Jaga Lisan Bila Ada Anak

Salam semua. Saya cikgu taska.

Tolong la jaga lisan bila dah ada anak. Otak anak2 ni macam span menyerap segala baik dan buruk percakapan ibubapa sebab mereka belum boleh beza baik/buruk lagi.

Macam mana budak 3/4/5 tahun boleh cakap “nama Danish tapi kulit hitam” dekat kawan dia?

Macam mana budak tu tahu “Danish” kena kulit putih hidup mancung kalau bukan mereka terdengar ibu bapa mereka bercakap?

Pernah tak tengok meme di social media “Danish, Ariana, Mary” duduk rumah flat usang dan “Amir, Amirah, Aminah” duduk rumah banglo tu.

Orang anggap benda lawak kan?

Tanpa mereka sedar mereka dah ajar anak2 untuk judge orang, mengata anak orang.

Nama tu yang akan dipanggil bila kita dihidupkan kembali dari tulang ekor kelak.

Satu lagi kes, cikgu practical masuk. Cikgu ni masih muda, tinggi, kurus, putih & hidung mancung mempunyai nama agak klasik.

Budak situ tegur “cikgu kenapa nama macam orang kampung?” Siapa yang ajar? Siapa yang ajar nama klasik untuk orang kampung?

Belum lagi saya sentuh pasal mencarut.

Bila saya tanya apa maksud B-word dan F-word tu, mereka cakap tak tahu. Kalau tak tahu kenapa mereka guna? Sebab dah terbiasa dengar.

3/4/5 tahun ni masih duduk bawah ketiak ibubapa lagi, jangan salahkan orang luar.

Kadang2 saya geram, saya tanya siapa yang ajar ni?

“BAPAK SAYA LA TICER..”

Sedih.

Ada juga kes bila tak puas hati dengan kawan atau cikgu, terkeluar perkataan “aku sepak kang!” dari mulut budak 5 tahun. Ye, 5 tahun. Bila saya cakap tak elok guna perkataan tu. Anak tu menjawab tapi ayah dia selalu guna.

Sedih.

Bila anak kalian petah bercakap seawal usia 3 tahun tolong la ajar anak tu sebaik mungkin, rugi tau.

Ada ibubapa yang anak2 7 tahun belum boleh bercakap ayat penuh. Sedih mereka dengar anak lain yang petah bercakap tapi kuat mengata, kuat mencarut macam tu.

Sekian…

– Cer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *