Assalamualaikum semua. Saya Mentari, umur 28 tahun, seorang pendidik, single dan available hehe.
Bila saya rasa drain dan effortless, saya suka tulis dan simpan sendiri. Tapi kalini saya nak share, moga ada manfaat buat pembaca.
Saya nak cerita keadaan saya sekarang yang baru serius fikir tentang jodoh. Saya tiada pengalaman bercinta, dan agak tegas dan dry bila bercakap dengan lelaki. Circle saya pun tak ramai lelaki, hanya adik-beradik lelaki je ramai.
Bila saya mula usaha nak cari jodoh ni, saya tak pasti sama ada saya terlalu memilih, terlalu skeptikal atau terlalu banyak expectations.
Saya rasa susah sangat nak buka hati dan nak ‘cuba kenal dulu’ kalau saya memang tak berkenan dengan seseorang pada awalnya.
Saya takut memberi harapan kemudian kecewakan orang. Saya juga takut membuang masa dan tenaga dengan orang yang salah.
Saya minta Allah gerakkan langkah saya untuk usaha dan ikhtiar selain serahkan segala yang terbaik di sisiNya.
Saya nak ada suami tapi saya taknak settle for less sebab saya juga nak cari seorang ayah yang terbaik buat anak-anak saya nanti. Saya tahu saya perlu usaha, tapi saya buntu mencari jalan terbaik.
Apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa, semoga Allah bukakan pintu hati saya untuk mulakan, pandu akal fikiran saya dan bimbing saya dalam usaha mendapatkan jodoh yang terbaik untuk dunia dan akhirat saya.
Ok tu mukadimah je, saya nak cerita tentang saya yang ‘mungkin’ ada expectations yang terlalu tinggi dalam memilih pasangan sebab saya selalu bandingkan calon pasangan dengan peribadi ayah saya.
Saya sangat rapat dengan ayah dan ini juga mungkin menjadi penyebab saya lambat rasa nak memiliki pasangan. Saya merasakan sosok seorang ayah cukup melengkapi hidup saya.
Tapi saya tahu, role seorang ayah dengan seorang suami adalah suatu padang yang berbeza. Macam sama tapi tidak serupa.
Ayah saya bukan sahaja memiliki rupa paras yang handsome, beliau juga seorang suami yang sangat baik, penyabar dan memahami isteri. Beliau juga seorang ayah yang sangat function dan terbaik buat kami adik-beradik.
Beliau memiliki karakter leader, protector dan provider. Walaupun ayah tak kaya, ayah tetap usaha memberi bahagia untuk keluarga. Walaupun ibu selalu marah-marah ayah, ayah tetap sabar dan selalu menangkan ibu. Walaupun ibu tak layan lawak hambar ayah, ayah tetap kacau ibu hari-hari.
Walaupun ibu buat salah, ayah tetap sayang ibu dan maafkan. Sekalipun ayah marah, bencinya hanya pada perlakuan bukan diri orang yang dimarahi. Selang beberapa minit marahnya akan reda seakan tiada apa yang berlaku.
Sehingga hari ini perkahwinan ibu ayah dah capai usia yang ke 30. Mereka masih lagi berjalan berpimpin tangan, boleh bercuti dating berdua, panggil anje sayang, bergurau baling bantal, cubit mencubit dan saling dilamun mencintai.
Yang pastinya, ayah yang banyak bersabar, mengalah dan mulakan langkah (berdasarkan apa yang saya perhatikan). Kita yang single ni senyum je tengok haha.
Oh ya, kami adik beradik 8 orang. Sejak kecil, banyak urusan kami ayah yang handle, ayah yang ajar, ayah yang didik, ayah yang mendengar, ayah yang bentuk. Tak banyak cerita kami dengan ibu, sungguh.
Tapi tak pernah saya nafikan jasa dan pengorbanan ibu melahirkan kami 8 beradik, menyusukan dan bersakit-sakit ketika kami kecil. Tidaklah dapat kami balas walau dengan emas setinggi gunung.
Sejak akhir-akhir ni, saya banyak perhatikan gelagat pasangan suami isteri yang saya nampak di sekeliling saya. Macam-macam saya fikir dan interpret memandangkan kitanya nak cari jodohh.
Tapi entahlah, saya takut sangat bila baca kisah-kisah suami tak berguna, suami dayus, suami curang, suami narsisistik, suami takda pendirian ikut cakap orang luar, suami layan isteri seperti bibik, suami takda matlamat untuk bawa anak bini ke syurga dll.
Saya jadi takut nak kenal dengan mana-mana lelaki. Saya takut saya terjatuh dalam cinta yang buta atau neraka dunia kerana seumur hidup tu tersangatlah lama.
Saya tak nafikan banyak juga kisah rumah tangga yang sakinah, mawaddah warahmah. Saya juga baca tentangnya. Moga Allah kurniakan saya pasangan yang baik untuk dunia dan akhirat saya.
Saya nak share macam mana sikap dan peribadi ayah saya sebagai suami yang sentiasa berusaha mencambahkan rasa cinta dan tak pernah bosan dengan ibu walaupun ibu malas layan perangai ayah.
1. Ayah selalu mengalah
Ibu saya anak sulung, ayah pun anak sulung, jadi dua-dua ada ego yang nak orang dengar cakap dia. Ayah tahu kalau takda siapa mengalah, dua-dua akan sakit hati nak menang, jadi ayah mengalah dalam banyak argumen dan akui pendapat ibu.
Ayah kata, buat apa nak bertekak nanti hati sendiri juga yang sakit, benda remeh je, ikut jelah cakap ibu tu. Kadang-kadang ayah iyakan je walaupun end up tak ikut pun apa ibu suggest. Ibu pun tak kesah pun sebab takda isu besar pun sebenarnya haha entahlah unik betul rasanya.
2. Ayah tegas dan berpendirian
Walaupun ayah selalu menangkan ibu dan selalu ikut apa ibu cakap tapi kalau melibatkan hal penting ayah akan tegas suruh ibu ikut apa ayah cakap. Termasuk kami semua.
Kalau ayah dah buat keputusan penting, ibu akan diam walaupun ibu tak setuju. Sebab ibu tahu, kalau argue, ibu kena marah. Sekali ayah marah, takda siapa berani bersuara. Ayah tetap leader dalam keluarga.
3. Ayah provider
Dulu ayah full provider dalam keluarga, sekarang ibu juga bekerja dan provide banyak. Tapi ayah tak pernah nampak kurang berbanding ibu sebab ayah sentiasa pastikan dirinya jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Ayah penuhi kebanyakan permintaan ibu, barang dapur sentiasa topup dan tak miss bagi duit belanja sekolah anak-anak walaupun ibu terlebih dulu dah bagi lebih banyak.
4. Ayah usaha raikan ibu walaupun tak reti
Ibu saya ni dia malu sikit nak tunjukkan perasaan, lebih kepada ego anak sulung mungkin. Bila ayah bagi apa-apa dekat ibu, ibu macam tak appreciate tapi ayah tau ibu suka ayah bagi hadiah.
Ayah tau ego ibu, jadi ayah tak ambil kisah sangat. Ayah tetap bagi ibu hadiah bila-bila ayah rasa nak bagi. Selalunya hadiah yang ayah bagi tu tak kena pun dengan selera ibu, tapi ayah tetap akan bagi juga untuk kesekian kalinya.
Ayah kata takpalah, suka tak suka lain cerita, asalkan ayah dah bagi hehe. Ayah tahu ibu suka effort memberi tu, bukan apa yang diberi.
5. Ayah usaha jadi romantik walaupun ibu tak layan
Ayah panggil ibu ‘anje’. Ibu tak suka ayah panggil ibu ‘anje’ depan orang atau depan anak-anak. Ibu rasa ayah annoying haha dan mungkin juga ibu malu. Tapi ayah tetap panggil juga dengan penuh perasaan.
Ayah akan pegang tangan ibu bila jalan bersama, tapi ibu selalu cakap ayah mengada-ngada haha tapi ibu pegang lah juga tangan ayah.
Ayah akan peluk ibu kalau kitorang nak ambil gambar mereka, tapi ayah selalu kena cubit dengan ibu. Saya tahu ibu malu. Banyak koleksi gambar ibu berkerut marah manakala ayah ketawa terbahak-bahak.
Ayah juga akan bersungguh sambut ibu balik kerja, senyum dan tegur ibu. Ayah akan dengar semua cerita ibu walaupun ibu tak berminat dengar cerita ayah.
Kalau ayah balik kemudian, ayah tetap juga akan attend ibu dan bagi salam dekat ibu. Assalamualaikum anje.
Kadang-kadang bila ibu tak layan perilaku-perilaku romantik ayah, ayah akan gurau cakap ‘kau aku’ dengan ibu, baru ibu ketawa. Ya, ayah usaha buat ibu ketawa walau ibu selalu marah-marah.
6. Ayah suka buat ibu marah
Kalau tak gaduh, dia macam hambar je hubungan tu haha. Ayah selalu kacau ibu sampai ibu marah, lagi ibu marah lagi ayah suka dan kacau lagi. Kadang-kadang ayah tunjuk kesan kena cakar dengan ibu sebab ayah kacau ibu haha.
Kan ibu suka argue benda remeh-temeh kan, ayah kadang-kadang saje lagi tambah minyak pada api. Lepas tu ayah cakap, abang saje nak tengok anje cakap apa, tu pun nak marah, tengok sampai merah-merah muka. Pastu ibu akan senyum dan tersedar yelah, kenapa nak marah-marah.
7. Ayah tak mengharapkan ibu jadikan ayah raja, tapi ayah yang usaha jadikan ibu permaisuri
Setiap pagi, ayah yang akan keluar pergi kerja dulu, ayah akan kejut ibu, salam, peluk dan cium ibu. Ayah akan cakap apa-apa yang menggembirakan ibu atau apa-apa yang boleh buat ibu annoying sebelum keluar rumah.
Ibu akan marah dan ayah suka ibu marah sebab ayah rasa marah tu love language ibu. Marah manja gitu. Saya selalu terfikir, kalau suatu hari ayah takda, mesti ibu rindu gila dan sunyi.
Ayah juga tak bagi ibu pening-pening fikir tentang hal rumah dan anak-anak. Selalu dengar ayah cakap, “awak tak payah pening fikir, tak payah risau, abang uruskan”.
8. Ayah utamakan hubungan berbanding ego
Kalau ibu buat sesuatu untuk ayah, ayah akan puji dan cakap terima kasih sungguh-sungguh. Tapi kalau ibu tak buat atau tak serve ayah (contoh; tak masak, tak sediakan baju kerja), ayah takkan marah dan cuba uruskan sendiri.
Kalau ibu masak tak sedap atau tak kena selera ayah, ayah takkan komen. Ayah akan habiskan makan macam biasa. Tapi kalau kena selera, ayah akan cakap sedap dan puji ibu banyak kali.
Kalau ayah dan ibu berjauhan, ayah yang akan selalu video call ibu dulu.
9. Ayah selalu sabar
Ibu suka judge apa yang ayah buat, selalu tak setuju dengan ayah. Ayah saya sabar dan layankan saja macam langsung tak kisah sebab ayah rasa tu sifat semula jadi ibu haha. Tapi memang selalu tak sehaluan.
Ayah selalu diam kalau rasa nak marah ibu. Hubungan ibu dan ayah ni selalu buat saya confused dengan makna ‘sekufu’ sebab pendirian mereka langsung tak selari dan selalu berlaga mulut tapi tetap bahagia bersama.
10. Ayah tunjuk contoh yang baik
Ayah bangun subuh sendiri tanpa dikejut dan pergi ke surau. Kadang-kadang ayah tahajjud.
Ayah solat awal waktu. Ayah utamakan solat semua ahli keluarga. Ayah rotan siapa yang tak solat.
Ayah jaga kebersihan diri. Ayah suka gosok gigi. Ayah akan mandi setiap kali nak menghadap Allah. Ayah rajin mengaji walaupun bacaannya tak lancar. Ayah bukan orang background agama, tapi ayah selalu usaha semai agama dalam keluarga.
Ayah mudahkan urusan banyak orang. Ayah rajin keluar kerja walaupun kerja ayah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, rezekinya tak menentu, ada hari rezeki lebih, ada hari tiada rezeki.
Ayah tak rendah-rendahkan ibu dan anak-anak depan orang luar walaupun kami banyak sangat kekurangan. Ayah selalu berfikir sebelum bercakap, kalau diam lebih baik, maka ayah akan diam.
Ayah selalu buat kami ketawa. Ayah tak ego dengan isteri dan anak-anak. Ayah tak judge anak-anak dan isteri yang tak ikut cara dia, tapi ayah keep tunjukkan contoh yang baik dan saya tau ayah banyak doa untuk keluarga.
.
.
Begitulah serba sedikit kisah ayah saya dan ibu. Saya amat mengagumi hebatnya kuasa Allah mentakdirkan jodoh ayah dan ibu. Hubungan yang sangat ajaib dan unik pada saya.
Mereka saling mencintai walaupun selalu tak sependapat. Tipulah kalau saya katakan ayah tiada kekurangan sebagai suami mahupun ayah. Pasti ada kekurangannya sebab ayah manusia biasa.
Ibu pun begitu, pasti ada kebaikan dan pengorbanan ibu terhadap ayah. Dan pasti ada amalan rahsia ibu sampai ibu layak dianugerahkan suami sebaik ayah. Allah jualah yang mengetahui segalanya dan dia pasti Adil terhadap hambaNya.
Ayah selalu cakap dengan kami, ibu tu nampak je macam tu, nampak je marah-marah, tak ungkapkan pun kata-kata sayang tapi hati dia baik, dia sayang anak-anak dia semua. Hari demi hari, kami juga belajar untuk faham ibu daripada cara ayah layan ibu.
Begitulah.
Pada saya, kunci penting dalam setiap hubungan ialah sabar. Ya, tapi sabar yang berpanjangan perlukan komitmen yang sangat tinggi sebab kita takkan betul-betul faham pasangan selagi tidak diuji.
Dan sebaik-sebaik orang yang diuji ialah mereka yang sabar ketika diuji. Layakkah kita bersama berpimpinan tangan ke syurga selagi tidak diuji?
Masa saya kecil, pernah ibu ayah bergaduh teruk sampai hampir berpisah. Mungkin kemudiannya mereka belajar untuk saling bertolak-ansur, sabar dan cuba terima kekurangan masing-masing dan kini terus bercinta sampai usia senja.
Pada saya, hubungan suami isteri ni satu komitmen panjang dan silibus pembelajarannya tak akan pernah habis. Perlu syukur seadanya dan sabar setingginya.
Dalam usaha mencari jodoh, saya cuba senaraikan ciri-ciri pasangan yang saya inginkan dan saya tak dapat tolak keinginan yang saya nak lelaki yang berkeperibadian seperti ayah saya.
Tapi saya selalu terfikir boleh jadi apa yang saya nak tu bukan yang terbaik untuk saya di sisi Allah.
Walaupun saya dominan dengan cara dan peribadi ayah, tapi saya ada juga sikit-sikit karakter ibu saya yang selalu nak menang, ada ego dan selalu kalah dengan emosi sendiri.
Saya risau fikirkan bagaimana kalau suami saya tak sesabar dan tak memahami macam ayah. Walaupun dah kenal lama, tapi pasti takkan sama kejadiannya bila dah tidur sebantal dan makan sepinggan kan?
Banyaknya persoalan yang bermain di minda. Makin saya cari jawapan, makin banyak persoalan. Perlukah saya fikir? Adakah hal ini termasuk dalam perkara yang boleh saya kawal?
Saya baca banyak buku dan artikel tentang behavior dan emosi manusia, cara komunikasi berkesan, ilmu tasawuf, tentang hati, tentang sifat qana’ah, kisah-kisah isteri solehah juga tadabbur al-quran untuk improve sikap dan peribadi diri.
Saya sedar diri dan sentiasa usaha perbaiki hubungan dengan orang-orang di sekeliling saya selain hubungan dengan Robbul ‘alamin.
Saya tahu lelaki yang nak bersama kita mesti akan kata yang dia terima kita seadanya, tapi takkan begitu sahaja? Apa pula usaha kita sebagai isteri? Bukankah perkahwinan tu komitmen bersama?
Saya ada juga baca pendapat yang mengatakan, jangan berubah kerana nak orang terima kita, biar orang tu terima kita seadanya. Tapi persoalannya, apa pula jaminan dia akan kekal terima kita ‘seadanya’ tu?
Ayah selalu pesan untuk sentiasa jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain. Saya nak juga usaha untuk memberi bahagia berbanding mengharap diri untuk dibahagiakan. Saya juga nak jadi ibu yang baik buat anak-anak dan tahu mengungkapkan rasa dan cinta.
Saya nak masuk syurga dengan redha suami dan doa anak-anak yang soleh. Oh tingginya cita-citaku. Moga Allah hiasi niat baik saya dengan seindah-indah jalan. Adapun jika diuji, moga Allah kurniakan saya dengan setinggi-tinggi kesabaran.
Baru sekarang saya terfikir susahnya untuk mencari jodoh. Setiap kali nak berkenalan dengan seseorang, saya mesti akan bandingkan dia dengan ayah saya. Kemudian saya penat nak merasionalkan fikiran saya. Entahlah.
Ya, saya akui yang wanita memang sangat complicated. Kadang OK, kadang KO haha.
Doakan saya dipertemukan dengan jodoh yang baik yang mana bila saya bersamanya saya juga dapat berbuat baik dan berbakti seikhlasnya. Juga dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah.
Saya percaya masih ramai lelaki yang baik seperti ayah, tapi saya tak tau layakkah saya mendampinginya?
Wallahua’lam.
– Mentari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Faham… Bila anak perempuan jadikan ayah dia sebagai hero dalam hidup, memang dia akan cari suami yang sipi-sipi sama macam ayah dia.
Role ayah ni sgt penting bagi anak perempuan. Jika anak perempuan tak dapat kasih sayang dan ilmu yang baik dari seorang ayah, dia akan cari kasih sayang tu daripada lelaki di luar sana. Jika nasib tak berapa baik, akan jatuh ke tangan lelaki yg jahat. Nauzubillah…
You basically want a punching bag who can put up with a plain toxic partner lol
Semoga dpt jodoh cerminan ayah sis.
Lelaki berkualiti zmn skrg susah sikit nak cr memandangkan zmn dah berubah.Cara didikan org lama vs baru dah lain.
Berdoalah ditemukan dgn lelaki vaik2 sis.Biar jodoh lambat asal x salah pilih
Gentle reminder. Don’t settle for less.