Assalamualaikum warga IIUM Confession. Tujuan aku disini sekadar ingin bertanyakan pendapat dan pandangan cara untuk menangani jenis mertua yang narsisistik.
Dalam usia perkahwinan kami yang sudah menjangkau hampir 5 tahun ni, aku dah jadi semacam lali tengok perangai mertua aku yang sejenis orang yang kalau boleh nak orang ikut cakap dia. Cakap dia sahaja lah yang betul, pendapat dan cakap orang lain salah.
Walaupun, dia salah, dia tetap nak cakap dia betul. Baik mak mertua mahupun pak mertua aku, dua dua sama je perangai. Kalau tengok anak-anak dia, semua jenis pendiam, tak reti bersuara dan bagi pendapat sebab semuanya kena ikut apa yang mak ayah dorang nak dan suruh.
Sepanjang aku 5 tahun kawin dengan laki aku, rumah dia memang sunyi, yang bergelak ketawa dalam rumah tu cuma mak ayah dia. Anak-anak semua diam, tak berani nak mencelah dan bergelak ketawa sekali dengan mak ayah dorang. Semua sekadar duduk formal dan menonton televisyen.
Masa awal-awal aku kenal culture family dia macamni, aku rasa janggal dan awkward lah juga sebab culture family aku jenis bertepuk tampar mesra dengan parent dan adik beradik terutama kalau masing-masing ada depan televisyen. Tapi, itulah lama-lama aku buat tatahu je dengan family culture dia. Aku buat hal aku je.
Pernah lah juga, terjadi diri sendiri masa di rumah family dia, eh aku kena tegur balik dengan mak dan pak mertua aku. Bayangkan kau buat lawak, tapi.. semua orang pandang kau macam kau ni perempuan tak beradab dan dorang tukar topik tak nak layan kau. Malu weh, memang sejak hari tu, aku malas masuk campur dah hal keluarga dia.
Rumah family laki aku ni ada peraturan. Dalam rumah kau kena pakai selipar. Kena marah kalau tak pakai selipar sebab nanti lantai rumah dorang kotor ada lekap kaki kau.
Aku pernah kene bodoh masa awal-awal aku kawin dulu sebab yelah, kalau dalam rumah aku.. aku tak de pakai selipar tapi duduk rumah dia kena pakai selipar dalam rumah. Banyak kali aku macam pakai tak pakai sebab bukan senang nak buat benda tak biasa tapi tulah, orang bodohkan kita jadi makin menyampah aku dengan dorang ni.
Anak-anak dia pun, biarpun kau dah besar panjang pun, anak-anak kena lagi tanya pendapat dia kalau nak buat sesuatu. Dulu, aku perasan suami aku macam tu. Walaupun urusan yang paling kecik pun perlu mak ayah campur tangan.
Bila aku tegur laki aku, baru lah dia sedar diri sikit. Sekarang laki aku dah okay sikit. Kalau tidak, dulu semua benda nak kena ada campur tangan dengan parent.
Sejak kawin dengan aku, laki aku banyak berubah. Berubah menjadi seorang yang lebih independent dan buat keputusan sendiri. Sebab ni lah, mertua aku tak suka aku. Dorang anti sangat dengan aku masa awal-awak kawin sebab aku ubah laki aku jadi seorang dewasa yang dah tak bergantung harap pada dorang.
Tapi, itulah apa yang mertua aku nmpak aku rampas anak dia dan aku jauhkan anak dia dari dia. Itu sebab, apa-apa majlis family aku kene palau. Kalau aku sakit ke apa ke, buat tak endah dan tak hiraukan .
Tengoklah anak dia yang lain, semua keputusan nak kena tanya parent. Walaupun nak beli tiket bas, pun nak kena tanya parent perlu ke beli tiket bas nak balik? Padahal anak tu masing-masing dah umur 28-32 tahun dah.
Cerita tentang mertua aku ni, dia suka orang dengar arahan dia. Semua orang kena dengar arahan dia. Semua orang kene akur dan patuh dengan arahan dia.
Laki aku ni, sejak dia kawin dengan aku, dia start rebel tak nak ikut arahan mertua aku kalau dia rasa macam tak mampu nak ikut atas sebab-sebab tertentu contohnya anak sakit atau family komitmen. Mak mertua dan pak mertua aku, tahu je. Tahu je anak aku sakit atau kami ada family komitmen yang besar tapi tetap juga nak kami ikut arahan dorang.
Kalau tak ikut, dorang merajuk. Ye, merajuk. Buat ayat kecil hati. Buat ayat sedit-sedih macam kami ni tak pernah langsung dah nak datang jumpa dorang. Merajuk, tak nak bercakap.. tarik muka. Padahal waktu tu, anak aku tak sihat atau ada family komitmen yang lain.
Aku memang malas lah nak layan perangai dorang. Aku malas nak masuk campur. Memang perinsip aku sejak masuk usia perkahwinan 5 tahun ni, aku hormat orang yang hormat aku. Orang yang tak hormat aku, aku pun akan letak diri dia kat tapak kaki aku je.
Once aku dah benci, memang aku tak amik tahu dah. Cukup lah banyak sangat hati aku ni terluka dengan dorang. Memang aku dah buang dorang jauh-jauh dari hati aku. Aku cuma, follow laki aku je. Kalau dia nak balik, aku follow. Kalau dia tak cakap apa-apa aku malas nak ajak ke nak tanya ke dah.
Cuma, masalah sekarang ni, laki aku lah. Mak mertua dan pak mertua aku asyik attack dia je. Sampai dia mengadu kat aku dia serabut dengan mak ayah dia. Dia cakap elok-elok dorang tak nak dengar. Dorang pusing-pusing cerita sampai akhirnya nampak kita yang jahat dan buat jahat dekat dorang.
Padahal dorang tahu, anak dia memang tak mampu nak bagi 100% komitmen untuk kotakan permintaan dorang. Walaupun kita cuba kotakan, tetap juga tak puas hati dan buat laki aku hidup rasa serba salah. Aku tak paham apa yang dorang nak sangat dalam hidup dorang? Puas hati ke buat anak hidup dalam serba salah?
Jangan cakap dorang tak sedar tindakan dorang ni buat anak rasa serba salah. Pasti dorang sedar apa dorang buat. Laki aku pernah berterus terang dengan dorang sebab dia rasa tertekan.
Jawapan mertua aku, “ hahahaha saja je cakap. Tak bermaksud apa-apa pun”. Tapi, lepastu tetap juga cakap. Aku sebagai isteri ni, stress juga hari-hari dengar laki aku tertekan dengan mak ayah dia .
Kalau kita tak ikut kehendak dia, banyak drama yang kita akan terima. Aku sebagai orang luar dah masak sangat tengok perangai mertua aku ni. Memang aku malas layan. Tapi laki aku ni, itukan mak ayah dia. Takkan dia tak nak layan jugak. Jadi ada tips tak nak hadap dengan orang jenis macam ni?
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ikut aje lah rentak dorang.Dan jgn la bg laki ko tunjuk sgt perubahan drastik dia kpd ibu ayah dia..mmg dorg akan syak ko la yg merubah azali laki ko.Yg aku nmpk mertua ko ni seorang strict parents..ibu bapa tegas .If yes say yes if no say no.ha gitu..tu yg bila ko melawak pun takda siapa gelak.Dorg jenis serius.
Kdg kita kena cuba IN aje rentak dorg selagi belom bertentangan dgn nilai ugama dan moral.Pd aku..adik2 ipar ko tu dah dididik dari kecil agar dengar ckp mak ayah dan jgn ketepikan mak ayah sebab tu la beli tiket bas pun kena tanya persetujuan.Pd aku normal la tu means dorg sayang dan peduli dgn org tua.
Jgn la sampai tak hormat mertua.Itu kan syurga suami kamu.Dorg yg besarkan laki kamu hingga dewasa dan tiba2 ko dtg nak ubah laki ko drastik.Salah tu.Melainkan laki ko bg semua gaji kat mak dia tp x bg nafkah kat ko itu ok kena bersuara.