Penangan Suami Orang

Salam, aku taktau nak cakap aku ni penyondol ke tak so korang komen la nanti pendapat korang ye.

Umur aku dalam awal 20an. Aku kerja di selatan tanah air. Aku pindah sini atas sebab kerja.

So far ok je hidup aku tapi agak sunyi sebab aku takde sape2 kat sini. Takde kawan, takde kenalan. Semua benda aku buat sorang2.

Nak dijadikan cerita, tempat kerja aku ni besar, sangat besar. So hari2 akan terserempak dengan macam2 orang.

Aku kan selalu sorang2 so kekadang tu ada je pakcik2 peramah tegur2 aku, ajak borak. Aku layan je tapi layan gitu2 je.

Tapi dalam banyak2 yang borak dengan aku tu, ada sorang ni yang buat hati aku terpaut, Abang Naim, bukan nama sebenar.

Abang Naim ni orangnya peramah, tinggi, badan macam Adi Putra dalam cerita Mat Kilau. Memang taste aku 100%.

Kalau dia pakai kaca mata hitam aku auto cair secair cairnya. Fuhhhhh macho dia lain macam.

Aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan dia tapi aku tak pernah try dia. Just tengok dari jauh je. Awal2 tengok dari jauh je, lepastu dah start small talks, then makin rancak borak (kinda in flirty way sikit).

Ohh ya lupa nak mention yang Abang Naim ni tua lebih 20 tahun dari aku. Dah kawin and ada anak2.

Dia selalu puji cakap aku cantik, comel. Hati sape je tak berbunga bunga bila kena puji macam tu kan?

Makin lama kenal, aku makin jatuh cinta. Otak ni 24/7 fikir pasal dia je. Kalau sehari tak nampak dia rasa macam hidup ni tak lengkap. Yes, aku dah start obses dengan dia.

One day, aku otw nak balik kerja pastu terserempak dengan dia. Time tu aku tengah main game then dia tanya game apa.

Aku cakap la aku main X, bukan nama game sebenar hahaha. Nama game terpaksa dirahsiakan sebab taknak kantoi aku ni siapa.

Dalam game ni ada banyak mini games yang korang boleh main sama2 dengan kawan and boleh chatting. Start situ la hubungan kitorang makin rapat. Hari2 main game, chatting, flirting, bersayang sayang bagai.

Tapi kitaorang main time waktu bekerja sahaja. Kalau dia dah balik rumah atau weekend, dia takkan main.

Yelah takut kantoi dengan bini. Maybe sebab tu kot dia tak penah minta nombor aku. Takut kantoi dengan bini dia so dia contact aku kat game tu je.

Hubungan kitorang ni berlanjutan dalam game tu tapi tak lama. Dalam 2 bulan je. Lelaki tu dah pindah tempat kerja.

Start dia pindah tu memang kitorang dah tak jumpa, tak main game. Dia delete game tu. Aku jadi macam hilang arah. Aku tak pernah suka someone macam mana aku suka dia. Sakit sangat bila dia dah takde dalam hidup aku.

Aku tau aku tak layak pon untuk rasa ‘sakit’ sebab tu bukan suami aku, bukan hak aku.

Aku tau aku salah sebab flirt dengan suami orang tapi aku tak boleh control perasaan aku. Rasa ni datang sendiri. Kalau diberi pilihan, aku pon taknak jatuh cinta dengan suami orang.

Sekarang dah genap 6 bulan kami bawa haluan masing2. Aku still tunggu dia. Aku tau aku bodoh tapi aku pon taktau macam mana nak move on dari dia.

Perkenalan kitorang 2 bulan lebih je tapi penangan dia lain macam. Dah macam2 cara aku buat untuk move on tapi aku still tak boleh lupakan dia.

Even sampai sekarang aku masih teringat dia. Setiap hari dari pagi, petang, siang, malam, aku masih berharap yang dia akan muncul balik dalam hidup aku.

Lepas aku lost contact dengan Abang Naim, ada 2 -3 lelaki try aku tapi hati aku ni memang untuk Abang Naim je,

Kalau Abang Naim tu ajak kawin, aku on je walaupon jarak umur kami jauh. Aku terlalu sayangkan dia. Sayang sangat.

Sekian dari saya,

– Fatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *