Aku ada baca pasal, https://iiumc.com/apa-
Aku faham apa yang saudara Ash rasa sebab aku pun alami benda yang sama. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sempurna. Cukup didikan agama dan kasih sayang.
Aku jalani hidup seperti lelaki normal lain, tak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti lgbt ataupun perkara-perkara yang menjurus kepada aktiviti homoseksual sebab aku tahu semua itu dilarang oleh agama.
Aku pun tak tahu macam mana perasaan tu boleh wujud. Aku anggap semua tu ujian dari Allah.
Hidup aku sekarang boleh dikatakan agak sempurna. Mempunyai kerja yang tetap, rumah, kereta dan sedikit simpanan untuk hari mendatang.
Tapi yang jadi masalah sekarang, bila usia dah semakin meningkat, banyak soalan pasal kahwin ni ditanya. Serius aku dah mula bosan dengan soalan tu tambah-tambah lagi kerja aku yang banyak perlu pergi kursus.
Jadi, soalan-soalan macam ni la yang selalu akan ditanya sebagai topik perbualan. Yang buat aku terasa boleh pula diorang tanya aku ni gay ke sebab tak kahwin-kahwin lagi.
Memang la aku ada naluri songsang tapi takkan aku nak bagitahu diorang kot dan sudah semestinya benda tu salah di sisi agama. Jadi selalunya aku bagitahu tengah berkenalan dengan seseorang supaya diorang berhenti bertanya.
Masa zaman aku belajar di universiti dulu ada la juga beberapa orang perempuan nak berkenalan dengan aku. Selalunya aku bagi alasan nak belajar dulu.
Tapi ada seorang perempuan ni memang tunjuk effort habis nk berkawan dengan aku. Jadi aku pun terima la harap-harap perasaan cinta tu muncul.
Tapi aku dah cuba, aku memang suka perwatakan dia. Kami boleh berkongsi cerita dan luahkan perasaan masing-masing. Tapi aku takut aku tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami bila kami berkahwin nanti.
Kalau aku bagitahu dekat dia tentang naluri songsang aku ni, aku takut dia tak dapat terima aku dan lagi aku takut dia pergi cerita dekat orang lain pula pasal tu.
Jadi aku pun ambil keputusan tinggalkan dia.
Macam aku cakap tadi, bila umur makin meningkat aku rasa aku perlukan teman hidup untuk aku berkongsi rasa dan saling menyokong antara satu sama lain.
Tapi persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang, ada tak perempuan yang sanggup kahwin dengan aku jika dia tahu aku ada naluri songsang ni?
Aku bukan tak mahu terus terang pasal naluri ni masa berkenalan atau taaruf nanti tapi aku risau perkara ni akan disebar dan menjatuhkan aib aku sebab selalunya perempuan suka bercerita dan sampaikan kepada orang lain.
Tapi bukan semua perempuan ya.
Kalau aku kawin semestinya aku akan cuba jadi suami yang baik. Dari segi nafkah zahir sememangnya aku dapat bagi yang terbaik tapi dari segi nafkah batin aku tak pasti.
Jadi pada pandangan pembaca, perlukah aku kahwin? Ada tak perempuan yang dapat terima lelaki macam aku ni?
Apa-apapun mohon doa kalian agar aku dapat hilangkan perasaan songsang ni dan dapat menjadi hambaNya yang baik. InsyaAllah.
– Him (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit