Aku single mom, anak seorang. Anak aku perempuan, baru nak masuk sekolah. Unmarried case. Maaf, aku tak nak cerita lebih tentang itu.
Aku pernah berkahwin masa anak aku umur 4 tahun, tapi perkahwinan aku hanya bertahan 2 tahun lebih. Diceraikan dengan talak tiga.
Bekas suami aku curang, sedangkan pada masa tu, aku jaga ibu mertua yang dari bedridden sampai sembuh boleh berlari. Dari jaga di hospital, di rumah. Mandikan, cuci najis. Siang malam aku jaga, dibantu anak kecilku.
Selepas bercerai, aku bawa anak aku balik kepada keluarga aku semula.
Cukuplah itu je yang mampu aku cerita. Aku tak sanggup nak kongsi sengsara menumpang rumah jiran, menyewa bawah kolong selama urusan turun naik mahkamah. Petik sayur berdua beranak di kebun sawit. Bekas suami yang tak pernah pedulikan kami sejak ditelan hantu kopek.
Pernah satu malam, anak aku meluahkan pada aku. Sebelum tidur, memang kami selalu pillow talk, bercerita, saling bermaafan untuk segala salah silap yang kami buat sepanjang hari tu.
Anakku, biarpun umur baru nak masuk 7 tahun, tapi pemikirannya sangat matang. Sebab aku seorang ibu yang mungkin lembut sikit dari singa lapar. Dari anak aku lahir, aku tetap dengan pendirian:
“My daughter, my rules.”
Jadi satu malam tu, anak aku tanya,
“Mumy, kenapa adik dah tak ada daddy? KL dengan Abang A*** (anak buah aku) ada daddy, dia ada ibu dia. Adik nak ada daddy macam dulu. Adik tengah, Mumy sini, Daddy sini. Macam keluarga.”**
Aku cium dahi, pipi dia, aku peluk dia dan aku suruh dia tidur. Dan air mata aku berjurai macam air hujan.
Sejak dari tu, tiap perkataan anak aku jelas teringat-ingat dalam kepala. Sampailah Allah panggil aku jadi tetamu ke rumah-Nya. Sepatutnya ibu aku yang pergi perform umrah, tapi beliau hadiahkan pada aku. Terima kasih, ibu.
Dan di satu malam tahajud, aku solat macam kebiasaan di Masjidil Haram. Cuma untuk kali ni, dalam sujud terakhir, aku berdoa lama. Lama. Aku sebut doa dalam hati.
“Ya Allah, ya Tuhanku. Anak aku dari lahir tidak pernah kenal ayahnya. Tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah, sedangkan aku dulu dilimpahkan sepenuh kasih sayang oleh ayahku.
Ya Allah, ya Tuhanku. Berilah anakku peluang menumpang kasih sayang sosok seorang ayah yang bertanggungjawab, yang menyayangi dia selayaknya seorang anak.”
Dalam sujud, aku menangis teresak-esak.
Dan Allah jawab doa aku tanpa hijab!
Dalam perjalanan panjang menuju Madinah, DIA gerakkan hati aku untuk check dan delete perbualan yang tak penting di Telegram. Sedangkan bertahun-tahun aku tak pernah buka apps tu.
Satu persatu aku delete, sehingga aku terpandang huruf “AA” – singkatan nama dia, A*** A**I. Tak payahlah korang tahu, cukuplah aku simpan di hati. Hikhikhik. Aku save semula nombor dia dalam contact number.
Dulu aku pernah confess dia. Haha. Sebab aku seorang yang straight to the point. Tak ada kona-kona. Aku suka, aku cakap suka. Tak suka, aku cakap tak suka.
Sadly, masa tu dia reject. Hahahaha. Pedih, mat. Tapi life must go on. Orang Jawa bilang begitu.
Aku move on. Aku tukar nombor handphone. Sampailah aku jumpa bekas suami aku.
Long story short, aku berkahwin, berhenti kerja, dan ikut dia balik ke negeri asal dia. Sejak kahwin, aku kurang aktif di social media, sampai kawan-kawan ingat aku ditelan buaya sana. Maaflah, kami bergurau memang kasar.
Aku jawab, “Buaya tu luah balik. Tak mampu dia nak telan aku sebab aku lagi buaya dari buaya tu sendiri.”
Back to the main topic – The Power of Doa
Aku minta tolong sahabat aku “merisik khabar” si AA ni. Biar dah janda, gatal merenyam aku tak hilang juga. Allahuakbar.
Jadi sahabat aku, aku namakan dia Maya. Ni pun berwasabi lah dengan si AA ni. Mula-mula tanya, adakah penama bernama A*** A**I ni masih guna nombor ini?
Tak lama, si AA ni reply.
“Yes, A* here. Anything can I help you?”**
Aku punya menggigil tu sikit lagi nak tertelan gigi bila Maya forward chat tu pada aku. Seorang Maya ni pun tak cover-cover dah dia punya lurus bendul. Terus dia hantar gambar aku dan tanya,
“Did you know or remember this beautiful lady?”
Okey, “beautiful” tu aku yang tambah.
Dan AA reply.
“YES. Yes, I remember.”
Dia terus cakap yang kami dah lost contact 5 tahun sejak 2020. Kemudian dia tanya Maya,
“What happened to her? Is she okay?”
Allahuakbar. Aku menangis. Aku menangis sebab aku sendiri tak ingat dah berapa lama aku lost contact dengan dia. Mampuih. Aku tak ingat langsung.
Dia tanya Maya, adakah Maya tu “suami” aku. Siap dia wish, dia doakan semoga kami bahagia hingga ke syurga. Maya jelaskan yang dia cuma bantu aku.
AA terus bercerita yang dia pernah cuba hubungi aku tapi tak dapat.
“Kena reject, mat. Takkan aku nak hantar bunga lagi. Blah lah, bawa diri.”
Maya tanya AA,
“She pernah confess you kan?”
AA reply,
“Ye, ada. Tapi saya masa tu banyak komitmen. Saya bukan orang senang. Adik-adik ramai tengah sekolah dan study. Saya takut bagi harapan pada orang. Jadi saya terpaksa ignore dia.”
Oh iya, sebelum tu aku minta Maya tanyakan dia sudah berumahtangga atau belum. Pada aku, macam mustahil lah dia tak kahwin lagi, kan? 5 tahun tu.
Aku okey je kalau dia dah kahwin. Aku akan cut off terus. Even rumahtangga aku musnah angkara hantu kopek, tapi aku tak tergamak nak jadi hantu bajang pula untuk musnahkan rumahtangga orang lain.
Alhamdulillah, AA jawab belum. Tapi aku tak nak lah terus percaya. Nanti aku siasat lagi. Rasanya aku simpan lagi nombor IC dia dalam database laptop aku. Tunggu aku check dekat pejabat agama.
Si AA minta aku fokus pada ibadah umrah dulu. “Once settle perform umrah and selamat balik Malaysia, contact dia.”
Umrah aku berbaki beberapa hari lagi. Hati aku kerap berdebar-debar. Anak aku nak dapat abah baru ke? Apa pun, semua urusan soal kehidupan, soal masa depan, soal jodoh, aku serahkan pada Allah SWT.
Aku tahu pendapat kita tak sama. Sedangkan rambut pun banyak pilihan warna. Nak hitam, hijau, merah, oren – semua ada di trolley beg kuning.
Begitu jugalah pendapat kita dalam soal perkahwinan kali kedua, ketiga, keempat sekalipun. Orang suka, kau suka, jalan terus.
Aku ni nasihat je. Tapi kalau aku kena reject lagi sekali, aku datang sini lagi buat confession. Time tu aku minta advice korang pula lah.
– Mawar Kulup (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Entah.. Why not focus improve diri sendiri dulu..kerja n saving duit banyak2..pernah hidup susahkan lepas cerai?? Kenapa nak sibuk hal jodoh dulu..dah stabil u nak kawin ikut sukalah. Lebih kesian dkt anak u hidup susah dari kesian xde bapak