Suami Jahat Telah Bertukar

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar/).

Hai. Hehe. Best baca komen, so nak menaip lagilah. Cerita hidup saya best, di mata saya. Janganlah kecam-kecam, tak baik. Cerita saya ni maybe banyak episod. Saya start dengan sinopsis je hari tu. Hehe.

Sejak umur 9 tahun, saya dah ada isu dengan parent. Saya selalu kena marah atas tanggungjawab besar yang saya tak mampu pikul. Contohnya, tak urus rumah dengan baik masa parent saya pergi berniaga malam-malam, sambil jaga adik yang umurnya 2 tahun.

Bila balik niaga ayah selalu marah-marah saya sebab duduk rumah tapi “tak buat apa-apa.” Saya selalu tertidur dekat ruang tamu, depan tv and tak sempat sedar sebelum diorang balik. Saya bersekolah macam biasa dari 7 pagi – 3.30 petang.

Semakin saya membesar, saya sedar kedua ibu bapa saya bukan tempat saya bersandar, saya perlu hormat mereka, cuma saya tahu, mereka tak boleh terima kekurangan anak-anak, hanya menuntut yang best-best sahaja.

Saya juga tak pernah ada peluang berkongsi cerita, meluah perasaan dan dapatkan backup sekiranya saya dibuli.

Saya pernah percayakan kawan, kemudian saya ditikam belakang. Saya pernah percayakan kakak saya, juga ditikam belakang.

Saya pernah percayakan ibu bapa saya, namun rupanya mereka yang suka menjaja cerita buruk dan buat orang sekeliling pandang serong pada anak-anak, saya sedar saya juga ditikam belakang waktu ini.

Perjalanan kehidupan saya menjadi orang yang sangat naif, saya sangka semua orang baik. Tapi setiap kali saya sangka mereka baik, saya ditikam berkali-kali, oleh ipar duai, mertua. Dan kali ini, kepercayaan saya hanya sandarkan pada suami saya, Zul.

Semenjak kenal dengan Zul waktu sekolah tingkatan 3, dialah tukang backup kalau saya dibuli, dia yang ajar saya tegas, dia pesan kalau orang buat, defense diri dan lawan balik, jadi berani dan jangan tunjuk kita baik.

Saya selalu dibuli oleh budak lelaki beramai-ramai sejak tingkatan 3 dan mereka secara publik menjadikan saya simbol lawak lucah mereka, digelakkan berjemaah dan dimalukan, walaupun mereka sama kelas dengan saya, kelas depan yang menjadi harapan straight A PMR dan SPM.

Ya, saya dibuli sejak tingkatan 3-5. Bahkan diketawakan juga oleh dua classmate saya, Qistina dan Najihah yang saya percaya adalah “kawan rapat” ketika itu.

Sehinggalah saya dan Zul berkahwin semasa saya sambung study, ibu bapa sangat menentang sebab ibu dah ada calon lain untuk saya. Tapi sebab dah sayang, kami pujuk juga ibu ayah izinkan kami kahwin dalam keadaan mereka terpaksa.

Bermulalah perjalanan perkahwinan kami. Setelah habis PJJ belajar, saya duduk di rumah mertua, sebab mertua suruh.

Saya mulai perasan Zul sudah acuh tak acuh, selalu lepak keluar dengan kawan, selalu cepat naik angin kalau saya tanya apa-apa. Tak macam dalam phone, iyelah masa PJJ mana nampak depan mata.

Mertua sangat baik awalnya. Paling rapat dengan saya antara semua menantu dan selalu belikan saya makanan. Zul baru nak bina kerjaya, gaji belum besar, jadi Zul buat part time meniaga roti John dekat stall tapi jalan.

Pukul 8 masuk kerja, pukul 5.30 petang balik rumah. Pukul 6.30 petang start meniaga, sampai 12 malam, sesekali balik pukul 2 pagi sebab ramai orang.

Selepas ada anak pertama (2 tahun) dan anak kedua (baby), saya mulai penat nak urus rumah mertua dengan dua baby yang kedua-duanya menyusu badan.

Mertua mula marah-marah sebab rumah tak sapu, lepas makan kadang tak terus basuh (sebab anak menangis) dan basuh baju, tak terus sidai, selalu berkepit dengan anak (anak kedua high demand baby, setiap sejam nak kena susukan).

Mainan abang mulai dibuang (sebab bersepah) dan ada lagi beberapa barang lain dibuang (sebab si abang suka ambil dan bawa keluar bilik) jadi itu adalah gangguan mata untuk mertua.

Cerita begini selalu sampai pada ipar duai dan bila mereka balik kampung, satu rumah riuh mengata saya dengan gelaran “pemalas, pengotor, buat-buat sibuk jaga anak”.

Setelah berfikir-fikir, saya mulai buka order dari rumah mertua, kumpul duit deposit sewa dan pindah rumah sendiri. Alhamdulillah. Allah dah tolong selesaikan satu masalah berat saya waktu tu, iaitu mertua dan ipar duai.

– Madhi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *