Sebelum ni aku ada buat luahan, boleh baca dekat sini, https://iiumc.com/lelaki-yang-ku-kenal-online/
Sekiranya admin masih sudi siarkan luahan aku, aku ucapkan terima kasih. Ye, aku masih lagi nak tanya pendapat korang yang sudi baca luahan aku. Aku sebenarnya tak tahu nak luah dekat siapa sebabnya aku ni bukannya ada kawan sangat, sekadar kawan tempat kerja tu ramai lah.
So sekarang dah 7 bulan aku berkenalan dengan T. Aku ada baca je komen yang mengatakan kami berdua ni complicated. Ye, memang kami complicated sebab kami berdua jenis yang tak pernah nak couple sebelum-sebelum ini.
Macam aku, hidup aku study dan kerja je, dia pula jenis yang workaholic. Kalau mesej dengan dia, memang dia jawab sepatah-patah je.
Kadang memang sakit hati sebab aku ingat dia jenis tak minat, tapi dia memanglah jenis yang macam tu, so lama-lama aku dah terbiasa. Sebab dia memang jenis pemalu, introvert, tak keluar rumah. Keluar rumah pergi kerja, balik kerja, itu je.
Sama lah dengan aku, jenis tak keluar. Cuti pun duduk rumah, kemas-kemas apa yang patut. Kadang kalau nak keluar pun tak tahu nak pergi mana, kedai cendol jelah tempat aku dan dia biasa pergi. Sebab tak tahu kalau dating-dating biasa orang buat apa, pergi mana.
Oh jap, T pernah couple tapi couple online je, tak pernah jumpa. Dia cakap ex dia tu scammer, sebab ex dia dah dapat phone, T kena tinggal.
Dah 2-3 kali jumpa, barulah dia banyak cakap dengan aku. Kali keempat jumpa, dia ikut aku balik rumah aku jumpa mak ayah aku. T macam biasa, pemalu, senyum macam tu jelah, tak banyak cakap. Yang jadi masalahnya, mak ayah aku tak berkenan dengan T.
Sedihnya aku rasa, padahal T lah satu-satunya yang berani jumpa mak ayah aku walaupun dia jenis pemalu. Kos nak balik, minyak, tol semua dia yang bayarkan. Walaupun aku nak kongsi, dia tak nak bagi.
Dekat sini aku senaraikan alasan yang mak aku tak berkenan dengan T:
-
Fizikal – T jenis badan kurus dan kecil banding dengan aku yang badan agak berisi. Tapi T cakap aku tak gemuk. Dia jenis suka yang macam aku, dan aku pun okey je dengan fizikal T. Aku tak kisah asalkan T lagi tinggi dari aku, aku okey. Sebab aku ni agak tinggi jugak.
-
Sifat pemalu – T ni memang jenis pemalu sangat ye. Dia jenis yang tak banyak cakap, sepatah-sepatah je. Tapi aku dengar dia ada je borak dengan ayah aku masa makan. Okey je. Aku pun tak faham apa yang mak aku nak, dia nak bakal menantu jenis mulut becok kot. Alah, aku ada kenal sebelum ni dengan lelaki yang suka ambil hati mak aku, call tanya sihat ke tak, tapi habuk pun tak ada. Mana berani datang jumpa mak ayah aku. Kaki curang adalah sebab mulut manis kan.
-
Perwatakan – T ni nampak macam lembut sikit, soft spoken. Mak aku cakap T ni macam lembut lembik. Pastu mak aku persoalkan yang masa T makan rumah aku, T dah siap makan pergi basuh pinggan dan gelas yang dia guna, dengan gelas-gelas aku dia pergi kutip basuh. Mak aku cakap pelik. HAAAA MEMANG PELIK bagi mak aku sebab mak aku jenis perajakan anak jantan. Anak jantan mak aku semua jenis makan bersepah, gelas pun memang tak pernah nak basuh. Dah habis gelas kat dapur tu, baru basuh, itu pun basuh macam gitu je. Aku anak perempuan ni lah jadi mangsa yang kena buat semua. T ni adik-beradik dia ramai perempuan, mungkin dah terbiasa kot dididik oleh kakak-kakak dia dan memang nampak perwatakan dia lembut, tapi tak adalah macam perempuan.
Berbalik kepada aku pulak, adik-beradik ramai lelaki. So aku jenis lasak dan kasar sikit. Hidup dengan lelaki ni faham-faham lah. Yang merasai je tau. Nak-nak jenis mak yang perajakan anak jantan ni.
Mak aku pulak, kahwin dengan ayah aku, memang mak aku buat A-Z. Typical mak-mak ayah-ayah zaman dulu-dulu. Suami adalah raja. Ayah aku mana pernah masak kat dapur.
Seumur hidup aku, tak pernah ye aku tengok ayah aku masak nasi goreng ke, telur goreng ke, tak pernah. Kalau pergi supermarket ke, tak pernah aku tengok ayah aku tu tolak troli semua. Tak ye, ayah aku tunggu dalam kereta je.
Aku ingat semua lelaki macam tu sampai aku tak nak kahwin sebab perempuan dah jadi macam bibik. Tapi bila aku kerja dan keluar dari kampung, ramai je aku tengok lelaki-lelaki bandar ni pandai memasak, pandai beli barang basah.
Setiap kali bulan puasa, mak aku jadi bibik ye. Anak-anak jantan duduk mengarah nak itu ini, tak boleh nak bangun ambil sendiri. Memang tak lah aku nak tolong. Adik-adik jantan aku semua ada tangan dan kaki, bangun lah ambil sendiri. Dah berat punggung kenapa? Mak aku dah rupa bibik, nak kena hulur itu ini sampai tak sempat berbuka.
Mak aku nak aku kahwin dengan orang Pantai Timur. Eh, tak kuasa aku. Rata-rata aku tengok orang Pantai Timur, mak jenis perajakan anak jantan. Tak kuasa aku nak sambung jadi bibik. Baik aku pilih laki yang jenis sama-sama buat kerja rumah, memandangkan dua-dua kerja.
- Kerja – T ni sekarang tengah kerja kontrak. Dia cakap memang company dia ambil pekerja wireman sebagai kontrak je, tapi segala basic, elaun, EPF memang ada lah, cuma kontrak. Rasanya dia dah kerja situ 4 tahun macam tu kot. Aku pernah tanya gaji dia berapa, katanya dalam 2 ribu lebih macam tu. Lepas tu mak aku tak setuju dengan gaji dia yang ‘banyak’ tu.
Aku sebenarnya gaji tak kisah sangat sebab aku pun kerja. Cukup dia beli barang dapur dan bagi nafkah ikut kemampuan dia pun sebenarnya aku dah okey.
Dia pernah cakap dia dah simpan duit, dan boleh buat duit tu sebagai duit kahwin. Dia pernah cakap dengan aku yang dia nak beli rumah dulu baru nak kahwin sebab dia tak nak bayar rumah sewa.
- Family – Family T ni, mak dia ada masalah sikit. Jenis kena makan ubat lah. Tapi bukan mak kandung, mak tiri. Kakak dia pun jenis yang kena makan ubat. Apa eh penyakit tu, anxiety eh? Bila mak aku tahu ni, lagi lah mak aku tak setuju sebab nanti jadi masalah dekat aku.
Entahlah, aku kadang penat dengan mak dan ayah aku. Kadang apa yang mak ayah aku fikir tu aku tak boleh nak brain dengan kepala otak aku. Ni aku dah tua-tua bangka, dipaksanya aku sambung belajar ambil DPLI.
Maaf panjang sangat aku duk meluah. Dari pasal nak kahwin tiba-tiba pasal mak ayah aku pulak. Tolong doakan aku jangan patah semangat, sebab akhir-akhir ni aku rasa nak rehat dari dunia ni selama-lamanya. Sebab aku penat dengan mak ayah aku. Dari kecil lagi aku iyakan semua apa yang mak dan ayah aku atur hidup aku.
Sekarang aku rasa dah tak boleh nak hadap sebab semua benda aku nak buat, itu tak boleh, ini tak boleh. Aku dah macam robot. Pergi kerja, balik kerja.
Hmmm… Aku tak nak bunuh diri sebab dosa aku banyak. Tapi aku rasa tu je jalan penyelesaian yang boleh puaskan hati semua orang?
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit