Assalamualaikum dan hai semua. Aku nak cerita tentang aku, mak ayah, abang dan kakak ipar.
Aku perempuan, belum berkahwin, duduk kat kampung dengan mak ayah, baru habis belajar, tengah cari kerja dan memang berniat untuk duduk kampung jaga mak ayah.
Pada pandangan mata orang lain, mak ayah aku sihat lagi, masih boleh ke sana ke sini, tetapi hakikatnya aku yang hari-hari kat rumah ni la yang tahu keadaan sebenar.
Mak ayah aku tak sihat mana pun walaupun ayah aku masih boleh memandu. Mak ayah aku keduanya pesara kerajaan yang menerima pencen bulanan.
Aku adalah anak yang selalu ditegur, dimarah dan aku juga la anak yang selalu disuruh, dicari untuk sekecil-kecil isu sehinggalah isu yang besar.
Contohnya, nak topup kredit telefon akulah yang kena buat dan kalau mak ayah aku tak cukup duit, gelang akulah yang akan digadai. Perkara ni tak akan terjadi dekat kakak dan abang aku.
Cerita ni pasal abang aku, ya, abang aku yang dah kahwin lebih kurang dua tahun dan ada seorang anak. Abang aku kerja korporat dengan gaji yang agak tinggi untuk umur dia dan tinggal kat KL. Tetapi, gaji yang tinggi tu tetaplah tak akan dapat menampung kos hidup kat KL.
Kakak ipar aku juga sebelum ni kerja sektor korporat dan berhenti kerja selepas beberapa bulan anak sedara aku lahir disebabkan tak percaya dengan pengasuh.
Abang aku menyewa di kondominium atas sebab kakak ipar aku yang pilih sebab kemudahan dan persekitaran selesa, walaupun selayaknya abang aku tu menyewa flat sahaja. T20 di kampung, B40 di bandar.
Aku tak akan menyibuk hal rumah tangga abang aku, tetapi sebab berkait dengan mak ayah aku, jadi aku terpanggil untuk meluah rasa.
Abang aku beli kereta sebelum berkahwin lagi dengan hanya separuh pinjaman loan. Duit muka disponsor oleh mak aku lebih kurang RM26k. Mak aku baru dapat duit pencen waktu tu.
Dipendekkan cerita walaupun bergaji, tetaplah duit abang aku tak pernah nak cukup. Selalu meminta dengan mak aku, jarang sekali dipulang balik.
Mak aku pun terlebih baik, kadang abang aku tak meminta pun, mak aku tanya cukup ke duit sebab takut abang aku sekeluarga tak makan. Walhal yang kat kampung ni adakalanya bertahan RM50 untuk dua minggu sementara tunggu pencen masuk.
Abang aku, satu sen pun tak pernah menyua dekat mak ayah aku dan mak ayah aku pun faham tak cukup dan memang tak pernah mengharapkan duit anak-anak.
Abang aku ni sampai satu tahap, roadtax dengan insurans kereta pun dia tak mampu nak bayar. Hutang PTPTN usahkan lagi. Aku tak tahu la macam mana pengurusan kewangan abang aku ni. Terlampau boros atau semua nak mewah. Hujung-hujung yang jadi mangsa mak aku.
Abang aku pernah suarakan nak buat grabcar untuk duit tambahan tapi kakak ipar aku tak berani duduk dekat rumah sendiri.
Aku tak kisah sangat mak ayah aku nak membantu dari segi kewangan tapi dengan sikap abang aku yang macam tak menghargai mak ayah aku, menyebabkan aku sakit hati.
Abang aku jarang sangat telefon mak ayah aku tapi, waktu dia susah tak ada duit, sehari boleh telefon sampai 3-4 kali. Kadang-kadang aku sampai terpaksa WhatsApp abang aku suruh telefon mak ayah.
Alasan, tak sempat telefon mak ayah sebab tidurkan anak. Setiap malam tidurkan anak sampai tak ada masa walaupun dalam 3 minit untuk telefon mak ayah.
Untuk pengetahuan, abang aku pun pernah salahkan mak aku sebab kononnya jadi punya anaknya warded. Tetapi abang aku tak cakap dengan mak aku, dia cakap dengan aku. Aku ni rasa kembang kuncup dah tengok abang aku. Memang tak mengenang budi sungguh.
Ceritanya kakak ipar aku berpantang dengan mak ayah aku. Memang yang selalu mandikan anak sedara aku waktu tu pun, ayah aku sebab abang aku dengan kakak ipar tak berani nak mandikan. Mak aku pula akan masakkan untuk kakak ipar aku.
Ada satu waktu tu mak aku selsema dan anak dia pun selsema sampai kena warded. Disebabkan tu la abang aku salahkan mak aku. Aku sampai menangis waktu tu mengenangkan perangai abang aku.
Baru-baru ni abang aku balik kampung dan sekali lagi anak sedara aku tu warded sebab batuk. Biasalah hospital tempat aku ni tak ada aircond, kipas je ada, jadinya kakak ipar aku ni tak boleh terima. Panas katanya.
Kakak ipar aku tak nak jaga anaknya dekat hospital, dia nak anaknya dipindahkan hospital ke KL atau warded hospital swasta tapi masalahnya abang aku mana ada duit. Jadi bila macam ni, mak ayah aku terpaksa masuk campur. Mak aku suruh abang aku yang bermalam kat hospital.
Jadi mak ayah aku pun terpaksa ambil kakak ipar aku dekat hospital yang jaraknya 80km pergi dan balik waktu tengah hujan lebat. Gerak dari rumah dalam pukul 11 malam sebab abang aku baru cakap. Aku panas hati sungguh.
Kalau ikut hati banyak lagi nak luah tapi cukuplah sampai sini sahaja. Apa yang aku cerita ni pun aku ringkaskan sehabis mungkin. Abang dengan kakak ipar aku ni dua-dua membesar kat kampung tapi sekarang konon macam terpaling bandar.
Kesimpulannya, aku tetaplah anak yang paling tersakiti. Mak aku suruh aku terima je apa yang berlaku sebab tak nak abang dengan kakak ipar bergaduh. Abang aku macam tak ada rasa bersalah langsung.
Kalau ikut perasaan memang aku nak cari kerja kat luar duduk asing dengan mak ayah sebab tak sanggup nak hadap perangai abang aku sekarang ni. Sebabnya mak meluahnya dekat aku, yang kena transfer duit mak kat abang pun aku.
Tapi, baru je aku nak melangkah keluar, mula la mak aku bunyi, “nanti kalau mak jatuh, sapa nak angkat”, “nanti kalau mak masuk hospital macam mana”. Aduh.
– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kesian kau dik. Abg dgn kakak ipar kau tu jakun jd org bandar. Tak sedar diri level B40 je. Mak ayah pun layan kan kehendak abang tu. Dah jadi suami dgn bapak org pun lembik tak reti atur hidup sendiri. Sbb mak ayah dok manja kan. Malu la woii sampai ke tua mintak duit belanja lagi dgn mak ayah. Kau tak pernah gaduh ke dgn abang tu? Cuba rasional dgn dia. Rasional sekali dgn mak tu. Sampai bila nak tolong. Nak tunggu mak mati baru nak belajar hidup sendiri ke?
Ajar sekali kak ipar tu. Nak selesa hospital ber aircond bagai bayar sendiri la. Paksa laki dia yg mmg sedia miskin tu dah kenapa. Tak sedar diri. Dapat kat aku mmg aku santau je. Biar mampus cepat spesis mcm ni. Tapi tu lah.. muslim tak boleh la nk main santau2 ni 🤷🤷 so cara lain kau gaduh je depan2 abg kau tu sampai dia sedar diri.