Kena Kacau Di Rumah Lama

Assalamualaikum dan hai semua.

Perkenalkan, aku Cik Bunga Mawar dari negeri pantai timur. Sekarang umur dah awal 30-an dah.

Dalam ni, banyak yang luahkan pasal alam rumah tangga la, pasal keluarga la, pasal sondol suami orang la, mesti korang dah bosan dengar tu semua kan? Meh sini aku nak cerita pengalaman aku kena kacau di rumah lama.

Peristiwa ni berlaku dalam tahun 2000 ke 2013 macam tu la. Lama kan kena kacau dengan makhluk tu. Pelbagai cara benda tu kacau aku tau. Sehingga lah aku pindah rumah lain…

1. Bunyi orang berjalan di tangga setiap jam 2 pagi.

So, rumah aku ni dua tingkat. Dan bilik aku berdekatan dengan tangga. Kejadian ni berlaku time aku umur 9 ke 10 tahun macam tu la. Almost setiap hari jam 2 pagi, aku akan automatik terjaga daripada tidur.

And guess what? Setiap kali aku terjaga, aku akan dengar orang sedang naik tangga dengan rantai besi, kemudian benda tu ketuk tangga tu kuat kuat. Bunyi macam ‘sreeshhhh, sreeshhh, ding ding….’. Diikuti dengan bunyi tapak kaki. Jelas betul bunyi dia. Seram betul masa tu.

Aku terus ambil bantal dan tutup muka dan telinga aku dengan bantal. Naye matt kalau benda tu muncul depan muka aku. Aku ada bagitahu mak aku tentang hal ni, tapi mak aku tak percaya. Dia marah aku reka cerita. Padahal aku tahu, dia pun takut sebenarnya hahahaha!

2. Bunyi tangga (ding… dingg).

Rumah aku kan dua tingkat, jadi memang ada tangga besi la kat rumah aku tu. Kadang-kadang kalau tengah tengok tv di bawah, atau tengah lepak di ruang tamu, tiba-tiba akan dengar ada orang ketuk tangga. Kuat pula bunyinya.

‘Dingggggggg….’ Sekali je dia ketuk, tapi bunyinya bergema satu rumah. Terus aku dan adik beradik yang lain pergi dekat mak aku. Otw cari mak aku, sempat lagi kami grab surah yasin untuk dibaca. Kami terus baca surah yasin tu mengelilingi mak aku.

Kalau time tu mak aku dalam tandas, kami baca kat luar tandas beramai-ramai. Bila teringat balik, kelakar pun ada hahaha. Benda tu akan ketuk tangga kalau tiada orang di tingkat atas.

Dan bila aku di tingkatan 5, benda tu berulang lagi. Benda tu ketuk lagi. Memang tak reti duduk diam la benda ni. Aku dah serabut dah masa tu. Dah lali dah sebab bertahun-tahun hidup dalam ketakutan bila dengar bunyi ketukan tu.

Aku pon terus tengok di bahagian atas, lepastu aku ketuk kuat-kuat semula tangga tu. Then aku kata kuat-kuat, ‘Ye nak apa?’. Sejak dari tu, takde dah bunyi ketuk tangga. Fuhh.

3. Makhluk dalam bilik tidur.

Ni lagi rare. Aku tak tahu la menatang apa yang kacau aku time ni, tapi aku rasa seronok. Masa tu tak terfikir lagi yang benda tu kacau.

Ceritanya macam ni. Aku ada satu bantal busuk tau. Aku tak boleh tidur kalau tiada bantal tu. Setiap kali aku nak tidur, aku akan mengiring la ke kanan atau ke kiri, supaya telinga aku boleh dengar apa yang berlaku dalam bantal tu..

Setiap kali sebelum tidur, aku akan dengar orang sedang mencakar bantal aku tu, tapi guna satu kuku yang panjang.

Cuba korang ambil bantal, dan letak telinga di bantal tu. Kemudian, ambil kuku yang tajam dan cuba gerakkan kuku tu ke atas ke bawah perlahan-lahan. Haa macam tu la aku dengar.

Bila aku dengar, aku rasa seronok betul. Macam lullaby untuk aku tidur pon ya, Setiap malam yaa dengar. Peliknya masa tu aku tak takut pun. Tak terfikir langsung yang tu sebenarnya tangan hantu. Aku pun masih budak-budak masa tu.

Macam mana aku tahu tu kuku benda tu dan bukan kuku aku? Sebab tangan aku akan peluk bantal golek. Kejadian tu berhenti bila bantal busuk aku tu hilang. Aku tak tahu la macam mana hilang.

4. Kena sorok.

Kejadian ni berlaku pada waktu petang. Aik? Waktu petang pun kena sorok ke? Entah la nak. Tapi kejadian ni memang betul-betul berlaku.

Aku masa tu tengah bermain di belakang rumah sorang-sorang. Main dengan siput babi. Betul-betul di depan pintu belakang rumah. Dan pintu tu tak bertutup pun.

Mengikut cerita yang disampaikan oleh adik beradik aku yang lain, masa tu adik aku yang berumur 5 or 6 tahun sedang mencari aku. Dia mencari aku di depan rumah, dan di belakang rumah sambil sebut nama aku. ‘Mawar…ohh mawar’ Berkali-kali cari tapi tak jumpa-jumpa.

Lepastu dia nak naik ke tingkat 2, dan bila dia pandang tingkat atas dari bawah, dia terus menjerit dan menangis. Kuat betul menangis. Bila ditanya kenapa, katanya nampak ada tangan terapung di tingkat atas. Lepastu adik aku tanya aku, ”tadi adik cari mawar, tak jumpa pon di belakang…’

Aku pon hairan la, punya la luas pintu belakang rumah tu terbuka, takkan tak nampak-nampak.. Sah sah aku kena sorok ni dari pandangan luar. Hmm..

5. Budak tembus dinding.

Time ni baru lepas mandi, masa tu tengah sikat rambut. Selepas sikat rambut, aku terus keluar dari bilik. Dan bila keluar dari bilik, aku terkejut sebab ada satu makhluk ni, lelaki dan berseluar warna blue black, tak berbaju dan mata sepet. Tinggi macam murid darjah 2.

Apa dia sedang buat? Dia berlari laju2 sampai tembus dinding. Aku macam wow, dahsyat. Aku ingat adik aku yang berlari dan tiba-tiba ada kuasa boleh tembus dinding, rupenya bukan. Sebab adik aku tengah tidur masa tu di ruang tamu.

Aik? dah tu pebende yang berlari depan aku tu? Kuat betul angin yang aku rasa time dia berlari tu… Misteri sampai sekarang….

Actually banyak lagi yang berlaku. Dan bila dah makin besar ni, aku baru tahu yang rumah tu actually ada yang hantar sihir. Supaya tak tenteram di rumah tu.. Hairan aku, banyak betul yang busuk hati sampai nak hantar sihir bagai ni. Tak tenteram hidup tau kalau main sihir ni.

Btw, banyak lagi kisah-kisah mistik yang lain tapi nantilah aku cerita. Lapor ni, nak makan dulu! Terima kasih sebab sudi baca!

– Cik Bunga Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *