Aku perempuan, 42, masih belum berkahwin… tinggal berdua dengan ibu aku. Ke mana-mana selalunya dengan dia.
Orang yang tengok akan cakap, kami berdua ada hubungan yang baik dan penuh kasih sayang. Hakikatnya, lain… benar² berbeza daripada luaran.
Hari ini, hari ke-5 kami tidak bertegur sapa. Tapi, semalam aku ada luahkan segalanya pada dia. Tapi tetap lah tiada perubahan.
Oh ya, aku hanya 3 beradik. Semuanya berlainan ayah. Cerita bermula selepas aku balik kerja, aku ada keluar lepak dan makan² dengan kawan² aku tetapi aku ada berjanji akan bawa ibu sebaik sahaja aku balik tu.
Dan bila aku balik, sebaik sahaja aku buka pintu, aku tanya dia nak makan apa ni? Nak makan kat mana? Dan dia terus jawab… tak payah makan² lah… tak perlu lah nak tanya dia dah makan ke belum?
Aku cuba bersembang lagi lepas tu tapi tak diendahkan dah. Esoknya sebelum pergi kerja, aku ada tanya lagi dia nak makan apa? Sebab aku tahu semalaman dia tak makan, tapi aku ditengking lagi.
Silap aku, aku menjawab. Ya lah, dengan tak tahu apa salah dan silap aku, tiba² kena tengking macam tu.
Sebenarnya ini bukan kali pertama. Bukan juga kedua kali. Tapi telah lama aku pendam dan sabar. Ternyata pilih kasih tu wujud ya.
Bermula sedari aku kecil, selalu dibeza²kan dari adik-beradik aku yang lain. Aku anak sulung, adik² lagi dua orang tu lelaki. Yang tengah masuk penjara kes dadah. Anak kesayangan ibu aku.
Sedari kecil, jangan sesiapa berani sentuh anak dia tu. Kalau aku bergaduh dengan dia, mesti aku akan kena balik.
Aku anak terpinggir. Pernah jadi mangsa cabul ayah tiri ke-2 aku. Ayah kepada adik yang bongsu. Ya lah, aku mangsa kemarahan ibu aku daripada kecil. Bila dimarah tanpa sebab, aku merajuk. Aku tak makan tak minum.
Ibu aku hanya membiarkan, tapi ayah tiri yang pujuk. Aku ingatkan sebab kasih seorang bapa, tapi rupanya ada niat lain.
Setiap kali musim cuti sekolah, aku tak pernah enjoy macam orang lain. Aku akan pergi rumah ibu saudara aku dan kerja di kedai dia. Nanti dapat lah upah baju sekolah dan baju raya. Seronok sangat dah masa tu.
Ya lah, setiap kali kalau orang tanya ibu tentang persiapan raya dan sekolah aku, ibu pasti jawab tak ada siap apa² pun, tak ada duit. Aku kan tak ada ayah.
Masa kecil aku tak faham sangat. Seronok tolong² ibu saudara aku dan dapat upah baju sekolah dan baju raya.
Ibu tak pernah belikan pakaian khusus untuk aku. Tak pernah belikan walau sehelai tudung untuk aku. Tapi tak apa, aku tetap berpakaian juga sampai sekarang.
Berkenaan malam tadi, aku meletup setelah beberapa hari dia pulaukan aku, tak bercakap, tak bertegur sapa tapi dengan adik aku yang lagi seorang dia boleh cakap lemah lembut, tak kisah pun kalau yang tu tak datang melawat dia.
Adik aku yang ni dah kahwin tapi duduk dekat je dengan area rumah ibu.
Sumpah aku terasa hati sangat². Bila aku luahkan, dia kata aku mengungkit.
Bukan niat nak ungkit, tapi aku suarakan apa lagi yang kurang tentang layanan aku pada ibu. Dia nak pergi mana² aku bawakkan. Ke mana² berdua. Time baik, tiada yang kurang.
Tapi dia tetap buat lagi, tak endahkan aku tanpa aku tahu salah aku. Dera mental aku. Aku tak tahu apa lagi yang kurang. Aku dah cuba sehabis baik, tapi tetap tak dipandang baik.
Memang aku tak baik, aku dengki pada orang² yang ada keluarga bahagia. Yang punya suami dan anak² tempat mengadu. Tapi, aku tak punya semua tu. Ada ibu, tapi selalu aku dimarah tanpa sebab.
Aku dah cukup tua untuk hadap semua ni. Niat aku hanya untuk berbakti kepada ibu selagi ada hayat aku. Tapi dalam keadaan ni, aku sendiri yang tersakiti. Hati aku hancur. Entah boleh kembali baik atau tidak, aku sendiri tak tahu.
Mungkin silap aku lahir ke dunia ni. Aku tak tahu, hati yang hancur berkali² ni entah bila akan sembuh.
Doakan aku kuat ya kawan². Doakan aku boleh hadapi dugaan ni.
Oh ya, di sebalik semua ni, aku hanyalah anak tak sah taraf. Patutlah daripada kecil lagi, aku diungkit tak punya ayah. Aku terpaksa pergi kerja hanya untuk sepasang baju sekolah dan baju raya.
Panjang lagi kisah aku, tapi cukup lah sampai di sini dulu. Doakan aku kuat dan sabar untuk hadap semua dugaan ini.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan putus asa dgn rahmat Allah.. sentiasa lah ingat dan berdoa kpd-Nya.. walau pon awk diberi dgn bermacam ‘dugaan’, bertabah la, dan anggap semua tu ujian dari Allah, insha Allah satu hari nt, doa2 awk yg baik akn dimakbulkan.. aamiin
Salam,
Let start, you tahu you anak yang tak sah taraf, so I nak you bersyukur, you tahu the real you. Banyak tau anak perempuan tak sah taraf yang mak diorang sembunyi kan status diorang. Anak tuh di bin kan dengan nama suami pak sanggup instead of di bin kan dengan Abdullah/lain lain. Ramai, terlalu ramai kes macam nih. Apa jadi dekat anak perempuan tak sah taraf yang macam nih, sebab bernasab kepada ibu sahaja, bila kahwin kena pakai wali hakim baru perkahwinan sah, tapi apa mak diorang buat, passing masalah lalu ke diorang. Anak anak perempuan tak sah taraf nih diwalikan dengan bapa yang kononnya bapa kandung. Apa jadi dengan nikah tuh, tak sah. Sebab rahsia cuma si ibu & orang tertentu yang tahu, jadi public dan belah lelaki fikir pernikahan tuh sah dalam agama. Berhubungan badanlah pasangan pasangan tersebut lalu melahirkan anak anak, anak halal ke, of coz anak tak sah taraf juga, nikah tak ikut syarat sah yang betul, anak yang dilahirkan hasil dari zina. Jahat tak ibu macam nih, jahat wey, sangat jahat, ibu syaitan. Dia dah berzina dia dapat anak perempuan tak sah taraf dia salahguna kuasa sebagai ibu dia biarkan anak perempuan dia berzina juga melalui pernikahan palsu.
You patut bagi kredit dekat mak you sebab dia tak sembunyikan status you. Mak you jujur bab nih, I’m surprised you mother really transparent about this serius issue. Kalau you rasa alah biasa jer, girl stop. You tak boleh beli kejujuran dekat mana mana, jujur nih datang dari kasih sayang, tapi ramai tak faham. Kebohongan datang dari kebencian yang mendalam. Kalau you rasa mak you tak sayang you, girl stop. Your mother loves you, cuma mak you tak ada kasih sayang yang beribu liter macam you, you boleh simbah kasih sayang dengan sesiapa dan mana mana tempat you pergi. Jadi raikan perbezaan you dengan mak you. You both are very different. Dua identiti yang berbeza.
Turut berdukacita dengan isu keluarga yang you hadapi dengan keluarga you, isu pencabulan, ibu you tak pernah beli kan you baju, adik you masuk penjara, I tak nak bahas lanjut pasal family sampah sarap you. Let talk about you, the gifter of this family who keep on giving, tak perlu you berubah cuma perlu tukar arah. You better jaga boundaries you dengan family you, cipta your own space, jaga jarak selamat. Tegas dengan diri you tapi lembut dengan orang lain. Jangan 24 jam ada dalam konflik keluarga. Ini bahaya, kena tegas dengan diri you, tak semua urusan keluarga adalah urusan you. Ada rezeki lebih travel dengan your favourite person. Ahli keluarga tak favourite kan you, jangan favourite kan diorang. Everyone has their own favourite, you also have you favourites person, boleh jadi kawan, sedara mara, kawan tempat kerja.
As anak sulung, you kena ada leadership yang baik bukan untuk orang lain tapi untuk diri you sendiri. KURANGKAN BERTANYA BANYAKKAN BAGI ARAHAN. Jangan cakap dengan mak “mak nak makan mana” “nak makan apa” ini soalan. Tukar jadi arahan “mak siap siap kita nak bawa mak makan tempat special” “mak jom kita try makan sini, tempat viral nih mak”. Mula mula awak tak akan terbiasa bagi arahan, mak awak pun lagi akan rasa pelik, mostly anak sulung yang baik diorang boleh terima penolakkan dan boleh menolak sebarang tawaran. “mak taknak lah makan sini makan tempat lain” diorang jawab simple “yela, tapi lepas nih tak bawa sini tau”, ada arahan dalam menerima penolakkan. “Nah kau habiskan makanan nih” “uish tak boleh lah mak, perut kita dah kenyang”, tapau jer bawa balik rumah”. Ada arahan dalam penolakkan. Terlalu lama you duduk dalam dunia mak you, dunia kacau bilau, so create your own world. Never push any unnecessary communication, be natural & choose to calm instead of clumsy.
Banyak benda I nak tulis, tapi you better start with a good leadership and effective communication first. Stop meluahkan perasaan, menangis sampai keluar air mata air hingus, benda tuh tak bagi effect untuk family you yang emotional unavailable, jadi raikan perbezaan antara you dengan ibu you, dengan family you. Satu family kena satu kepala, ini bohong, ini pernyataan palsu. Everyone is different. Ibu you ada anak favourite, you pun ada kawan & saudara mata favourite, everyone has their own favorite, it’s normal, orang lain akan rasa pelik. Apa yang pelik, memang gitu.
Jadi be smart, be selfish, make sure everything you do give benefits to you. Jangan keluar dengan kawan asyik you jer belanja makan, 10x keluar 10x you belanja, diorang untung you rugi. Stop hang out. Ini bukan kawan, ini parasite. Jangan keluar dengan mak asyik mak jer decides, 10x keluar makan 10x mak decides, nih bukan mak, nih diktator. Belajar 50/50 both untung. Jadikan diri you manusia beruntung, stop rugikan diri.
Tutup salam.
I feel u..i juga anak sulung perempuan.Adik2 3 org semua lelaki.Dan i perasan i bkn org penting dan dianggap berfungsi sbg anak sulung.Mak lbh sayangkan adik lelaki.
Adik pula bijak manipulasi mak hingga i nmpk buruk & x guna.Mak juga dulu2 waktu i umur awal 20an selalu cerita keburukan dan kelemahan i kpd adik2 lelaki hingga dorg jd x hormat dan kasar dgn i.
Bila i luah..mak kata smua silap i.Perlakuan i yg buat adik2 x hormat.Dia sikit pun x akui silap dia.Padahal dia pun one of the reason.
Apa jua perbincangan & keputusan dlm rumah mak akan bincang dgn adik lelaki favourite dia.I ni dpt tahu hujung2 je.Ya sbb x dianggap mcm penting even i anak sulung.I selalu kena maki hamun dan dipandang rendah oleh adik2 i..kena perli tu dah jd makanan utk rosakkan mental emosi i..
U bayangkan la masa adik i nak kahwin..segala perbincangan majlis,makanan..mak tak cerita pun dgn i..dia sanggup telefon makcik pakcik dan saudara mara di kg utk bincang.I ni mmg dipinggirkan.Bila dah blk kg masa majlis kahwin adik i..i cuba la nak join aktiviti memasak di dapur macam kupas bawang ke apa.Mak i siap buat muka annoying.Dia x tegur pun i..nampak dia x suka i merapat ke dapur.Dia lbh percayakan sepupu i,makcik i dan org kg yg buat tugasan.Action sgt mak i waktu tu.
Lastly Allah balas perbuatan mak dan adik i yg belakangkan i.Makanan kurang sedap dan rata-rata tetamu datang majlis kena cirit-birit.Kes tukang masak memasak cara tak betul.Dalam hati i kata cash la..mak i malu sampai nak menangis.Itulah siapa suruh tak nak berbincang anak beranak elok2 sebelum decide pilih tukang masak.Sebab nak jaga hati org la jadi macam ni.Sanggup main rembat org tak kenal atas rekomendasi pakcik i..padanlah muka
Banyak kalau i nak cerita pendek kata i mmg disisihkan dlm sebarang perbincangan keluarga.
Adik2 lelaki i dua org dah kahwin.Tahulah korang nanti akan ada la cash cow daripada isteri dan mertua korang kelak sebab buat kakak ko mcm ni…jgn fikir hidup korang takkan diuji.Tu je…aku ni banyak sgt dah mkn hati dek ibu pilih bulu ni