Salam sejahtera para pembaca IIUM Confession. Aku dari kecik sejujurnya dah agak bangga dengan umi aku.
Aku ni anak tunggal membesar dua orang je dengan umi aku. Umi aku ni dia meniaga ada pekerja lebih kurang 15 orang.
Umi aku waktu ni jual tanah sekarang tanah tu dah jadi tempat popular dekat negara kita sekarang. Jual tanah dan hasil dari jual tu dia nak buka bisnes.
Umi aku dah siap plan apa semua dan tempat dia pun kira dah 70% siap waktu ni tengah sibuk nak cari pekerja. Aku baru umur 10 tak tahun tak tahu apa sangat cuma sebulan sekali umi aku bawa tunjuk progress kerja.
Akhirnya umi aku pun decide ambil pekerja yang ibu tunggal umi aku cakap ibu tunggal agak payah nak dapat kerja.
Umi aku pun explore kawasan tu berbual dan cari kawan jumpalah 15 orang dan semua ibu tunggal untuk kerja. Waktu diorang datang rumah tu berkumpul aku dengar lah makcik tu sembang diorang nak dapat kerja payah.
Benda penghalang dia status “janda”. Umi aku pun start mulakan perniagaan dia dengan ibu-ibu tunggal setempat.
Sambil tu umi aku benarkan pekerja dia bawa anak diorang dekat tempat kerja sebab ada ruangan khas untuk diorang bermain jadi tak ada terganggu fikiran apa lagi anak yang kecik.
Bukan setakat itu sahaja, anak anak pekerja umi aku termasuk aku sekali kalau balik sekolah tengahari atau sebelum pergi sekolah waktu petang.
Semua datang dekat tempat kerja umi sebab lunch masak banyak dan memang umi aku sendiri yang jemput.
Kiranya tempat tu dah jadi macam community space untuk kami aku, umi, pekerja umi aku dan anak-anak diorang. Alhamdulilah sampai sekarang perniagaan umi aku masih kekal ada.
Sampai sekarang ada pekerja lama dan ada yang dah berhenti sebab sakit tapi dalam 15 orang awal ada 14 lagi yang masih kekal sorang tu pula terpaksa berhenti sebab sakit.
Selalunya setahun sekali ada lah kami semua buat macam family day. Takpun bawa bercuti ramai-ramai sewa bas.
Terus terang bila aku masih kecik tu aku tak tahu significant dia umi aku ambil pekerja yang ibu tunggal dan buat safe community space untuk diorang dan anak anak sekali.
Bila aku dah makin membesar setiap kali terfikir apa yang umi aku buat tu sejujurnya bangga.
Kadang tu bila berbual atau cuba cari tahu tentang ibu tunggal atau status janda. Ramai yang bila bekerja paling utama jadi “simbol sex” dengan pekerja lelaki dan lain pula di label “menjalang”.
Kalau aku berbual dengan mak-mak yang bekerja dengan umi aku selalu lah diorang puji umi cakap kerja sini tenang, anak-anak depan mata. Makan pun percuma, selamat dan tenang.
Tempat tak besar mana ada lah umi aku upgrade sedikit bagi lagi selesa. Pekerja pun jumlah masih sama, cuma kurang sorang.
Aku sejujurnya bangga. Setiap kali cerita pasal umi aku, gila siapa tak bangga. Kena pula ramai taknak puji umi aku direct jadi diorang puji dari aku je.
Aku kadang tu selalu lah paksa umi cakap “pergi lah interview” atau promote lah bisnes biar makin besar.
Umi aku cakap takpe dia dah puas lagi pun dia cakap kalau makin besar makin banyak attention dan makin tak selesa.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit