Salam semua. Aku Bunga, umur 29 dan baru 3 bulan selamat melahirkan anak lelaki sulung. Aku cuba untuk tak confess panjang panjang. Aku akan try make it short tapi sampai. Maaf sekiranya penulisan aku agak kabut dan berterabur.
Aku nak tanya mommies dekat luar sana lah. Korang ada tak pernah rasa macam nak bagi baby korang dekat orang lain? or rasa menyesal ada anak?
Aku kahwin aku just follow with the flow. Takde tetapkan bila kena ada baby. Tapi hati aku lebih tak nak anak sebab aku tahu mental kapasiti aku macam mana. Aku dapat rasa aku tak boleh nak handle baby. Plus, aku kurang gemar baby dan tak reti langsung nak melayan dan jaga baby.
Aku ambil pil perancang tapi aku tak tahu lah tuhan nak bagi aku rezeki dan amanah, tah macam mana boleh sangkut tahun lepas. Sebelum ni tak ada sangkut.
Aku jammed. Aku 50 50. Aku rasa nak keep this baby and at the same rasa nak gugurkan. Tapi aku rasa berdosa kalau gugurkan. Aku redha and just jalani pregnancy journey macam biasa. Alhamdulillah pregnancy journey aku ok. Suami jaga aku baik.
Bila lahirkan baby boy anak soleh aku ni, biasalah banyak benda baru nak belajar and adapt. Sebelum melahirkan baca macam macam cara nak handle baby, tapi bila nak pratikkan is not easy ya. Memang take time nak biasakan.
Sleepless night tu mainan. Aku ni dahlah jenis jaga waktu tidur. So bila kena time berjaga malam tu ya Allah sakit hati. Nak nak bila anak keep tantrum and menangis.
Suami pula time siang hari dia sangat membantu. Tapi bila masuk waktu malam selepas jam 12 malam memang susah nak harapkan dia. Even baby nangis kat sebelah pun belum tentu bangun. Kejut beria baru bangun.
Suami aku cekap handle baby kami. Lagi cekap dari aku. Tapi itulah, bila waktu malam masuk waktu tidur, suami aku macam bertukar karakter. Dia jadi pemarah sikit. Bukanlah setiap malam. Ada hari hari tertentu.
Kalau baby nangis beria and dia bangun, dia akan guna kekerasan kat baby kami. Of course la aku halang dan marah dia. Aku mental breakdown pun takde sampai tahap nak gunakan kekerasan kat baby tu. Habis-habis aku menangis beria depan baby aku yang tengah nangis tu.
Mind you ya, suami aku bukan dera baby kami. Dia cuma agak berkeras dengan baby yang buat aku risau. Contohnya, bila dukung baby nak pujuk tu dia ayunkan ganas ganas. Padahal time dia ok dia tak buat macam tu pun.
Aku jadi risau nak biarkan dia jaga anak kami. Risau anak terlebih tantrum pastu dia berkeras kat anak yang tak bersalah tu.
Anak aku ni pula, bila waktu malam orang dah tidur tu lahnya selalu menangis. Kadang dia buat payah tidur. Aku yakin ramai je mommies kat luar sana bila waktu malam kena jaga anak, kau rasa lonely and helpless. Ke aku sorang je rasa macamtu?
Tapi itu apa yang aku rasa. Banyak kali mental collapse. Rasa macam aku sorang kena jaga baby ni. Time baby tantrum mesti aku sorang yang kena hadap. Dan masa ni lah selalu aku rasa nak bagi kat orang baby aku ni. Aku rasa menyesal sebab decide nak ada anak.
Waktu-waktu macam ni lah macam macam bermain kat minda. Benda benda negatif datang mencucuk. Tapi bila aku tengok baby aku senyum, gelak or tegur aku hilang rasa semua tu.
Entahlah. Tak tahu sampai bila aku akan rasa macam ni. Baby aku sekarang nak masuk 3 bulan dah.
Ada tak nasihat yang korang boleh bagi kat aku supaya aku boleh terima keadaan ni?
Kadang aku rasa aku still dalam mood baby blues. Aku jadi rindu nak hidup berdua dengan suami aku. Tapi bukan bermakna aku benci baby aku. Aku sayang sangat anak aku.
Please bagi nasihat and kata kata semangat sikit supaya aku dapat enjoy fasa ni.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Normal first mom rasa mcm ni. 3 bulan pertama je baby meragam sbb dia tak biasa lagi dgn dunia kita. 9 bulan kan dulu dia dlm perut mommy. Sabar sikit lg yer mommy. 4 bulan onwards nnt dia dah boleh tidur sendiri/kurang sikit tantrum dia. Cuba follow FB Baby Language. Banyak ilmu boleh ambil situ.
Mcm buai tu kalau malas/penat nak ayun.. invest yg letrik tu. Haa yg tu dia buai sendiri. Cuma kena pandai setting laju mana baby selesa. Newborn ni selalu jaga sebab lapar susu/tak selesa pempers penuh/dia panas ke sejuk sgt ke / kena gigit semut or nyamuk.
Lagi satu dia sudden terkejut masa tdo. Morro reflex ke apa tah nama dia. Tu yg buat baby terjaga. Yg terkejut ni mmg normal. Sbb tu kita selalu bedung baby. Untuk kurang kan dia terkejut. Bedung jgk nak bg baby feeling mcm dlm rahim mommy. Lg satu boleh pasang white noise time baby tdo. Yg ni pun mimic mcm bunyi dlm rahim. Masa yg sama white noise boleh masking bunyi bising yg lain. Yg ni mommy download YouTube je.
Saya pun hadap mcm ni during my first born. It’s normal. Your biological clock tengah tune nak bg familiar. Kalau mommy penat bagitau je suami atau sesiapa yg terdekat untuk minta tolong. Jgn pendam sorg2 ya. Virtual hug for you.
ala ko nk jaga anak sorng tu pun komplain itu ini. normal la baru 3 month. semua org rasa mcmtu xtdo mlm, g keje mengantuk. tp sabar je. ko pulak nk merentan. nnti da kasi baby tu kat org lain, bila da besar ko jgn nk tuntut pulak!!! ni la org kata mak bpk sellfish!!