Salam semua. Saya Mei Mei, bukan nama sebenar. Nak kahwin pastikan hidup cara suami, hidup ikut kemampuan suami. Jangan muakan duit pada suami.
Ok, terus direct pasal tajuk.
Saya dan suami share tanggung komitmen. Gaji suami lagi besar, dan komitmen dia lagi besar. Tapi baki gaji suami sehingga tunggu next gaji ada dalam RM900. Saya punya dalam RM600.
Komitmen suami termasuklah bulanan rumah, utilities, insurance/takaful dan barang dapur. Barang dapur tu dia allocate RM400 sebulan.
Komitmen saya ialah insurance/takaful saya dan anak2, van sekolah anak2, kereta saya, mak ayah saya dan telco saya.
Kami makan memang berpada. Kadang beli ayam separuh ekor minta potong kecik2 nak buat tomyam. Balik rumah bahagikan dapatlah 5 bekas bermakna 5 kali masak.
Ikan sebulan sekali beli ikan siakap sekor, 2 kali masak. Selebihnya ikan selar.. tu pun sekor potong 2.
Masak di rumah untuk dinner je dan sabtu ahad. Sarapan anak2 biasanya buat nasi goreng rencah telur, roti telur, gilir2. Tengahari anak bawa bekal dan duit. Kami di tempat kerja lunch guna duit masing2.
Saya TIDAK MEMINTA duit suami untuk belanja makan di tempat kerja, barang2 peribadi, pakaian dan lain2 utk diri sendiri. Saya ada duit saya.
Tapi, jika sebulan tu nak makan sedap bawa anak2 makan luar.. saya volunteer untuk belanja.
Ya. Saya ikhlas. Saya belanja. Walaupun lama2 saya rasa nak sangat suami cakap, “sayang takpe, abang bayar. Takpe, kali ni abang belanja” , takpe.. saya tetap belanja.
Bila hujung bulan, nak beli lauk basah apa2 keperluan yang lain yang tiba2. Dia kata duit tak cukup. Saya bagi je duit saya untuk belikan barang keperluan lain. Ada yang saya niat bagi terus, ada juga yang niat bagi pinjam. Dah declare sama2.
Berbelas tahun kahwin. Ada beberapa kali saya minta dia manage duit dia. Kami ada google sheet yang formula duit gaji tolak komitmen and nampak baki. Ada juga ruang untuk belanja yang lain. TAPI DIA TAK BUAT, TAK GUNA DENGAN BAIK.
Hari ni saya mengamuk. Saya frustrated. Saya kecewa gila dengan dia. Dia takde duit untuk bayar yuran sekolah anak.
Duit saya, saya manage betul2 untuk bayar insurance dan roadtax kereta saya. Dulu2 duit yuran tahunan anak di tadika, saya yang settlekan. Saya kumpul duit dari Feb sampai Dis. Saya boleh. Kenapa dia tak boleh. Benda boleh atur dan rancang.
Dia kata dia dah cuba untuk simpan duit, manage duit.. tapi tak berjaya.. dia kata baki duit gaji dia ada RM400 sahaja. Saya buka balik google sheet tu, saya tunjuk. Setiap bulan kami memang akan update komitmen masing2.
Saya nampak baki dia sepatutnya RM900. Kenapa dia kata RM400? Dia kata dia tak update. Saya jerit, “ITU SEBAB KENA UPDATE! BUKAN SAJA2 SAYA MINTA KITA SAMA2 UPDATE GOOGLE SHEET NI.
Kalau susah nak manage. Kalau rasa bulan ni tak cukup duit, bagitau saya awal2! Tak payah kita pergi mana2, tak payah balik kampung dan lain2!”, saya nangis.
Saya luahkan lagi, “Awak hari tu dah naik gaji, kereta dah habis bayar, tapi nafkah saya masih awak bagi RM50 saja! Takde pun awak rasa nak up nafkah saya, takde pun awak rasa nak bantu kurangkan komitmen saya. Takde pun awak cuba cakap”
“Yang.. meh sini yuran van sekolah anak, saya bayarkan” “takde!!!”, saya nangis.. ketat dada ni rasa kecewa sangat2.
Saya kata lagi, “saya tak pastilah sebab saya tak redha ke menyebabkan awak rasa duit awak tak cukup, wallahualam. Awak sentiasa berkira2 nak bagi duit, berkira2 nak sedekah duit, berkira2 nak lebihkan duit”.
Saya penat. Saya pernah cakap nak berhenti kerja. Nak duduk rumah, jaga makan minum dia dan anak2, nak kemas rumah dan lain2. Tapi tak nampak pun caranya. Saya tetap kena kerja sebab pemikiran dan cara suami yang macam ni.
Dah rasa kosong, potong rasa pada suami.
Kadang2 tak logikkan bercerai walaupun orang nampak suami baik, bertanggungjawab, pandai jaga anak, setia, takde orang ketiga..
Tapi hanya sebab duit.
Hidup kita tak sama. Mungkin orang lain nampak masalah ni kecil. Tapi bila berbelas tahun, dia jadi besar. Dari ikhlas, jadi tak ikhlas. Dari redha, jadi tak redha.
Saya cuma berharap suami saya berubah utk pandai SIMPAN DUIT, lagi2 kalau ada kecemasan. Saya penat. Ada 1001 cara nak simpan duit. Ikat perut kat tempat kerja pun takde masalahkan? Nak 1000 daya.
Saya pun ada cara saya untuk simpan duit walaupun setiap bulan saya akan bagi duit saya untuk kegunaan bersama. Kadang2, duit yang saya simpan tu la dapat belanja itu ini utk anak2.
Nasihat saya ulang semula, nak kahwin.. pastikan kita hidup ikut kemampuan suami. Bukan kemampuan suami + isteri. Tidak. Jangan muakan, jangan dahulukan duit untuk bantu suami.
Biar dia rasa sendiri, dia mampu atau tidak untuk tambah komitmen dan lain. Biar dia rasa dia la yang patut keluarkan duit untuk seluruhnya. Bukan tak bantu langsung, fahamkan maksud saya?
– Mei Mei (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ko dah kerja jugak kan…
udang…jadi apa masalah kalau si isteri bekerja jugak? jadi suami boleh lepaskan tangan begitu lah ye? ini lah pemikiran lelaki zaman sekarang. Takut commitmenttt
Mmg otak udang sbb mengharapkan duit isteri.
Hal2 mcm ni yg buat sy nekad utk jd suri rumah sambil buat side income kdg2.. Sbb apa? Laki zaman skrg mmg mindset tau nk mkn duit isteri je. Bukan kedekut. Tapi, kalau boleh xyh laa bg muka. Lagi2 hal nafkah & keperluan yg jd tanggungjawab suami.
Wei udang bodoh. Ko diam la. Dasar jantan tak guna. Kawin nak tapi tanggungjawab kelaut. Bodoh kecik2 taknak mampus!
Situasi kite sama… Malah sy lg teruk..dimana suami lgsg xbg nafkah.. Semua masalah sy kne selesaikan sendiri. Dia mmg bantu jaga anak.. Tp soal duit.. Dia xamek pusing..semua atas saya. Dia hny beli ayam dan beras SAHAJA yang konon di anggap dh beli bhn makanan… Selebihnya pandai2 laa saya selesaikan.
Awak.. i feel you. Kita sama. Saya pon pernah fikir nak hidup sendiri sebab masalah ni. Husband tak pandai manage duit. Saya pulak keje sendiri. Income 2-3 ratus je tak banyak. Saya kadang sampai keperluan sendiri pon tak dapat beli.
Saya bukan kedekut. Banyak yang saya bantu. Tapi hal kecik macam ni kalau berbelas tahun hadap buat hati saya dari ikhlas jadi tak ikhlas. Tapi saya masih bertahan sebab sayang. Cinta tu macam dah takda.. banyak yang saya pendam.
Saya rasa one day saya akan burst macam awak. Semoga saya kuat..
Dari sebab macam ni slowly wife hilang hormat. Rasa tak retinnak minta izin dah bila nak keluar, tak rasa nak kelur sama dah (sbb mmg dia keluakan duit jadi baik pergi sendiri) dan macam2 rasa lain. Tah la. Payah nak cakap. Tp kalau kita minta cerai benda mcm ni, org kata tengok org lagi susah.
Hm. So kita tak berhak untuk bahagia?
Sama mcm saya. Susah bila sentuh bab duit.nanti dikatanya kita x bersyukur. Tt dapat la jugak rm50..Sy ni..hurm.. bini kerja pulun ot nak cari duit lebih..laki boleh rileks2 ja mkn gaji yg tiap2 bulan dok ratib xdak cukop. Jgnkan buat 2 kerja, ot Pon malas. Duit persiapan raya langsung x pernah Tanya..semuanya kita.terima kasih Pon dak. Mcm tt tulis..benda semua boleh plan..dah Tau nak pakai duit usaha la cari duit lebih. Tp sebab ada bini, terus semua lepas tangan
Wife kena pandai ambil peranan kalau husband x pandai manage duit…
Dpt gaji masing2 siap tolak utk commitment & saving ltk dkt akaun bersama…selebihnya br guna utk daily expenses….
taknak komen banyak. bab makan tu tak best nya.. kesian macam catuan.
Betul sangat. Masa mula2 kawin dan tengah sayang sepenuh hati sekalipun, si isteri jgn biasakan tolong suami dr segi kewangan. Bagi semua komitmen nafkaf tu pada suami sbb mmg tanggung jawab dia. Jangan kesian. Allah dah bagi amanah pada suami. Sekali sekali nak tolong takde masalah. Tp jangan jadikan ia satu ketetapan.
Suami saya pun lebih kurang macam ni takde perasaan, tapi saya memang bagitahu dia jelas2 apa saya nak, saya nak nafkah macam mana semua. kalau dia naik gaji saya mintak dia naikkan nafkah saya. Bukan apa sebab hujung2nya memang akan keluar duit saya jugak untuk keperluan rumah.
Kadang2 dia akan pinjam duit saya jugak hujung bulan. Sebab tu saya akan mintak mintak dan mintak takdenya saya kesian ke apa. Sebab saya tahu dimana kemampuan dia. Mula2 dia payah nak ikut tapi bila dia ikut cara saya dia nampak sendiri rezeki dia makin murah. Kena paksa jangan manjakan. Ubah dari sekarang.
Kalau suami payah nak ubah, tipu la sikit kata gaji kena potong ke apa, at least dia bukak mata sikit fikir untuk diri sendiri.
Sian laki tu, kita ni tak tahu entah struggle mcm mana la dia nak simpan duit lagi dengan kos kehidupan yg meningkat. Setuju dgn cadangan dari sorang dari komen2 ni, better pempuan ni berenti keja je la, jadi suri rumah sepenuh masa, lepas tu buat la online business sikit2. Dan yang paling penting kurangkan tengok citer drama tv3 yang laki laki dia bawa kereta2 mewah tu.
Sy Berpuluh tahun. Menahan spt awk. Anak 7. Anak sulung ms bljr, bg duit pinjama bljr rm3k utk sy uruskan rumah lps bapak dia dok bertukang mata di rumah aje lps berhenti kerja. Struggle is there tp demi anak semua ditelan wlu susah. Sy redha diuji tp sy tak redha dia tak bertggjwb. Skrg, kami dah berpisah.
Sy yakin Allah tlg awk. Awk dekat dgn Dia. Mntalah petunjuk n ilham. Jgn putus asa. Allah syg hamba2Nya esp yg mencari Nya.
Kita tak tau apa takdir yg Allah untukkan buat kita. Tak tau jika dgn sikap baik n sabar awk didik suami n anak2, dia berubah. Wallahu’alam. Sy doakan baik2 utk awk.
Puan jadi mcm tu sbb puan terlebih ambil tahu. Cara di jepun, mereka campur income, tolak perbelanjaan asas, allowance masing masing dan lebihan sebagai saving. ( kalau nak saving sorok sorok dr duit allowance tu boleh simpan sorok sorok). Dugaan puan ialah bukan duit, tapi tak sama pahaman tentang berbelanja dan puan kecewa yg suami puan snggup biarkan puan tanggung bahagian tanggungjwab dia. Kecewa yg tu, saya pernah kecewa yg teramat sgt, sebab pikiran saya duit sama sama, rezeki anak. Tapi selepas saya mengamuk, saya duduk dan pikir apa yg saya kejar dunia ni, saya hentam syurga saya. Selepas tu saya berterus terang yang saya tak nak dah ambil commitment sekian sekian dan jika suami saya perlukan bantuan itu akan jadi hutang. Iye, saya biarkan suami saya berhutang dengan saya. Lucukan… bila dia sedar tu hutang ( mmg tanggungjawab dia) . Dia mula berpikir cara berbelanja dgn teratur dan dia yg berjimat serba serbi.. so bila saya rasa perlu baru saya “belanja”… dulunya saya tak sampai hati nak bg suami saya berhutang dgn saya. Tapi selepas tgk kwsp dia… saya cakap nanti klu panjang umur saya claim la dari kwsp you… itu sahaja yg telah menyelamatkan saya suami isteri dari bergadoh “pasal duit” … lepas tu bila saya tgk dia usaha.. saya asyik berdoa, murahkan rezeki suami ku ya Allah dia berusaha utk keluarga ku.
Saya takkan cakap baik berhenti kerja. Seolah olah menghukum suami. Sbb saya kerja kerana tanggungjawab dalam ekonomi ni selagi suami dan Allah izin kan… saya pernah menjadi isteri yg income dia tinggi dari suami dan kini income suami jauh tggi dr saya.
Sekadar berkongsi, isteri dan ibu/coparent anak 4…
Zmn kanak2 aku dah lalui hal ni …makan di catu cuma mkn ikan kering dgn sambal tumbuk garam cuka gula je sebab dpt bapak tak bertanggungjawab.
Aku sedih baca …
Kak..jgn simpan lg suami mcm ni.Buang cpt2 sebelum barah makin merebak.
Cukup2lah akak jd enabler laki toksik bakal penghuni neraka jahanam ni kelak.
Akak ni jd HAMBA dia sebenarnya.Entah2 duit x cukup ada skandal lain di blkg.Tlg mak janda beli susu anak ke..siasat kak..