Makan Sekali II

Untuk part I, (https://iiumc.com/makan-sekali/).

Hehehe. Aku tak sangka kena bash pulak aku punya confession. Tapi takpe, aku tak kecik hati. Aku maafkan sapa2 yang salah faham dedengan aku. Mungkin cara penulisan aku kurang jelas.

Tapi jenuh gak la aku duk baca balik, apa yang triggering sangat tu. Mungkin tone aku baca lain, tone orang lain baca macam aku tengah ngadu domba kot. Hahaha. Aku cuma selit pengalaman mula2 aku masuk je. Pastu aku biasa dah.

Dia camni, aku tulis just based on pemerhatian aku je. Aku tak kata aku benci family laki aku pun, and aku sayangg mak mentua aku oi. And even aku mention kata aku dah biasa kat post lepas. Aku happy je ni dengan laki aku.

Sedih? Jauh sudut hati aku jela. Dia bukan sedih sampai aku takleh terima hakikat. Hahaha. Dia macam, alahhh, sedih sikit, family kau dah la jauh, ingat duk dekat2 dengan family in law boleh terubat rindu. Rupanya tak. Camtu je. Ke patut aku guna term lain.

Aku ni jenis observant. Aku suka tengok, and kalau ada masalah, aku cuba cari punca. So that kita tak buat benda sama. Aku takde plan nak ubah family in laws aku pun la. Hahah. Sabor le akak akaks oi. Mengamuk sakan ye kome.

Kenapa aku kata masalah, sebab memang family laki aku kurang bonding. Travel? Takde. Semenjak economy diorang down sikit, diorang dah tak travel.

And by that time tak travel tu, anak2 tengah membesar, sampai la dah besar. Sepanjang tu diorang buat hal masing2.

Takkan takde keluar makan?

Ada. Very rare. Itupun mak mentua initiate. Anak2 lain, follow sebab mak je la. Sembang kat meja makan tu ada, dah makan sekali. Mesti la sembang. Hahah.

“Initiate la travel tu.”

Aku dah suarakan kat laki aku. Tapi laki aku kata takyah, mak dia cerewet. Takut nanti aku terasa kot mak dia tak suka tempat2 aku nak gi, hotel aku book. So aku tak buat la.

Again, nape aku rasa benda ni ‘masalah’ ( tapi bukan masalah besar), sebab laki aku sendiri lagi prefer spend time dengan family aku berbanding family dia. Hahaha. Dia lagi sanggup drive berejam balik kampung aku dari drive 10-15 minit ke rumah mak ayah dia.

Aku ni jugak tau yang kadang ajak la jugak laki aku balik rumah dia, rasa tak kena duk dekat tapi jarang balik. Jarang tu maksud aku dalam sebulan sekali.

Laki aku rasa dia lebih diraikan kat dalam family aku berbanding family dia. Kalau call akak or abang dia, just barely 1-2 minit untuk cakap benda penting, habis, pastu dia merungut, ha ni la family dia, susah nak bercakap. Tapi kalau dengan family aku dia boleh meleret2.

Tapi…. tapi tuan2 dan puan2… Sekali lagi aku nak tekankan. Aku bukanlah tulis sebab benda tu mengganggu hidup aku sangat. Dakk. Aku just nak share apa aku nampak, punca dia mungkin sebab apa, and share so that kita ambik pengajaran.

Aku ada mention dalam post yang lepas, ada banyak lagi cara lain. Cuma aku pilih makan sekali sebab tu benda kita buat hari2. Aku akan apply dalam family kecik aku. Yes, InsyaAllah.

Even suami aku pun ambik pengajaran dari family dia. Memang dia akan makan dengan aku, suap aku makan masa mula makan. Haa, sweet kan. Hahaha. Dah. Kbai

Eh, lagi satu hasil pemerhatian aku. Ace kome bace tu tone down sikit. Jadengan maroh2. Guna intonasi yang santai. Lek2 dah la. Hehehe. Kbai..

– Olaf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *