Mommy sekarang housewife. Dulu kerja boleh tahan jugak, tapi lepas anak no 3 tak sihat, mommy berhenti. Fokus anak dan keluarga. So berjalanlah hari² yang awalnya indah, tapi makin lama makin sayup pulak.
Pendekkan cerita, mommy kawen dengan suami atas suka sama suka. Suami mommy handsome macam laki lopa. Bukan propa, tapi kalau dah memang ada keturunan mix, selalunya helokla ropernya. Mommy besa² ja, tak cantik, buruk pon idak. Cuma ada lesung pipit ja. Hahaha.
Suami mommy produk sekolah tahfiz, ok. Keluarga mertua pon jenis² Islamic family gitooh. Mommy je kelaut dalam, cuma bila dah kawen ni, bolehlah bolehlah. Tudung dari 45 jadilah 50, kadang² pakai tudung ostajah. Kuikui.
Dipendekkan lagi cerita supaya korang tak boring, mommy sebelum kawen pon dah jumpa haiwan liar suka menyondol dalam hidup mommy. Siap dia boleh sound mommy okeh! Katanya mommy yang tak pandai jaga (tunang) mommy masa tu.
Dia tahu je suami mommy dah bertunang, tapi saja nak tengok dia boleh caras tak, suami mommy pulak time tu, gaji dah mula nak kepok². Alah yang yenyer, suami mommy pon sama konon nak test market. Mentang² ada rupa, hadoiiilahh.
Mommy jumpa ka haiwan itu? Jumpa. Langgar dengan bulldozer? Idak. sebab mommy tak da duit nak sewa bulldozer, mahal. Mommy dengan suami jumpa pompuan tu sesama. Memandangkan mommy ni jenis gamble, dan malas nak bergaduh, mommy bagi 15 patah perkataan, kat husband mommy masa tu ;
“Awak tunang Saya, tapi tak semestinya jodoh saya. Tapi kalau awak nak perempuan ni, silakan. Saya boleh cari Fahrin Ahmad jadikan suami”, flip tudung bawal sambil pulangkan cincin tunang. Gituhh kekdahnya.
Haa. Korang dok kire ke tu? Berapa patah perkataan? Lebih 15 kan. Memanglah, tengah² cakap tu, takdelah masa mommy nak kire. Kohkohkoh.
Mommy ni jenis senang. Malas nak gaduh. Malas nak feeling superwoman sangat rebut jantan, so bagi jee lah kalau ko nak skandal sangat kan? Tapi suami mommy cakap, dia tersilap langkah. Macam masuk smart tag, tapi nak keluar RFID. Kan tak boleh tu? Kene reverse la kan. Hahahaha kelaut perumpaaannya.
So, pendekkan lagi. Kawenlah kami. Tapi jeng jeng jeng, malam kami nikah tu, pompuan tu mesej suami mommy, luahkan perasaan, bagitau dia kecewa suami mommy pilih mommy, tinggalkan dia dengan lara. Bukan Lara, anak Awal Ashari tu.
Sedihla katanya dia takkan jumpa kebahagiaan lagi sebab kebahagaian dia ada dengan suami mommy. Wow. Malam nikah ok. Mommy baca mesej tu, mommy balas, mommy reply “Sian awak sis. Saya faham perasaan awak. Tapi…. Padan ukeee” mommy sent, delivered pastu delete. Koh!
Sampai sekarang suami mommy tak tahu pompuan tu ada mesej dia masa malam nikah kami. Tapi malam nikah tu, mommy cakap dengan suami mommy, “The broken is done. I always forgive, but I will not forget. Please take care of our life. It’s our responsibility now”.
Tataulah dia faham ke idak, sebab pastu dia tidur sebab letih kene cuci periuk belanga. Kahkah. Tapi penyondol tu, elok tak cukup setahun lepas tu, mommy dengar dia kahwen jugak. Lahhh ingat dok lara samapi tak nak kawen. Alhamdulillah. Janji bukan dengan laki aku. Haha..
Fast track, turun naik kawen, semua baik² aja. Tapi suami mommy adalah kantoi beberapa kali tengah try jek, BBNU. Budak² pompuan sekarang memang jenis tak reti nak investigate ke apa, main sondol je.
Tapi sebab mommy ni dulu suka tengok Detective Conan, dengan mudah mommy patahkan percubaan suami mommy kekenonon nak try tu. Mommy cakap, Saya ni ada 8 sense. Awak kalih kiri saya tau awak tengok apa. Toksah nak bohong.
Selalunya memang lepas kantoi bunga² tu, mommy terus boh petrol bagi kasi terbakar punya. Macam terbakar hutan belantara kat Indonesia tiap² tahun tu. Haaa kekdahnyaaaa.
Kisah penyondol terhebat berlaku masa anak mommy yang no 3 dah ada. Masa tu dia setahun lebih kot. Yelah, bila company dah mula growing, suami mommy makin sibuk. Tapi percaya idak, mommy ni memang ada sense kalau suami mommy ni buat hal.
Tapi sebabkan anak tak sihat masa tu, mommy just ignore sebab anak lebih penting untuk mommy kisahkan. Yang jadikan mommy lebih suspicious tu bila suami mommy asik balik lewat, alasan jumpa client. Pergi entertain orang sana sini, cari projek sana sini.
Balik lewat tu satu hal, yang satu hal lagi paling mommy berbulu, projek kemain banyak tapi elaun mommy tak naik² pun. Tiberrrrrr. Hahahaha.
Tah macamana, satu malam, suami mommy macam biasa balik lewat. Dia tertido, mommy tergerak ati nak tengok fon suami. Jeng jeng jeng. Lock gaisssss. Ada password gaisssss. Wow. Wow. Wow. Ini tak boleh jadi. Apekehei ada password? Getus mommy dalam hati. Mulalah anxiety datang. Kuikui.
Taklah.. tapikan, dah nama suami, password pon aku tahu. Ape buat password sama macam password yang biasa buat. Tak professional langsung! Hahaha. Mudah kerja mommy..
Buka² je, terpampang gambar penyondol itu didalam gallery. Maksudnya, sebelum tidur tengok gambar penyondol itewww dulu la kan. Wow. Mabuk kepayang. Takpe. Sedap dia kroh², mommy select semua gambar di gallery dan dibackup email, (hp ada backup storage kan?) Mommy forward ke email mommy.
Dalam tu ada gambar penyondol tu, gambar dia free hair, gambar kereta, gambar makan western food tepi pantai sama², eh macam² lah. Gambar dalam family car kami pun adooo yerrrrr. Lepas send ke email, mommy buang semua gambar dalam storage tu, sekali dengan backup.
Mommy ambil no fon penyondol, mommy save kat handphone mommy. Mommy install dual apps, mommy link dengan HP mommy. Hebat bukan? So every chat dalam fon dia akan sama masuk dalam fon mommy.
So, mommy tunggu sampai esok, supaya mommy dapat track apakah hubungan mereka dan setakat mana. Kita kalau nak jadi isteri, kene jadi isteri yang bijak. Jangan melenting dulu. Ok. Buat je macam biasa, walaupon ko dah terdelete semua gambar dalam gallery tu tadi. Chill je macam tak da apa².
Nanti esok dia bangun tidur, dia akan sendiri tengok dan salahkan diri sendiri. Sebab mungkin waktu tertidur tu dia yang tertekan delete. Hahahahahaha. Ada aku kesah dia hilang gambar tu? Nope!
Haha. Penat tulis. Nanti tunggu part 2 mommy sambung ye. Apa yang umie discover lepas install dual app tu. Ni lagi syiok. Tunggu tau. Babai!
– Mommy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit