Surirumah Yang Banyak Hutang II

Assalamualaikum, pertama sekali saya bersyukur sebab ramai yang bagi nasihat dan komen2 yang sangat positif dan bermanfaat dalam luahan saya yang pertama.

Saya Rina (bukan nama sebenar) dan saya baca setiap satu komen pembaca. Komen2 itulah yang banyak membantu saya reflect balik masalah penyelesaian hutang2 saya. Semoga Allah merahmati kalian semua.

Disini saya selitkan confession saya yang pertama, https://iiumc.com/surirumah-yang-banyak-hutang/

Kali ini dan setelah genap 2 tahun saya menulis confession saya yang lepas, akan saya ceritakan apa yang Allah tuliskan buat saya setelah saya pasangkan niat untuk Allah bantu saya keluar dari segala hutang piutang saya.

Alhamdulillah benarlah Allah kata setiap ujian hidup dan kesabaran, Dia pasti akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Dan setiap perkara buruk yang terjadi kepada kita pasti ada hikmahnya.

Sebelum ini, saya mempunyai 2 kad kredit dan jumlah hutang kedua2 kad adalah sebanyak 9k.

Atas nasihat pembaca dan orang2 terdekat saya telah menghubungi AKPK dan saya telah diluluskan untuk menyertai Debt Management Programme (DMP) dan bayaran bulanan adalah sebanyak RM 150 sahaja.

Alhamdulillah sekarang saya tengah sikit2 kumpul duit utk selesaikan terus hutang AKPK.

Untuk menjawab persoalan mengenai hutang rumah, rumah tersebut adalah atas nama saya seorang sahaja disebabkan suami berhasrat membeli rumah kediaman lain atas nama beliau sendiri. Bayaran monthly repayment sebanyak RM900 – RM1200

Manakala, untuk bisnes kami yang pernah saya ceritakan dulu. Ya kami ditipu! Kami ditipu sebanyak 50k dan sekarang kami tengah mencuba untuk mendapatkan kembali wang kami melalui legal action.

Saya taknak cerita bisnes apa in details tapi untuk kes penipuan ini kami dan mangsa2 lain hilang sebanyak lebih 1 juta. Saya yakin segala yang terjadi memang ada hikmahnya. Doakan kami untuk mampu fight kes ini dan menang. InsyaAllah

Untuk hutang kereta pula, kami suami isteri mempunyai 2 buah kereta dan alhamdulillah full settlement.

Suami saya pula merupakan pekerja yang perform, mendapat rating yang tinggi pada tahun lepas dan insyaAllah akan dinaikkan pangkat dan gaji dalam tahun ini.

Dan hikmah terbesar Allah beri kepada saya adalah tahun ini merupakan tahun terakhir saya menjadi seorang surirumah yang banyak hutang.

Saya lulus ujian kemasukan dalam perkhidmatan awam, lulus temuduga yang sangat intense dan mendapat jawatan tetap N9. Alhamdulillah!

Semoga tahun 2025 ini menjadi tahun permulaan pintu rezeki saya dibuka seluas2 nya, menjadi ibu yang lebih tenang dalam membesarkan anak2, mampu menyelesaikan hutang2 yang ada dan berjaya mengatur strategi kewangan saya dengan lebih bijak di masa akan datang. InsyaAllah.

Terima Kasih atas doa-doa kalian. Kepada sesiapa yang masih tersepit dalam masalah kewangan atau hutang. Berdoalah banyak2 kepada yang Maha Kaya dan yakinlah Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya yang sabar.

Yang bersyukur,

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *