Scammer Ruang Jodoh Tiktok

Pernah lalu tak kat FYP korang pasal akaun cari jodoh? Admin akan post biodata pasal seseorang dan kalau korang rasa menepati citarasa korang, ha, korang boleh PM kat akaun socmed yang diorang letak…

Nak jadikan cerita, aku minta admin salah satu akaun ni untuk post biodata aku, dan ada la seorang laki ni chat aku nak berkenalan… Kita orang chat hampir sebulan…

Dia kata dia ni pemalu, seorang cikgu kat sekolah kebangsaan kat utara (tak nak sebut tempat, cukup aku je tahu)… dan kita orang bertukar gambar… masing-masing send gambar view once so tak ada yang pelik….

Dari awal perkenalan memang nak ke arah serius, so kita orang sentiasa cakap soal rumah tangga… yang dalam-dalam tak la… cuma kewangan, tempat tinggal, tanggungjawab, hantaran apa semua….

Dia yang start, so aku ingat dia betul serius dan dia selalu cakap yang dia dah berharap dan serius dengan aku…

Dia siap cakap yang dia paling tak suka menipu, kejujuran penting dalam relationship… dan tak suka jumpa selalu sebab pemalu katanya, dan kebetulan aku memang tak ada kat Malaysia tahun ni….

Lama-lama kita orang suka sama suka, dan boleh kata hari-hari call juga sebelum waktu tidur setakat 30 min ke sejam macam tu…. Dia ada bagi aku akaun-akaun socmed dia…

Tak ada yang pelik sumpah, semua nampak normal cuma akaun dia kosong, bukanlah macam akaun baru, just macam akaun orang yang sekadar nak scroll tahu berita harian tu je, dan aku selalu tengok vtt yang dia repost dan semua benda baik, so nothing weird…

Kita orang selalu chat kat Telegram sebab aku letak kat bio nama Telegram… tapi ada je nombor WhatsApp masing-masing…

Sejak kenal dia, aku rasa diri aku dekat dengan Allah. Dia selalu ingatkan aku solat, hafaz Quran, cakap benda baik-baik, sopan dan tak pernah mencarut… Memang bagi aku greenflag gila, terlalu sempurna… Kekurangan dia cuma dia ada anxiety dan insomnia… tapi aku tak kisah dua tu.

Sampailah satu hari, aku tergerak nak baca zikir pagi petang, orang kata zikir pagi petang ni pelindung untuk kita kan… So dari pagi sampai malam hari aku tenang je… Sampailah malam sebelum nak tidur, aku bosan so aku sahaja scroll followers dia…

Aku pelik kenapa dia tak nak follow back TikTok aku, even kat IG pun dia tak follow back… dan kenapa dia letak nama TikTok dia macam tu sedangkan nama dia sedap je…

So aku scroll sampai bawah dan mata aku terpandang kat satu akaun ni… terlintas nak stalk sebab nama hampir sama dengan dia…

Sekali noahh… gambar-gambar dan video kat akaun tu semua muka dia… Mula-mula aku fikir ‘eh dia ada 2 akaun ke’

Tapi aku keluarkan bakat stalking aku, aku tengok satu-satu vtt dan tengok satu-satu komen dan ternampak nama akaun TikTok yang dia bagi aku komen kat akaun ni… Maksudnya ni bukan akaun kedua dia… tapi dia berkenalan dengan aku pakai identiti orang ni !!!!!

Dia cakap dia cikgu so aku pernah minta dia send satu gambar dalam kelas, so dia bagi tapi view once juga… dan gambar tu ada kat vtt followers dia tu…

Dia ambil gambar tu dari akaun followers dia!! Bukan satu je, 2-3 gambar yang aku pernah minta semua dia ambil dari akaun TikTok orang tu termasuklah gambar DP WhatsApp dia.

Aku selalu cakap dia baik apa semua (berdasarkan apa aku kenal dia la), tapi dia selalu nafikan cakap dia tak baik pun. Aku tak pelik kalau orang tak ngaku diri dia pelik…

Pastu dia pernah tanya agak-agak aku takut tak jumpa dia depan-depan… Ni aku pelik sebab yela dah tengok gambar masing-masing kan… dan boleh kata setiap malam dia minta maaf kat aku…

Aku rasa scammer ni orang terdekat owner asal sebab dia tahu detail owner asal dan gambar yang owner asal tak post kat TikTok….

Aku terus chat dia tunjuk bukti-bukti semua bagai hahaha. Pastu dia terus delete semua chat dari hari pertama (kalau korang biasa pakai Telegram tahu la) dan block aku. Macam tu je pengakhiran kisah cinta kami MUAHAHAHHA

Macam mana aku boleh tersuka dia, sebab dia cakap sangat lembut, aku cakap aku sedih atau stress terus call aku, dan berdasarkan harian dia tu memang baik, tapi sekarang bila fikir balik, kemungkinan besar semua tu tipu, tak ada satu pun yang jujur!

So korang-korang yang nak kenal online ni hati-hati la ye… kerap-kerap jumpa hahahaha..

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Aku harap ko baca komen aku ni.

    Sorry to say..pengalaman aku kenal org2 online ni sgt jarang ya jumpa yg serius bg real akaun sosmed dorg.Ada tu yg sggup create fake account utk cover..last2 aku tgkp ada real account yg siap buh pic dgn pompuan means gf .

    Org dlm online ni yg jujur 10% je.Even kita dah saling berjumpa..dorg xkn bg akaun sosmed sorg.Sebab apa?xnk di kesan siapa dorg sbnr.Bila tnya ada fb ke ig ke apa..ckp tkde.Xkn tkde kan?nampak sgt penipu.

    Banyak red flag kenal org dlm online ni sis.Yg jd catfish pun ramai.Ada sorg kwn kpd kwn i…siap bertunang dlm talipon aje.Punyalah girl ni tgkp cintan dgn laki ni sebab gambar punya ensem.Bila ajak vc taknak alasan mcm2..

    Last2 dia sggup turun johor kot nk jmpa dgn tunang dia for first date.Dah la p sorg2..last2 lelaki tu rupa mcm gorila.dgn hitam besar.Girl ni siap kena culik buh dlm ladang getah.Laki ni pksa girl ni nk kwen.

    Haru biru weh smpai jd kes polis

    • Serius la koala? Allahu… Lepas tu apa jadi? Perempuan tu selamat balik tak? Risau betul zaman sekarang. Tak selamat nak biar anak perempuan keluar jauh2 sorang2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *