Crush Since High School

Tentang si dia yang mengenalkan aku kepada Rabbku.

Pernah dengar pertemuan yang Allah takdirkan untuk kita mungkin ada dua perkara, sama ada ujian atau hikmah? Maka dari kisah “kami”, aku mengerti Allah menciptakan pertemuan bukanlah sekadar-sekadar.

Namun terselit beberapa hikmah dan pengajaran untuk kita. Mungkin pada-Nya adalah salah satu hidayah untuk hamba-Nya kembali ke pangkal jalan.

“Sehingga detik ini, kenangannya yang paling dominan dalam fikiranku.” Entah kenapa, rasanya ingin kembali ke masa-masa itu. Tapi ya sudahlah, aku tak ingin memaksa batin untuk menjauh rindu, hanya saja aku belum terbiasa tanpanya.

First kenal masa Form 3, tak pernah terlintas akan kenal si dia dalam Rumah-Nya (masjid sekolah). Benarlah setiap pertemuan sudah diatur baik oleh-Nya. Perkenalan kami pada akhir minggu PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3).

Awalnya tak pernah sangka pertemuan itu akan diawali dengan rasa benci… geram… Teringat pertama kali bertemu dengannya adalah melalui satu program di surau.

Jadi, waktu itu cikgu dah atur group menjadi beberapa group kelompok budak kelas perform sampai lah budak kelas tak beberapa nak perform… dan terbentuklah satu group kelompok.

Oleh sebab perwatakanku yang mempunyai sifat keterbukaan, dan aku juga one of student dalam group tu yang ada jawatan sebagai pengawas paling friendly. Guess what… (ytjt) maka akulah yang mulakan ice-breaking (sesi perkenalan) dalam group tu.

Pada awalnya agak segan… sebab tak biasa gaul dengan budak kelas perform ni. Memang maklum lah waktu tu ramai juga budak kelas atas… dan 3-4 orang budak kelas aku yang agak pertengahan.

Alhamdulillah, waktu tu majoriti bagi kerjasama bila aku suruh kenalkan nama masing-masing. Tapi hanya seorang hamba Allah ni yang sangatlah annoying perwatakannya… apabila sampai turn dia pulak untuk perkenalkan diri, dia just “diam” dan tukar topik cakap dengan member sebelah dia.

Dalam hati kecil rasa kecewa, sedih, dan rasa seperti direndahkan… memang maklum lah diri ni tak ramai kawan kelas atas. Belum masuk lagi attitude dia yang tersangatlah annoying—jeling sana sini… eeee, geram!!

Maka sejak detik itu, mulalah timbul rasa benci dan meluat tengok dia… ada juga karenah nakalku sehingga membuatkan dia geram dan terlihat dari riak wajahnya yang cukup menyampah denganku. Hahahaha, padan muka!!!

Kami dipertemukan lagi pada akhir tahun Form 4. Pada waktu itulah baru aku kenal siapa dia, perwatakannya, akhlaknya… yang sangat-sangatlah MasyaAllah! Berdosa aku bersangka buruk dengan dia selama waktu akhir tahun F3 dulu. Maha baik Allah dalam setiap perancangan-Nya.

Kami kenal waktu dapat satu tugas di tempat yang sama… di mana waktu tu dia pengawas percubaan… dan aku ya, masih setia sebagai “permata pengawas riang”.

Percaya atau tidak… kami tak pernah bercakap hal series melainkan hanya bertanya (jam berapa?) paling tidak bila terjumpa tanpa sengaja, bagi salam. Tapi kebiasaannya dia yang start dulu. Hehe.

Perwatakan dan akhlaknya membuatkan sesiapa sahaja wanita—bahkan sahabat karibnya sendiri—jatuh kagum melihat akhlaknya. Sehingga berbagai macam cara mereka cuba untuk menambat hatinya.

Ya, begitu juga aku! Sejak waktu tu, aku mula minat si dia dalam diam. Hanya saja yang aku minat bukan paras rupanya… tapi akhlaknya. Setiap kali melihatnya, menghadirkan aku satu motivasi dalam diri untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.

Pada awalnya, membuatkan aku ingin berubah kerana si dia. Ya, dia. Bukan Rabbku. Mungkin aku dapat semua itu… aku dapat gelaran, nama, pangkat, pujian. Tapi aku hilang Dia.

Maha baik Dia yang sayang kepadaku. Yang pada awalnya aku cuba untuk berhijrah (berubah) kerana seorang makhluk, dan pada akhirnya keikhlasan itu hadir dengan sendirinya. Alhamdulillah, aku mula sedar akan hal itu. Benarlah “hidayah Allah itu luas”. Terima kasih ya Rabb.

Sehingga Form 5, tetap dia yang jadi pusat perhatian ramai gadis! Baik sekelas dia, junior… MasyaAllah, sangat dia tu! Bukan saja handsome, seorang yang humble, friendly, top student!!! Jadi no wonder masa tu ramai sangat minat dia!!!

Tapi apa yang membuatkan aku respect dan sehingga jatuh minat kat dia—selain akhlaknya yang luhur—adalah iman dan takwanya.

Tak pernah terlintas dalam fikiran aku masih ada lelaki yang di mana masih menjadikan ayat-ayat-Nya sebagai peneman hidupnya. Sehingga buat task subjek akaun pun tak henti-henti baca dan hafaz ayat-Nya (sumber dari sahabatnya).

Menurut cerita sahabatnya, bukan perkara mudah untuk seorang wanita menakluki hatinya. Dan dari situ, aku juga faham kenapa waktu pertemuan kami bukan suatu pengawalan yang baik! Aku mengerti ya Rabb, Kau sedang menjaganya! Menjaga iman dan takwanya.

Sehingga kini (6 tahun dah berlalu), masih dia yang melekat di fikiranku. Tak pernah bersua muka, tak pernah on call, tak pernah tahu apa khabarnya sekarang.

Yang dulunya mungkin ada alasan yang kukuh yang membolehkan aku dan si dia untuk saling contact di sosmed bertanyakan khabar, saling mensupport antara satu sama lain (komen status), saling berkongsi cerita jika ada topik berkaitan agama dan pelajaran.

Namun sekarang, tidak akan terulang lagi kenangan itu. Tiada sebab yang kukuh untuk kami terus berhubung di media sosial. Dan mungkin juga mustahil untuk menjadi seperti dulu. Melainkan hadirnya nanti dalam versi yang lain.

Namun, aku tidak tahu perancangan-Mu ya Rabb. Bagaimana kami nantinya. Hanya saja tentang perihal jodoh, aku tidak begitu risau. Kerana Kau tahu apa yang terbaik untuk kami—”menjauh adalah cara terbaik dalam menjaga”.

Ya Rabb! Adakah dia yang aku kenal dulu sama seperti sekarang? Adakah imannya masih tetap utuh? Cinta-Mu yang masih dia kejar? Ayat-ayat-Mu masih menjadi rutinnya?

Aku tidak tahu bagaimana dia sekarang. Yang aku harapkan, semoga dia sentiasa dalam kasih dan rahmat-Mu.

Ya Allah, walau hatiku begitu meronta inginkan dia menjadi masa depanku. Namun, aku tetap bersedia dengan apa sahaja yang Kau tetapkan untukku. Kerana bukan dayaku untuk melawan takdir-Mu. Kerana aku tahu segalanya telah Engkau atur dengan baik.

Takdir-Mu yang tidak pernah menghampakan membuatkan aku sentiasa percaya akan Engkau ya Rabb. Aku tidak kecewa seandainya pertemuan lampau itu adalah satu ujian bagiku untuk mengajarku agar tetap konsisten dengan imanku.

Tapi seandainya ia satu hikmah, maka Engkau pertemukanlah kami dalam keadaan bersedia dari segi iman dan takwa—dengan cara yang baik dan sesuai dengan versi dan waktu-Mu.

Jika benar tertulis di Luh Mahfuz, pertemukanlah kami dalam keadaan baik mengikut waktu-Mu. Seandainya tidak, bantu aku untuk melupakannya ya Rabb.

-yaaa 05122022

– Yaaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *