Pengerusi Kiriman Neraka

Assalamualaikum pembaca sekalian, nama saya Anakmuda ingin berkongsi cerita kisah pengerusi kiriman neraka.

Dulu, depan rumah saya ada sebuah surau. Alhamdulillah, jemaah yang sangat harmoni. Tapak surau ni sepatutnya tapak untuk masjid tapi waktu itu masih lagi dalam proses mencari dana bagi pembangunan masjid.

Surau ini dulu meriah yang amat lagi-lagi bila khamis malam jumaat, sebab ada yassin dan tahlil. Penuh terus surau waktu tu. Macam-macam program yang diadakan bagi meraikan bakat anak-anak muda waktu tu.

Budak seawal 6 tahun dah dilatih jadi imam dan bilal, kelas mengaji penuh dengan budak, remaja dan ibu bapa, program qiamulail yang mana mentor mentee pun budak-budak lepasan SPM / Universiti. Oh ye, surau ni dekat dengan universiti awam.

Kebetulan rumah depan surau, jadi waktu itu saya selalu dipilih untuk menjadi imam muda.

Imam tua akan mintak saya jadi imam setiap kali saya balik dari cuti semester. Buat program qiamulail untuk anak-anak kariah disini dan saya akan kumpulkan bakat-bakat muda untuk mengimarahkan surau ini.

Alhamdulillah, walaupun saya ijazah dalam bidang perakaunan tetapi masa saya di sekolah rendah dulu, ibu bapa saya selalu hantar saya ke kelas taranum dan aktif dalam pertandingan musabaqoh sejak dari kecil lagi.

Jadi saya selalu menjadi guru qori bagi melatih qori-qoriah bagi peringkat sekolah rendah dan menengah.

Jadi bayangkan disebabkan program keagamaan yang banyak, contoh program imam muda, bilal muda, qori muda, program berzanji, khatib muda (program latihan membaca khutbah), anak-anak dari taman lain pun turut mendaftar sekali sebab makan minum semua ditaja surau.

Setiap kali kira kutipan jumaat, paling sikit pun RM8,000.00 tak termasuk kutipan hari lain ya.

Pengerusi surau dulu memang gunakan sebaik-baiknya dana ini untuk pembangunan ummah.

Waktu cuti sekolah dah macam hari raya, penuh program keagamaan seperti latihan menjadi imam, bilal, kesenian khat, qori-qoriah, jawi, persediaan menjawab UPSR, SPM, PMR dan macam-macam lagilah.

Belum cerita lagi program bulan ramadhan, lagilah meriah yang amat sangat. Oh ya, waktu ini semua peperiksaan belum dimansuhkan lagi ya.

Bayangkan budak umur 7 tahun dibenarkan azan. Imam semuda umur 15 tahun dibenarkan untuk memimpin solat jemaah.

Buat pengetahuan korang yang bertanya pasal hukum, yang menjadi imam sudah pun baligh dan bilal pula sudah mumaiyiz semuanya dan lulus ujian saringan.

Setiap program dipantau oleh seorang doktor bidang syariah dari universiti yang dekat dengan surau kami. Waktu itu meriah sangat-sangat.

Ada mak bapak yang tauke-tauke besar antara orang yang paling banyak menyalurkan dana pada surau kecil kami ini.

Waktu itu, pengerusi dan ajk surau perah otak untuk cari apa lagi aktiviti untuk pembangunan insaniah buat anak-anak kariah sebelum musim cuti sekolah tiba.

Alhamdulillah, berkat doa dan sumbangan orang ramai serta bantuan dari wakil rakyat, surau kami dapat dana yang mencukupi untuk bangunkan masjid.

Waktu ini semua jemaah rasa bersyukur sangat sebab pelan dan gambar masjid yang dipaparkan dipapan surau sangat cantik dan besar. Tak perlu lagi bila musim cuti sekolah atau solat jumaat kami perlu bukak pasang khemah.

Tapi bila masjid siap, apa yang kami harapkan punah binasa.

Bila masjid dah siap, kena pilih pengerusi yang akan di undi oleh AJK masjid. Kemudian, nama akan dihantar ke pejabat agama untuk pengesahan.

Tapi apa yang jadi, ada seorang ini mencalonkan diri untuk menjadi pengerusi, tapi kebanyakkan AJK tak setuju beliau diangkat menjadi pengerusi sebab dia terkenal dengan kaki sembang kerja tak jalan.

Bila dia tak dipilih, dia guna “jalan belakang” dengan sokongan puak-puak dia dari “pihak sebelah sana” yang mana korang faham-fahamlahkan.

Maka, pengerusi yang sepatutnya diangkat menjadi pengerusi yang sah dibatalkan haknya dan pengerusi “ikut jalan belakang” atas bantuan puak politiknya diangkat menjadi pengerusi masjid ini.

Memang semua AJK masjid bising dan buat aduan, tapi apa boleh buat. Macam biasa pihak “sana” cakap, kami akan buat siasatan. Penyudahnya, senyap macam itu sahaja.

Benda pertama yang pengerusi ini buat, dia gunakan duit masjid “beli” AJK masjid yang lain untuk memihak dan menyokongnya.

Yang paling sedih, bila AJK yang dibeli ini ditanya kenapa berpaling tadah dari kebenaran, dorang dengan muka sedih cakap “Kalau kami menentang si pengerusi itu, kami dah tak ada jawatan dan tak ada gaji, hidup kami bukan senang”. Tergamam kami tapi betul kenyataannya.

Lepas itu, sesiapa yang tak setuju dengan cara dia, dia akan pecat. Imam dan bilal pun tidak terkecuali ya.

Bila imam dan bilal ini dipecat, dorang pun dah jarang-jarang solat sini. Yang jadi imam dan bilal pun orang dia, imam yang tiada latar belakang agama, main tangkap serkap sahaja, memang ke laut paling dalamlah bacaan al-fatihahnya apatah lagi surah-surah lain.

Punya teruk sampai kami jemaah terpaksa mufaraqah solat. Bilal pulak asyik tertukar “Haiya ala falah dengan Haiya ala solah”.

Bila buat aduan di pejabat agama, dorang suruh imam dan bilal tadi sertai kursus imam dan bilal bawah kelolaan pejabat agama.

Bila nak buat program untuk masyarakat, dikatakan membazir lebih baik duit itu digunakan untuk mencantikkan masjid.

Yang dulu menjadi mentor mentee bagi program imam,bilal, khatib dan sebagainya diminta untuk mohon tauliah. Tiada tauliah, tidak dibenarkan buat program, sedangkan budak-budak itu semua lepasan ijazah syariah dan ijazah quran sunnah.

Kesannya, memang budak-budak universiti ini dah tak nak lagi bekerjasama dengan pihak masjid bagi menjayakan aktiviti yang akan datang.

Masjid sebagai masjid, datang untuk solat semata-mata. Kalau korang iktifaf , AJK masjid yang sudah dibeli ini akan halau jemaah balik cepat, tutup lampu kipas cepat-cepat, siap ugut kalau lambat dorang akan kunci dari luar.

Masjid memang cantik tapi suram. Dulu saf penuh macam hari raya, sekarang ini nak dapat satu saf penuh pun waktu magrib dan isya sahaja.

Pengerusi lama yang korup masih berkuasa bertahun-tahun sehingga kini. Hari-hari meratib jumlah simpanan wang masjid dibawah dialah paling tertinggi dinegeri ini. Semoga Allah memberikan beliau hidayah. Aamiin.

Mohon maaf di atas penulisan saya jika ada yang berkecil hati, tujuan saya menulis sebab saya rindukan suasana surau saya yang dahulu.

Terima kasih admin sudi siarkan.

– Anakmuda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. terima kasih utk perkongsian ini. realiti masjid2 dan surau2 zaman sekarang. Tak lari drpd berpuak2, kroni dan satu lagi, diaorg ni takut org yg berilmu, sbb tu bnyak drpd AJK masjid2 kadang2 yg diambil adalah yg semberono. Imam bilal pun yg dilantik tak cukup syarat. Padahal benda ibadah tak boleh buat main2. Rumah ibadah dibuat jadi markas, apakandaya, yg benar2 nak menegakkan agama, dan yg benar2 nak berkhidmad utk agama, dikaburi oleh org2 yg seperti ini. Innalillah. Dunia ini sementara, tapi hidup seolah2 tidak akan mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *