Hi semua, saya guna nama samaran sahaja kerana ini kira aib. Saya bukan mahu membuka aib saya tetapi saya juga ingin meminta tips dan ingin membagitahu cara agar mudah mengelak daripada benda yang haram.
Saya mula benda ni sangat awal, setakat nonton tu dari kecil, ya ni memang tak masuk akal, benda ni terjadi gara gara persekitaran.
Saya tak akan bongkar aib keluarga tetapi saya dapat benda ni dari Ibunda saya, dia menyimpan video yang tidak senonoh di hp nya dan ya saya ternampak, begitu juga dengan perkataan yang tidak baik.
Saya mula masturbate tu dari mungkin darjah 6, saya sebenarnya tak pandai tetapi kerana nafsu dan hasutan syaitan saya terbawa arus.
Saya nonton video yang tak senonoh dan memaki, setiap kali saya melakukan benda tu saya rasa bersalah yang amat dalam, dan yang paling sedih? Allah tak terima dosa dan solat saya selama 40hari.
Minggu depan dah puasa, apa lah nak buat dengan semua benda baik tu, walaupun begitu saya tetap nak ikut perintah Allah walaupun Allah tak akan terima,
Saya selalu ingin mahu nabi Muhammad SAW masuk ke mimpi saya, tapi saat teringat akan diri saya yang nonton video lucah, saya rasa langsung tak layak pun untuk menyebut nama Rasulullah, rasa mulut dan diri ni haram dan tak Layak untuk nama baginda yang suci bagi semua umat islam
Saya dah 3 minggu tak buat benda tu, tetapi iman saya tidak kuat dan saya terikut nafsu dan hasutan syaitan, saya bahkan terkadang menangis, ingin menyakiti diri kerana rasa bersalah yang amat dalam,
Saya solat pun tidak tahu betul kah tidak, solat 2 waktu sahaja, terkadang tidak ambil wudhuk, bahkan terkadang freehair
Saya ingin merubah diri saya tetapi nafsu dan hasutan syaitan terlalu kuat untuk iman saya yang sedikit ini,
In Syaa Allah, dengan atas izin Allah, saya akan cuba sehingga habis 2025 ini saya tidak akan membuat benda yang haram tetapi saya akan makin mengikut ajaran Allah SWT aamiin, saya harap yang membaca pun dapat doakan saya agar cepat ke jalan Allah SWT..
Saya ada antara cara untuk menghindar akan perkara tersebut,
1) Saya akan mengalihkan diri saya ke benda lain seperti membuat kerja rumah, menolong keluarga ataupun benda lain.
2) Saya akan langsung berzikir dan mengalihkan fikiran saya dari hal negatif.
3) Saya akan padam beberapa media sosial saya yang mengandungi benda yang tidak baik dan matikan hp saya.
4) Saat saya sudah di Google, saya akan alihkan minda dan mencari benda tentang islam.
5) Saya akan ingat dosa saya dan saya akan ingat jikalau saya lakukan benda ini keluarga saya juga akan terlibat.
6) Saya akan memikirkan jikalau saya lakukan ini Allah akan marah kepada saya dan kecewa, jika saya ingat benda ini saya akan menangis kerana ingat dosa dosa saya.
Terima kasih telah membaca, saya harap awak yang mengalami benda seperti saya dapat ber istiqomah dan kembali ke jalan Allah, untuk awak yang lain boleh lah tolong doakan saya agar menjadi hamba Allah yang lebih baik.
– Hamba Allah yang ingin bertaubat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Satu perkara yg jelas ialah: awak sedar & tahu prbuatan awk tu salah dan mengaibkan (walau pon org lain x tahu).. sbg manusia biasa, memang tidak sunyi dari melakukan dosa.., dan apabila tersedar kita patut beristighfar.., namun itu tidak cukup jika mahu benar2 bertaubat (taubat Nasuha).., dan syarat2 utk bertaubat ialah : 1) benci dgn perbuatan dosa itu, 2) mnyesal yg awk pernah melakukannya, dan 3) berazam tidak mngulangi nya lagi.. dan jika telah bertaubat, jgn sekali2 melakukannya lagi.., ibarat awak telah ‘ludah’ suatu kotoran dari dlm mulut ke tanah, takkn awk sanggup utk ‘menjilat’nya semula, tentu amat menjijikkan jika awk sanggup berbuat demikian.. lagi satu, ingatlah bhw pada ketika awak melakukannya, mngkin org lain x nampak, tapi yakinlah bhw Allah SWT sentiasa melihat setiap perbuatan awk, dan malaikat di sisi awk akn sentiasa mencatat dlm buku amalan yg akn dibentangkan di Akhirat kelak.. tapi jika awk sempat bertaubat sebelom mninggal dunia, dan Allah menerima taubat awk, insha Allah dosa tersebut dipadamkn dari buku yg dicatit oleh malaikat.. lg satu, apakata jika Allah tarik nyawa ketika melakukan dosa tersebut, dan x sempat bertaubat.. (na’uzubillahi min zalik).. oleh itu, jgn tangguhkan taubat dan sentiasa istighfar serta tidak mengulanginya lagi.. di samping itu rajin2 lah buat sunat taubat sebelum tido atau ketika bangkit di tgh mlm utk solat tahajud.. wallahu a’lam
Pernah dengar satu nasihat dari seorang penceramah.Utk hilangkan ketagihan terhadap tut…kena buang punca penyebabnya.
Of course la punca dia telefon sendiri.
So jgn langgan data unlimited yg membolehkan kau scroll video.Beli data basic aje so takleh play video
Faham?
Kedua;
Berpuasalah utk kekang nafsu.
Syahwat manusia naik bila dia kekenyangan..so berpuasa krn Allah.
Inshaallah lama lama keinginam nak buat jht tu makin pudar