Assalamualaikum. Aku tulis ni sebab nak meluah je.
Aku dah kahwin dan dikurniakan tiga orang anak. Aku dan suami kerja.
Aku orang yang tak pernah berkira, apatah lagi dengan keluarga. Aku juga bukan orang yang manja. Jadi, aku ni tak suka menyusahkan orang dan tak nak mengharapkan orang kalau boleh.
Tapi aku ada kekurangan, iaitu aku tak pandai memasak. Setakat masak mi segera, masak air, dan masak nasi tu bolehlah.
Aku bukan tak pernah masak, pernah je, tapi kebanyakannya gagal sampai aku jadi malas nak masak sebab at the end makanan tu akan terbuang, membazir je.
Sama ada terlalu masin, terlalu lembik, atau tak kena dengan selera, jadi memang takkan makan dah.
Tapi yang membuatkan aku jadi memendam rasa dan nak meluah ni sebab sebelum aku berkahwin, suami aku ni pernah berjanji, dan aku ingat benda ni sampai sekarang.
Dia pernah cakap yang dia tahu tanggungjawab seorang suami dan isteri dalam Islam tu apa—macam memasak, mengemas rumah, mencari nafkah, dan sebagainya.
Dan isteri boleh bantu suami, tetapi perkara-perkara tersebut bukan kerja hakiki isteri. Kerja isteri adalah melayan suami.
Jadi masa tu aku pun dah bagitahu dekat dia yang aku ni tak pandai masak, dan dia kata takpe, okay je, benda boleh belajar atau boleh beli je kat luar, atau dia boleh je masakkan.
Aku memang happy dan lega lah sebab akhirnya aku dapat orang yang faham aku, kan?
Bila dah kahwin, dia selalu beli barang dapur. Kadang aku masak, tapi kebanyakannya memang suami yang masak.
Ada masa aku rasa nak belajar masak, nak ikut suami beli barang kat pasar, tapi suami kata tak perlu ikut sebab pasar tu basah lah apa, so aku tak ikut.
Bila kita balik kerja dan anak lapar, aku nak masak, suami aku kata tak perlu masak sebab anak dah lapar dan aku masak lama sebab tak pro.
Jadi, aku sebagai ibu dan isteri rasa bersalah. Jadi, aku akan beli makanan atau kami akan terus singgah makan kat kedai setiap kali balik kerja.
Jadi, benda ni aku rasa macam adil lah kan dan sebagai alternatif lain sebab aku tak masak.
Tapi aku dah cakap tadi kan, aku bukan orang yang berkira. Jadi, aku ni punyalah nak cover ketidakpandaian masak aku tu, aku lebihkan pada benda lain.
Macam aku bayarkan itu ini, aku minta nafkah sekadar dia mampu je, aku tak minta nak beli barang itu ini, tak minta pergi bercuti sana sini.
Kalau aku nak sesuatu, aku akan beli sendiri atau ajak suami dan aku akan belanja.
Barang peribadi semua aku beli sendiri sebab aku sedar diri aku ni tak sempurna sebagai seorang isteri (walaupun hakikatnya aku nak lah dia buat salah satu benda tu untuk aku atas dasar seorang suami).
Faham tak? Aku sedar kekurangan aku, jadi aku tak nak susahkan suami aku.
Tapi bila dia mempersoalkan pasal aku tak pandai masak sedangkan dia yang janji dulu dan tahu benda tu, aku jadi macam tak berguna dan down sangat.
Sampai setiap kali gaduh, aku akan suruh dia cari bini lain yang pandai masak sebab suami aku kalau gaduh mesti dia akan kata dia pendam dalam hati sebab aku tak masak.
Aku tahu aku tak pandai masak, jadi yang lain semua aku tolong ringankan beban dia dari segi belanja semua tu.
Aku bukan isteri yang demand macam-macam. Dia minta pinjam duit pun aku halalkan je, tak perlu bayar balik. Aku berhutang untuk dia pun aku yang bayar, tak minta dia pun.
(Aku rasa semua isteri yang sayangkan suami memang tak berkira pun pasal duit.)
Aku tak pertikai tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah pun sebab aku tahu semua orang ada kelebihan dan kekurangan.
Adakah aku ni tak guna?
Maaflah panjang, aku nak luah je, dan maaf kalau ayat tunggang terbalik.
– Meah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kau tu dah ok dh sebenarnya. Tak perlu over thinking sgt. Banyaklah bersyukur.
yer memang perkara2 yg akak sebut tu bukan kerja hakiki isteri, tapi jgn terlepas pandang bahagian “taat kepada suami”. Bilamana suami minta isteri utk bantu dia kemas rumah, memasak, jaga anak & sebagai nya, kita wajib kena taat. Jadi akak, Allah yg bagi sedap masakan kita, bukan kita, akak masak jer, tak kisah sedap atau tak, asalkan memasak ahahah sbb kita ni kena taat cakap suami, tak buat dosa. Sedap tak sedap tu La hawla wala quwwata illa billah, so far faham tak? hehehe yg lain2 tu akak dh boleh stop spend money dah, akak fokus memasak jer. Insya allah semoga dipermudahkan segalanya buat akak. Suami akak nak mudahkan akak tu, dia nak akak memasak ja utk dia, yg lain tak payah pening2 nak bayarkan.
Wow, serious? So suami suruh cari duit, bini kena cari duit? Suami suruh kerja, bini kena kerja? Suami suruh jadi hamba, bini kena jadi hamba? suami suruh bini ambil semua tanggungjawab suami, bini kena taat? Hukum agama ape ko merepek ni? Islam kata kalau suami tak larat buat kerja rumah, upah maid bukan hambakan bini. Sudah-sudah la kotorkan nama islam dengan adat purba dan pemahaman toxic patriarchy melayu
ikut sangat “fahaman” tu kan da terkeno. padan la muka ko. awal2 mmg la smue ok. lama2 masih ok lagi kah? ko pun jenis pamalas mmg sesuai la tu. baik ko cari madu baru utk laki ko. dia boleh jaga laki ko tiptop head to toe dari ko. madu ko boleh masak utk laki ko,
Readinh comprehension kelaut ke.. Tt ni mmg dah bagitau dia x reti masak.. Masak x sedap tapi dia x demand macam2 pon siap bantu suami lagi.. Apa hak suami nak mengungkit lainla tt ni pemalas..
Salam TT. Sy faham situasi tt sbb sy pun asal tak pandai masak. Tapi sis, memasak tu basic life skill. Skrg amat mudah nak cari menu basic, google je. Youtube pun ade. Percayelah sis boleh buat. Memasak ni bukan sekali masak terus jadi. Rajin2 berguru dgn mak mentua, dgn biras. Sy budak asrama dan ipar2 sy pulak semua pandai masak. Sy segan. Bila org datang rumah, tak kan asyik nak order je. Lagi2 masa raya mmg sy tak boleh lari. Pelan2 sy belajar, simple2 start dari potong bawang. Paling sy susah hati masa nak buat sahur, tak tau nak masak ape. Jadi kena belajar jugak. Suami sy tak pernah ajak kawan2 dtg rumah dulu sbb dia tau isteri dia tak pandai masak. Kesian. Suami sis teringin rasa masakan isteri agaknye. Anak sy bila masuk asrama, dia ada cakap rindu masakan ibu. Tp masakan tu simple sgt2. Ayam masak merah je. InshaAllah sis pun boleh buat.
Belajar lah memasak sampai jadi.Tu je.Bangla pun reti memasak busuk2 kuah dhal kari bawang.
Jgn ikut sgt suara hati yg hasut awk x reti masak..tu cuma bisikan nak lemahkan hati.Banyak follow channel masakan dan ikut step.Belajar dr jiran ke kwn ke..saudara ke..
Jgn manja sgt tu je.Malu la awk