Apa Penghujung Bagi Kaum Sejenis

Hari ni aku rasa nak meluahkan apa yang aku pendam setelah sekian lama. Aku tak pandai berkias, jadi aku terus ‘straight to the point’ je lah.

Ya, aku suka kaum sejenis! Aku lelaki dan berusia awal 30-an pada tahun ni. Aku tahu ramai yang benci / maki / cerca orang macam kami.

Tapi pernahkah anda fikir bahawa kami tak memilih untuk memiliki nafsu seperti ini?

Aku juga inginkan kehidupan normal macam orang lain.

Aku dibesarkan oleh keluarga yang sempurna. Cukup makan, minum dan didikan sedari kecil.

Aku boleh dikatakan salah seorang pelajar cemerlang dan ada kerjaya yang bagus pada ketika ini.

Aku mampu beli apa aku nak, aku ada saving lebih 6 angka. Tapi aku rasa kosong sebab aku tak ada teman hidup.

Aku tak normal macam orang lain dan tiada siapa tahu termasuk keluarga sendiri.

Aku sering diajukan soalan ‘bila nak kahwin’ dan aku hanya jawab ‘belum ada calon’, padahal aku tak pernah mencari sebab aku tak bernafsu dengan wanita.

Aku pernah dengar orang kata kahwin dulu dan nanti boleh berubah secara perlahan-lahan.

Bagi aku tu semua mitos! Aku tak nak kahwin hanya untuk menyakiti orang lain mahupun untuk menutup mulut orang sekeliling.

Aku pernah ke Mekah dan berdoa depan Kaabah supaya aku diberikan nafsu normal macam orang lain.

Tapi aku sedar nafsu ini bukan benda yang kita boleh ubah mahupun kawal.

Jadi aku selalu tertanya-tanya pada diri sendiri, apa penghujung hidup aku? Buat apa aku kumpul duit dan harta ni? Nanti dah tua siapa nak jaga aku?

Kenapa aku yang kena duga dengan nafsu macam ni? Aku sedar dunia ini memang tempat ujian tapi percayalah ujian macam ni terlalu berat untuk dihadapi.

Kadang kala aku rasa lebih baik jika tidak dilahirkan.

Doakan aku dapat berubah meskipun aku rasa itu sesuatu yang mustahil, sebab nafsu ini bukan pilihan aku tetapi memang semula jadi sejak dari zaman sekolah lagi.

Terima kasih..

– Ash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Gi berubat dgn perawatan islam mcm darul syifa tu.Kdg ada jin dlm bdn yg mainkan nafsu songsang tu.

  2. Kalau tak mampu berkahwin tak salah pun untuk memilih hidup sendiri. Kebahagiaan tak semestinya datang dari perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *