Fikir Jauh

Salam dan hai pembaca semua.

Saya Dila, umur 34 tahun ni. Saya bekerja di sektor swasta.

Saya nak minta pandangan/nasihat atau pendapat tuan-tuan dan puan-puan berkaitan pelan kehidupan selepas cukup umur 60 tahun, jika diizinkan Allah.

Macam ni. Saya suami isteri bekerja, gaji biasa-biasa, alhamdulillah cukup makan, cukup bayar komitmen. Tapi tiada simpanan.

Anak dua orang, umur 5 dan 2 tahun.

Kami ada beli rumah, dah masuk tahun ketiga.

Sejak setahun yang lepas, kami bayar ansuran bulanan menggunakan EPF akaun 2.

Sebab ada beberapa ketika suami tiada pendapatan tetap dan kami dah kehabisan simpanan.

Akhir-akhir ni saya kerap memikirkan nasib saya nanti bila dah cukup umur tak boleh kerja.

Jika dipanjangkan usia, saya tak mahu bebankan anak-anak untuk menanggung ibu dan ayahnya nanti.

Saya dan suami tiada aset. Rumah sekarang ni pun dikira liabiliti.

Kami tiada harta. Hidup sederhana. Saya runsing memikirkan masa depan.

Boleh beri nasihat/pandangan atau kata-kata motivasi ke?

Terima kasih.

– Dila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Slm.. skrg ni bnyak je institusi atau pengendali latihan yg buat kursus or bengkel mngenai pngurusan kewangan.. (secara dlm talian pon ada, berbayar atau pon secara info ‘percuma’..) tapi sbg org bekerja (x kira lah, mkn gaji or kerja sendiri), kita digalakkan ‘mnyimpan’, apabila ada kecemasan utk mnggunakan wang ..tp ramai je yg x ‘sempat’ mnyimpan wang, sbb terlalu bnyak komitmen, atau pon simpan wang bla dpt gaji (awal bulan), tapi menjelang hujung bulan, wang yg disimpan itu ‘dikorek’ semula, kerana ketidakcukupan wang utk membeli mkanan atau brg2 kperluan yg lain.. (perkara ini dianggap perkara ‘biasa’ dan trjadi kpd ramai juga orang.. tp persoalan nya; sampai bila harus begini, dan penghujungnya tetap tiada ‘simpanan’ utk waktu susah – cth: ahli kluarga sakit, dan perlukan rawatan segera, kenderaan rosak & perlu dibaiki utk bergerak kemana2, ank2 nk sambung blajar dan juga d musim2 perayaan yg memerlukan bnyak juga dt utk mnyambutnya d kampong dsb..
    Sebenarnya, tidak susah sgt utk ‘mnyimpan’, cuma perlu keazaman dan ‘fokus’ yg jitu & mantap.. saya tertarik dgn cara sepasang suami-isteri (rse nya dlm ruangan confession ini juga), tentang cara mrk menabung.. mereka telah tetapkan mnyimpan rm1000 (setiap seorang rm500 sebulan, selama 10 thn, tanpa ‘mngusik’ 1 sen pon dt tersebut, walau pon dlm keadaan yg agak ‘terdesak’..) dan akhirnya mrk dpat membeli rumah idaman mrk berdua, setelah sekian lama mnyimpan.. tak semestinya awk kna ikut jumlah tersebut, klaw rasa belom mampu, mngkin bole mulakn dgn buka acc “jv” dan sebulan rm300 or rm500 sbulan utk dua org (suami & isteri), yg penting, jangan sesekali ‘sentuh’ n kluarkn dt tersebut, buat2 mcm tabung itu x wujud.., lama kelamaan, duit itu akan terkumpul juga, dan sampai kpd satu masa, anda berdua boleh gunakn utk capai impian anda berdua.. insha Allah, berkat kesabaran dan pengorbanan awk berdua sbg suami-isteri.. wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *