Apa Salah Suami Aku?

Assalammualaikum. Aku membaca confessions dalam page ni since aku belum kahwin. Sekarang dah ada dua orang anak. Tak sangka harini aku menulis di sini.

Aku kenalkan diri aku as Zee. Aku dah berkahwin hampir 5 tahun dengan lelaki pilihan aku (Bee). Obviously Bee bukan menantu dan ipar pilihan keluarga ku.

Bermacam dugaan untuk kami sampai ke jinjang perkahwinan. Bee takde pekerjaan tetap while aku seorang kakitangan kerajaan.

Tapi jodoh kami panjang dan kuat (buat masa ni). Semoga kuat dan kekal hingga ke syurga. Kami dikurnia sepasang cahayamata.

Walaupon Bee cuma freelancer, Bee masih jalankan tanggungjawab membayar komitmen kami.

Bee banyak membantu kerja2 di rumah. Bee yang menjaga anak2 ketika Zee keluar berkerja. Bee juga selalu memasak dan melipat kain baju demi mengurangkan beban Zee.

Dan pada masa yang sama, Bee juga bekerja dari rumah. Cumanya ada ketika Bee tak banyak job, Bee akan mintak bantuan Zee.

Kalau nak cerita tentang susah senang rumahtangga kami ni, banyak. Tapi sehingga ke hari ini, kami masih lagi mampu hadap semua tu. Syukur Allah beri kekuatan.

Namun, ada satu ujian yang Zee (wife) tak boleh nak hadap iaitu family Zee sendiri.

5 tahun usia perkahwinan, Bee cuba untuk “masuk” dalam keluarga Zee. Tapi tak berjaya.

Pada awal perkahwinan, Bee cuba untuk duduk berbual dengan ahli keluarga, tapi apa yang terjadi, once Bee ke dapur untuk join perbualan di meja makan, semua akan bangun tinggalkan meja makan.

Sudahnya Bee berseorangan di meja makan.

Pernah juga terjadi, Zee terbaca conversation whatsapp mama dan kakak yang bercerita buruk tentang dengan Bee.

Untuk makluman, Zee tak pernah sorok apa2 dari Bee. Semua yang terjadi, Zee akan luahkan pada Bee. Zee berpendapat biarlah “kekusutan” tu mereka suami isteri usaha untuk selesaikan.

Walaupon Bee tahu dan sedar akan layanan family Zee, Bee masih buat biasa. Masih balik ke rumah family Zee seperti biasa. Masih cuba berbual dengan semua seperti biasa. Masih struggle untuk merapatkan diri dengan semua orang.

Hingga lah kebelakangan ini, adik Zee bermasam muka dan dingin dengan Zee & Bee.

Bermula dengan adik Zee bersalam dengan semua orang kecuali Bee. Seterusnya, adik Zee pelawa semua dalam rumah makan kecuali Bee.

Seterusnya, adik Zee berbual dengan semua yang ada di rumah kecuali Bee. Seterusnya anak2 kami tidak dilayan seperti anak2 buah yang lain. Tiada wish birthday, tiada layanan untuk bermain bersama anak2 kami.

Setelah ditanya dan disoal, katanya Bee banyak buat salah. Katanya Bee bergurau kasar. Bee suka gurau lebih2 yang mengguris perasaan mama. Bee tak hormat mama papa.

Kalau kami balik, Bee buat rumah mama papa macam rumah sendiri. Baring duduk makan tidur sesuka hati. Katanya juga Bee tak menyumbang apa2 untuk mama dan papa.

Dan untuk pengetahuan pembaca, adik Zee minta Zee sampaikan semua “teguran” tu pada Bee. Katanya itu teguran dia buat abang iparnya.

Bee kecewa. Berkaca mata Bee bila diberitahu semua ini. Lama Bee termenung mengenangkan salah silap diri Bee. Bee dibesarkan dalam keluarga yang rapat, yang suka loyar buruk.

Bee tak menyangka loyar buruk yang Bee create untuk merapatkan hubungan dianggap sebagai kurang ajar.

Bee tak sangka baring2 depan TV tu dikira sebagai tak tahu malu. Bee tak sangka sumbangan tenaga Bee dikira sebagai tidak menyumbang. Mungkin kerana Bee bukan orang berduit.

Sebagai isteri, Zee sedih melihatkan keadaan Bee sebegitu. Kata Bee, dia terima teguran itu. Walaupon cara adik Zee itu biadap, tapi Bee tak marah dan tak dendam.

Cuma ayat yang keluar dari mulut Bee, biarlah dia menjarakkan diri dari keluarga Zee. Biarlah dia tiada dalam rumah family Zee selepas ini.

Bee tidak menghalang Zee untuk balik ke rumah family, cuma katanya dia takkan berada dalam rumah tu.

Dia tak sangka setelah bertahun2 keluarga Zee masih tak terima kehadiran Bee. Kalau balik pon, mungkin untuk berjumpa papa mama sahaja. Untuk berjumpa yang lain2, Bee sudah tawar hati.

Harapan Zee, dapatlah pembaca memberi pendapat apa yang perlu Zee lakukan. Tersepit antara keluarga (adik beradik terutamanya) dan suami yang sangat disayangi, Bee.

Terima kasih sudi luangkan masa membaca.

– Zee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. cuba muhasabah diri dan suami, mungkin ada sikap2 yg tk menyenangkan dari suami Zee yg menyebabkan keluarga Zee tk suka, kdg2 kita tk nampak, tapi org lain nampak, semoga Zee dan suami tabah dan bersabar, jgn balas keburukan dengan keburukan, tapi balas keburukan dgn kebaikan

    • betul tu. cuba bee & zee muhasabah diri balik. kadang-kadang tak semua orang boleh terima gurauan/ loyar buruk kita. bagi bee & zee mungkin nampak biasa, tapi bila terkena dekat orang yang tak biasa bergurau, memang akan dianggap kurang ajar. saya dan keluarga memang jenis rapat & suka bergurau kasar tapi masing-masing tak pernah ambil hati. tapi bila saya berkahwin & berjumpa dgn keluarga mertua, saya tak bawa perangai gurau kasar saya. saya blend in. keluarga mertua semua jenis bercakap lembut, jadi bila balik kg sana, saya memang akan ikut rentak diaorang. sebab macam mana pun, kita ni menantu tetap lah orang luar. jadi bila ziarah rumah mertua, kita ikut rules dan cara rumah mereka.

      macam tu lah. semoga tips ni sedikit sebanyak dapat membantu bee & zee.

  2. Kalau saya macam ni jelah. Biarkan mereka begitu, kita cuba ambik hati pun dah dianggap tak memberi manfaat, lebih baik bawak diri. Kita pun ada hati untuk dijaga.

    Suami Puan Zee jangan berhenti buat baik dengan keluarga mentua. Jangan pernah berubah sikap. Suatu hari nanti, kalau keluarga Puan Zee dilimpahkan rezeki, jangan pernah berubah perangai.

    Ingat satu je, kita buat baik, Allah balas baik. Buat jahat, besar balasan Allah.

  3. Hemm semua ni sebab Bee tu tak berduit jer, cuba kalau Bee tu berduit, buat lawak bodoh pun semua kata kelakar, Bee buka mulut sembang pun semua suka dengar, makan pun siap berhidang bagai, yelah menantu berduit. Kalau tak berduit tengok bayang pun dah menyampah itulah hakikatnya.

    Takpelah elok lar jarakkan diri dengan keluar Zee tuh. Materialistik dan pura-pura je semua tuh.

    • normal la tu. kalau i pun geli dapat menantu sengkek. malu la i bila kawan2 persatuan i tau i ada menantu sengkek.

    • Jarakkan diri je.. Bee mungkin terlalu try hard & biasa org camni selalu dilayan jual mahal.. xyah la balik kerap sgt.. takpun, Bee ni org pantai timur kot.. biasala, kami ni selalu disisihkan.. 🥹

    • Aku pun perhati je si yuyu ni… Hal2 masalah rumah tangga ada je dia ni muncul..

  4. Jarakkan diri lagi baik daripada menyeksa diri. Kadangkala bukan kita yg bersalah tetapi yg salah kerana tidak berduit. Begitulah kehidupan berduit saja lah yg dipandang tinggi. Yg miskin dipandang serong. Menjauhlah untuk elakkan pergaduhan, risau terjadi persengketaan antara keluarga. Tak salah kita buang toxic yg downkan mood kita risau nanti akan terjadi pergaduhan antara suami isteri.
    Hargailah diri sendiri tak perlu bersusah payah untuk disukai, akhirnya memakan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *