Penat Muakan Suami II

Salam semua.

Boleh baca srtikel terdahulu di sini : https://iiumc.com/penat-muakan-suami/

Tak sangka luahan saya dapat banyak respon.

Terima kasih untuk doa yang baik2, terima kasih ada yang betul2 faham apa yang saya nak sampaikan, terima kasih atas cadangan2 yang boleh diterima pakai, tak lupa juga pada yang mengata saya konon saya tak memahami susah suami dan sebagainya.

Paling tak sangka, perkataan mua tu pun menjadi isu. Dia sama la macam perkataan2 yang banyak PMX sebut tapi ramai tak faham macam tatakelola, ketimbang, wewenang, waima dan sebagainya.

Pertama, saya nak minta korang faham, duit kereta dah tak perlu bayar, why not duit yang nilai sama itu disimpan seolah2 masih bayar kereta. Setuju?

Sebab selama ni saya memahami segala komitmen dia, saya tak meminta-minta. Saya bantu. Tapi bila komitmen dia dah sikit, jika tak nak ambil bantu komitmen bawah saya, simpanlah duit.

Kedua, yuran sekolah anak bukan perkara yang tiba2. Itu yuran tahunan. Tak banyak. Kalau simpan RM50 sebulan bermula Mac 2024 sampailah Januari 2025, muai lagi ada la. (Ha, pergi search maksud MUAI pulak).

Kami mampu, inshaAllah. Bagi keperluan harian dan bulanan tiada masalah. Suami pergi kerja naik motor. Tidak merokok. Tidak melepak.

Takaful/insurance anak2 dan saya sangat perlu, sebab pernah ada pengalaman tak best di GH. Tak perlu saya jelaskan. Cuma tak semua ada pengalaman yg baik di GH. (Harap fahamlah ya GH tu apa).

Ada komentar yang betul tekaannya, bila ada duit lebih, dia akan beli itu ini untuk kehendak dia. Duit dia, takkan saya nak larang, kita kasi chance juga dia merasa duit dia sendiri, tau-tau barang dah sampai. Tapi itulah, dimuakan lagi.

Kesilapan saya di sini, suami telah dimuakan bahawa saya ada untuk bantu, telah dimuakan bahawa saya ada simpanan jika sesak, telah dimuakan bahawa saya dah fikir dan bertindak mendahului dia dari semua persediaan sekolah, raya dan insurance/roadtax kereta.

Jadi, dia santai-santai kawan.

Terima kasih atas cadangan untuk minta siap2 duit pada dia. Saya akan mulakan dengan pegang RM400 yang dia allocate untuk belanja dapur sebab biasanya dia yang akan beli barang dapur secara runcit sikit2.

Oh, yang kata masalah layanan atas katil tu, dangkal betul fikiran encik ya. (Search makna dangkal).

Saya tahu saya berdosa tengking suami, tapi saya tak sengaja, saya marah dan terkejut menjadikan saya spontan menengking. Kalau baca balik ayat tengking saya, saya soal dia kenapa tak bagitau awal-awal, jadi saya boleh bantu. Cubaan untuk muakan lagi.

Saya tidak la fikir sampai nak bercerai. Maksud saya, tak terkejut jika ada yang bercerai disebabkan duit walaupun suami baik dan tidak curang. Sebab duit ini isu sensetif.

Apa-apa pun, nasihat saya kepada semua especially yang nak berkahwin, hiduplah dengan kemampuan SUAMI SAHAJA… BUKAN SUAMI + ISTERI.

Dah ada komentar bagi contoh, jika gaji suami RM2,500 dan gaji isteri RM2,500, maka hiduplah dengan kemampuan RM2,500 sahaja. Bukan RM5,000.

Terima kasih semua.

– Mei Mei (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *