Bias

Hi, erm, tak tahu nak mula macam mana. Tapi wujud ye ibu-ibu yang bias pada anak lelaki berbanding anak perempuan, termasuk ibu saya. Huhu.

Sebenarnya, masa kecil tak perasan sangat, tapi makin obvious bila dah dewasa. Abang-abang saya tak pernah masuk dapur untuk cuci pinggan, sapu sampah, apatah lagi memasak. Oh ya, cuci dan sidai baju pun sama.

Tu dulu la masa duduk rumah. Bila dah duduk sendiri, dah pandai sikit urus baju sendiri. Tapi hal ehwal dapur masih lagi istimewa, mak tak pernah suruh apa-apa.

Saya tak kisah sangat sebenarnya sebab bila kita dah biasa buat, lama-lama rasa benda tu normal.

Tapi yang saya terkilan, walaupun saya selalu buat yang terbaik, siapkan makanan, kemas rumah, apa semua, still ibu nampak keburukan saya setiap masa. Ada sahaja benda tak kena. Kena bebel tu biasa.

Tapi…. abang saya tidak pernah ye, atau jarang sekali kena bebel, apa lagi kena marah. Nampak dia punya kasih sayang dan layanan tu sangat special. Ok, lantak, saya tak kisah jugak. Cumaaa…

Salah didikan sebab terlalu memanjakan anak lelaki sedikit sebanyak terkena tempias.

Bila ibu dah uzur, serba serbi kekok nak membantu. Bila tak bantu, ibu sedih, pastu marah lagi saya yang tak cukup kaki tangan ni. Pastu mengadu kat saya abang tinggikan suara pada dia.

Tak tahu la nak cakap macam mana… kalau dah biasa senangkan anak lelaki sejak kecil sampai dewasa, takkan lah bila dah umur, tak boleh bentuk dorang akan berubah? Mula lah marah-kena buat itu, kena buat ini. Ermm…

Saya harap sangat budaya ni boleh lenyap ye dalam kaum Melayu. Suka tengok budaya Arab, walaupun mereka nampak kasar, tapi still mereka layan mak dan anak perempuan macam princess.

Tu je nak luah. Thanks..

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *