Seperti mana kau geram membaca tajuk cerita aku ni, seperti inilah aku nak melepaskan rasa marah yang sama!
Ini adalah kisah seorang insan bernama Cik Ni & aku harap benda ni boleh buka mata ramai suami di luar sana.
7 orang anak Cik Ni menetap di negeri jauh. Hanya balik 2-3 bulan sekali selang-seli. Aku adalah jiran yang selalu bantu bawakan Cik Ni ke mana-mana, pasar, appoinment hospital, etc.
Anak dia memang ada beri duit minyak pada aku yang mana jika emak mereka perlu ke mana-mana, aku bantu bawakan. Atas sebab ini juga, aku mempunyai silaturahim yang agak rapat dengan Cik Ni.
Kadangkala aku bawa Cik Ni berjalan ke mana-mana. Cik Ni selalu sedekah makanan tengah hari pada aku. Cik ni umur 70-an, janda kematian suami beberapa tahun lalu, Alhamdulillah dia masih larat berjalan & uruskan diri di rumah.
Cik Ni kerap meluah bagaimana dia masih tak boleh nak maafkan perbuatan arwah suami dia. Orang tua korang fahamlah, mereka ni kadang cerita secara random je kalau dia rasa nak cerita.
Dulu Cik Ni & laki dia kahwin umur belasan tahun. Antara 16-19 kot tak ingat sangat. Anak setahun satu, Cik Ni kata dia sangat penat uruskan anak dia sebab sistem zaman dahulu, SUAMI ADALAH RAJA, ISTERI UMPAMA HAMBA.
Suami berkebun, pendapatan apa adanya. Di rumah, Cik Ni la yang masak, basuh baju, kemas rumah apa bagai. Masa tu kehidupan mereka susah, mesin basuh pun takde. Jadi dia basuh baju guna air perigi, hmmm tak terbayang letihnya.
Masak pun guna dapur kayu, kayu pun dia cari sendiri di sekitar semak belakang rumah, bayangkan dengan berharuk urus anak setahun 1. Umur rapat-rapat. Jumpa ular masa kutip kayu? Itu benda biasa kata Cik Ni.
Cik Ni terkilan kerana suaminya langsung tiada belas kasihan. Bila balik dari kebun, yang dia tahu, masakan perlu siap dihidang, nasi perlu dicedok. Lauk pergi 2 jenis. Tak boleh 1 jenis! Suami takkan bangun ke dapur, air basuh tangan sebelum/selepas makan mesti ada sebelah!
Lepas makan, suami keluar bakar rokok daun, melayan burung belaan dalam sangkar. Itulah setiap hari. Cukup masa, masuk bilik & lunaskan nakaf batin. Bila suami nak, suami tahu isteri sudah terbentang di atas katil tanpa difikirkan penat isteri sepanjang berada di rumah.
Berdasarkan luahan dia, aku simpulkan Cik Ni sebenarnya sangat mental torture hidup puluhan tahun dalam keadaan begitu.
Satu ayat dia yang aku ingat sampai sekarang. Isteri zaman dulu memang nampak hebat boleh urus semua, hakikatnya mereka juga tersiksa batin hidup dengan suami yang melayan mereka macam hamba.
Cuma ketika itu, orang kita manalah faham istilah burnout/depression ni. Dulu kalau takmau layan suami, kau dikira sebagai isteri yang gagal tak berguna. Walhal separuh hidup kau sudah didedikasikan kepada seorang lelaki bernama suami.
Mereka tiada saluran untuk meluah, mereka tiada ilmu pengetahuan tentang pengurusan emosi, tiada siapa guide mereka tentang mental illness, jika memberontak, nanti ditinggal suami, terkontang-kanting dengan anak-anak.
Tiada pendidikan, anak yatim piatu, hidup dari kecil di kampung. Bagaimana hendak menegakkan hak sendiri pun, mereka tidak tahu. Mereka terpaksa diam, diam, diam, akur menerima takdir hidup.
Apa yang aku faham, hanya sebab mak-mak zaman dulu mampu uruskan semua sendiri, itu tidak bermakna mereka terlepas dari penyiksaan jiwa. Dapat pula dekat lelaki patriaki zaman sekarang, senang-senang je demand isteri yang mampu berkorban macam mak diaorang dulu.
Petik pula ayat “You ni tak macam mak i la. Mak i dulu jaga anak berderet rileks je. You punya emosi lembik, sikit-sikit mengeluh”. Mana kau tahu rilek? Pernah kau cuba selami hati mak kau yang sebenar-benarnya?
Kalau betul mak zaman dulu tak depression, ada data valid? Betul ke diaorang ni SUKA hidup macam tu? Diaorang bukan suka berkorban ya, tapi sistem yang set untuk mereka jadi begitu. Kalau berkorban, barulah dianggap sebagai ibu/isteri yang bagus.
Nilai diri seorang isteri diukur berdasarkan betapa pandainya dia uruskan keluarga walaupun jiwa mereka menderita. Sedih aku bila Cik Ni cakap macam tu.
Berbalik pada Cik Ni, suami dia dah meninggal dekat 10 tahun tau, tapi luka yang suami beri masih berbekas. Buktinya, sampai sekarang dia asyik ulang-ulang cakap benda sama pada aku tentang apa yang laki dia buat. Aku tak suruh dia sabar atau reda, aku hanya mampu mengiyakan.
Kita perlu validate perasaan orang macam ni. Cik Ni sedih bila dia meluah pada anak-anak, anak akan suruh maafkan saja sebab tu semua benda lama. “Dahlah mak, abah dah lama takde. Apa lagi nak difikir. Ampunkan Abah, kita semua buat silap”.
Setiap kali Cik Ni berjumpa aku, korang tahu tak dia ibarat berjumpa pakar kaunseling. Ibarat akulah orang pertama yang dia betul-betul boleh meluah setelah berpuluh tahun dia simpan benda tu. Ibarat berjumpa dengan insan yang akhirnya meminjamkan telinga tanpa mendesak-desak dia memaafkan arwah.
Sebagai orang luar, kadang kita pun jadi letih sebab dia mengomel benda sama. Yela tu kan hal hidup dia. Tapi bila ditengok balik, aku simpati kepada Cik Ni. Dunia dia selama ni cuma tentang menjaga anak-anak & suami. Bila suami dah takde, sapa lagi kawan dia?
Meluah pada anak, dapat pula jawapan begitu. Jadi bagi aku, mungkin ada hikmahnya kami berdua dipertemukan. Aku & Cik Ni ibarat BFF walaupun berlainan usia.
Dalam diam, aku selalu doakan moga Cik Ni diberikan ketenangan hati, untuknya berlapang dengan segala apa yang dipendam selama ini. Aku yakin, Cik Ni pun penat di sisa-sisa hidupnya, fikiran tu asyik mengenang sikap lama suami dia.
Tapi bagi aku, semua itu adalah proses yang perlu Cik Ni lalui untuk dia ubati kesedihan yang dipendam sejak dulu. Ya, luka Cik Ni memang tidak berdarah, tapi rasa sakitnya ibarat masih segar sampai ke hari ini.
Luka yang ditoreh selama puluhan tahun, tidak mungkin dapat dipadam dalam hanya satu malam. So, kepada para suami, usahlah jadikan isteri korang macam Cik Ni. Hanya kerana mereka nampak seperti strong women, boleh handle serba serbi perkara, diam, taat & tak melawan, bukan bermakna mereka tiada hati.
Perempuan ni tak minta wang & permata setinggi gunung, dapat suami yang memahami & bertolak ansur pun sudah lebih dari cukup.
Andai ibu korang pun seperti Cik Ni, harapnya korang jangan judge atau desak suruh maafkan. Percayalah, kemaafan tu akan datang dari mereka sendiri.
Kita cukuplah pinjamkan telinga & validate perasaan mereka. “Sabar” & “maafkanlah” bukanlah perkataan yang mereka nak dengar.
– Lanariz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit