Kawan Cemburu / Berpenyakit

Hi, saya nak cerita sikit pasal kawan saya. Bukan mengumpat, cuma share je la sebab saya rasa berdosa juga sebab tak faham dia dari awal kitorang berkawan.

Saya ni duduk kampung je, tapi cara saya membesar memang tak macam orang kampung sebab mak saya dulu kerja profesional, dan keluarga mak saya orang yang berharta dari segi tanah.

Saya dari kecik memang pakai baju branded dari mall la. Memang mak saya bawa pergi Sogo KL, One Utama Mall, Sunway Pyramid, dan lain-lain.

Mak saya ibu tunggal, bercerai dengan bapa saya masa saya kecik. Tapi arwah moyang belah nenek saya memang tinggalkan tanah untuk cucu cicit, sama macam arwah atuk saya buka kebun zaman 1940-an macam tu.

Mak saya 7 beradik, rezeki masing-masing dapat la 2-3 ekar tanah. Tapi saya ni bukan kisahkan sangat pasal harta family sebab saya membesar cara biasa je. Kereta pun bukan la Mercedes ke BMW ke.

Syarat family saya dari kami kecik, nenek dah cakap: walau tak ada duit macam mana sekalipun, kita jangan jual tanah. Kalau kita ada tanah, sekurang-kurangnya kita boleh buat pondok di tanah sendiri.

Alhamdulillah, semua beradik mak saya memang tambah aset family kami. Kami beli tanah di negeri lain, lebih dari 4 ekar, lain-lain daerah. Untuk hasil buah-buahan macam durian, manggis, dan lain-lain. Sebab pembelian kebun ni, saya banyak jual buah kat kenalan saya, termasuk kawan saya.

Bila dah besar, saya kenal sorang kawan saya ni dari sekolah menengah. Kawan tak rapat pun, biasa-biasa je. Tapi dia tau la mak saya berniaga lepas berhenti kerja profesional.

Tapi bila saya dah habis belajar dah kerja, tinggal la beberapa je kawan saya kat kampung ni. Sebab mostly kawan-kawan dah kawin, kerja, memang dah tak de masa untuk kawan single. So, saya pun kawan dengan yang single-single je.

Jadi, saya rapat dengan kawan saya ni sebab kawan saya ni rapat dengan BFF saya. So, dari situ la kitorang bertiga rapat.

Mula-mula bila start rapat tu, saya ajak la dia beraya rumah mak saya sebab saya belum kawin dan belum buat rumah.

Macam-macam la soalan keluar dari kawan saya ni, dari segi keluasan tanah keluarga saya, harta-harta yang saya tak pernah minat nak share kat orang pun, saya terpaksa share kat dia. Hahaha.

Benda ni memang pelik, tapi saya masa tu layankan je la soalan dia. Bila dia dah tau harta-harta family saya tu, benda yang selalu keluar dari mulut dia: “Untungla kau, family kau banyak harta. Untungla kau, tak payah susah-susah cari aset.”

Dia tak tau saya ni kereta bayar sendiri. Walaupun mak saya kaya, memang mak saya belikan, tapi bulan-bulan saya bayar. Saya bagi duit la kat mak saya sikit je la mampu zaman tu, setakat RM150 camtu. Kereta RM450, dah tu je mampu kan gaji RM2500 baru graduate tahun 2017.

Benda tu memang macam zikir la bagi dia, duk ulang saya dengan BFF saya ni untung. Kebetulan BFF saya tu pun anak orang kaya sebab bapa dia profesor. Hahaha. Memang semua beradik dia dapat sebijik rumah sorang-satu dari bapa dia.

Lama-lama memang geram la, sampai saya cuba elak nak keluar dengan dia. Sampai la satu hari, BFF saya buka mulut pasal kawan saya ni ada MDD (Major Depressive Disorder), masalah keluarga dari kecik.

Bapa dia bankrupt walaupun kerja kerajaan. Bapa dia ada berhutang dengan kawan mak saya juga, pasal kerja kebun. Ingatkan dah bayar, rupanya sampai tahun ni tak bayar-bayar.

Bila saya tau kawan saya nasibnya tak berapa baik, saya terus serba salah sebab saya judge dia asyik ejek saya untung-untung. Ahahah.

Saya jadi kesian, jadi saya layankan je la perangai dia suka show off untung bisnes kecik dia. Saya ni memang jenis tak share kalau orang tak tanya sampai kiamat orang tak tau hal saya.

Bila saya buat rumah, dia tanya la saya ambil loan ke. Saya kata tak, tapi mak saya bagi duit. Tapi sebab nak biar dia tak sakit hati, saya cakap la bulan-bulan saya bayar kat mak saya RM500 sampai bila-bila seumur hidup mak saya.

Mak saya buatkan saya rumah sebab dia kata dia dapat tanah free dari arwah atuk saya, jadi dia buatkan anak-anak rumah sorang-satu.

Rumah je mak saya bayarkan, dalam rumah tu semua duit saya dan suami. Plus minus memang 50k++ dan akan bertambah la sebab nak aircond la, nak cabinet la, macam-macam kan.

Dengan kawan saya ni, memang saya tak show off, tapi sebab handbag saya mahal-mahal, macam biasa zikir yang keluar dari mulut dia memang “orang kaya.” Dia kata kat saya. Saya sabar sebab dia sakit MDD je. Hahaha.

Saya pun dah tak ramai kawan sejak kawin, jadi tinggal kawan dan BFF saya je la yang tinggal. Saya bagi moral support sebab kawan saya tu sakit, mengadu sampai tersedu-sedu dia nangis. Jadi saya yang sihat ni kena la banyak bersabar dengan karenah kawan saya.

Bila dia tau keluarga saya mula beli kebun dari tahun 2019, memang tak duduk diam dia tanya pasal aset lain keluarga saya. Hahaha.

Tapi saya banyak bagi buah la kat dia sebab kawan saya ni memang la sakit, tapi dia baik, suka sedekah makanan / ole-ole kalau dia pergi mana-mana untuk saya. Durian, nenas, cempedak, banyak saya bagi free je kat dia sebab dia suka makan buah.

Disebabkan saya dah tak banyak kawan, jadi memang saya lebihkan dia juga la bagi macam-macam benda free.

Saya selalu doakan dia dapat jodoh yang baik, boleh jaga dia, ikhlas dengan dia.

Kalau yang baca confession saya ni ada kawan yang suka tanya pelik-pelik, mungkin kawan anda pun ada penyakit macam kawan saya tu. So, elakkan judge orang macam saya pernah judge kawan saya dulu.

Thanks sebab baca cerita saya. Hahaha.

– para-para honey dew (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *