Reality Office Wife/Husband Di Tempat Kerja

Hai semua. Nama aku Abdul. Seorang staff di salah sebuah company di tengah ibu kota.

Semalam, aku ada terbaca pasal kisah staff bank curang di TTDI. Aku nak bercerita satu kisah pengajaran buat aku.

Aku masih bujang dan pernah terjebak dengan isteri orang. Tapi, jangan judge dulu. Sebab bukan aku yang goda dia. Tapi, dia goda aku. Nampak macam “clishe” kan.

Kisahnya begini. Dalam team aku, ada 2 3 orang perempuan. Kesemuanya bini orang.

Mula-mula aku anggap sebagai kakak-kakak. Tapi, ada seorang ni, dia suka mengendeng ikut aku kalau aku nak pergi lunch, minum petang.

Permulaan, borak biasa je. Lama-lama dia suka cerita masalah peribadi pasal suami dia. Cakap suami tak “care” pasal dia la. Tak perform masa ehem-ehem la. Itu lah, ini lah.

Silap aku, aku pergi dengar cerita dia.

Dia ada juga stalk socmed aku, sibuk nak ikut apa yang aku buat.

Aku kalah sebab dia buat suara manja bila berdua-duaan.

Rupa tak cantik mana pun. Mak anak dua kan. Pendek, pakai spek besar, gigi pun jarang-jarang. Biasa-biasa je orangnya. Tapi bodoh kan aku terjebak. Bila haram semua nampak indah.

Kadang-kadang kami kena pergi ke site untuk siapkan kerja. Masa tu juga dia selalu ambil kesempatan cuba goda aku.

Dia selalu cerita, pernah ada hubungan “office husband” dengan another staff department lain. Dia propose, mintak aku jadi macam tu.

Permulaan aku menolak. Tapi lama-lama aku tak mampu menolak.

Dia belanja makan, pergi konsert, pergi karaoke, keluar semua tu dia yang banyak belanja. Dan hotel untuk check in semua dia bayar kan. Aku just ikut apa yang dia nak.

Lama-lama aku fikir, aku tak boleh hidup dalam keadaan macam ni. Aku tekad berhenti kerja. Cari kerja lain.

Tapi aku ada juga dengar, dia jadikan orang lain sebagai mangsa seterusnya.

Sangat licik ye sebab bila berdua tu, orang akan kalah dengan godaan suara dia walaupun orangnya tak berapa nak cantik pun.

Aku dah bertaubat. Tak nak terjebak dah dengan semua ni.

Pengajaran dari cerita aku, please jaga ikhtilat di tempat kerja. Walaupun kakak-kakak atau isteri orang, jangan dengar cerita luahan dari mereka. Kena ada “gap”.

Maaf kalau aku cerita berterabur. Aku cuma seorang pendosa yang ingin ke syurga.

Moga cerita aku jadi pengajaran pada semua.

– Abdul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Aku kenal ada orang sebijik macam kau. Dia perempuan lah tapi, dia gunakan sxx untuk dapat position dia sekarang. Padahal otak dia sejenis otak udang. Masa skandal nak tinggalkan, kemain dia merayu. Bini orang tu. Sekarang skandal dah kawen baru, bini muda putih gebu dan muda. Dia lak sejenis gelap , kertu pulak tu. Dia memang anti dengan lelaki melayu kebetulan laki dia india muslim. Famous makcik ni dekat fb. Good luck cari siapa

  2. Kat tempat saya pun ada “husband office” dan “wife office” keluar lunch every week. Padahal masing2 lain department which is korang tak perlu team up pun. Bila ada yang berbunyi, katanya orang ofis tak sporting. Tolong la jaga keberkatan di tempat uolss mencari rezeki. Mujur sekarang salah sorang dah pindah tempat kerja.

  3. Aku rasa ni betina kat menara mbb, department IT kan. Sekarang dia pakai braces dah abdul, Lambertt la ko ni nak tahu… Baru lepas bercuti kat pulau tapi tak bawak family pun, enjoy macam bujang dengan betina lain… Balik tu, anak pulak warded, keshiann.. Sanggup tinggal anak macam tu je pergi enjoy bercuti, dari dulu perangai gitu.. Pergi konsert pun tipu shuben.. Kena pergi dc pun tipu juga, padahal check in.. Anak tu pulak, comel muka tak tally langsung dengan mak paknya. Yang sulung ya, muka serupa mak paknya. nya…Aku dengar cerita, sejak pakai braces, dah start merenyam balik carik mangsa husband office… Hati-hati la semua kat IT dept dgn betina jalang ni.. Tengok luaran, memang ko tak akan sangka.. Dalaman, dia la jalang yang sanggup buat apa sahaja demi puaskan nafsu dia.. Jangan kalah dengan suara super kecik gedik tu semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *