbuatan songsang tu sendiri.

Homophobic? I don’t hate gay people, aku tak suka pergerakan yang menipu bahawa perbuatan yang terkutuk tak salah. Sama macam orang kritik organisasi Islam tak semestinya anti Islam.

Ada ramai orang macam aku, cuma media kurang bagi suara pada kami dan cop kitorang semuanya pelaku hubungan sesama jenis dan penyokong perbuatan ni.

Dan zaman remaja aku jugak penuh dengan kekeliruan dan penafian sampailah aku sedar diri dan terima aku ada naluri sukakan lelaki, tapi tak bermaksud aktiviti seks songsang halal bagi aku.

Aku percaya suatu hari nanti akan ramai golongan macam aku yang bersuara bahawa perbuatan hubungan songsang adalah salah walaupun kau gay, lesbian, sebagaimana straight jugak harus menghindari zina. Equal, kan?

– LaksaSarawak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *