Haritu aku ada cerita pasal mak mertua aku & Nakib, (https://iiumc.com/silap-memilih-lelaki/).
Entry kali ni cerita untuk seorang sahaja wanita malang sebab cerita dia panjang sikit. Aku namakan wanita malang kali ni Aunty Leha.
Masa zaman intern, aku ada berkawan dengan seorang lelaki namanya Alif. Bapa Alif cikgu. Aunty Leha mak Alif. Ayah aku pula kerja di jabatan, basically ayah aku kenal ayah Alif. Small world, kan?
Ayah aku ni bukan jenis suka judge orang, tapi dia pernah cakap ke aku yang dia tak suka aku kawan dengan Alif. Kenapa? Kerana ayahnya tak elok.
Aku cakap, “Eish, tak baik cakap orang tak elok.” Cerita tentang ni habis di situ je. First and last ayah aku warning tentang ayah Alif.
Kawan punya kawan, ada sekali aku & Alif keluar pergi mall. Tengah minum, borak-borak, tiba-tiba ada wanita dari jauh sapa Alif, “Alifff anak makkk, Alifff sayang makkk.” Aku macam, apa drama sangat ni…
Rupa-rupanya yang datang tu mak Alif, Aunty Leha. Sambil usap-usap muka Alif macam 10 tahun tak jumpa. Orangnya kurus, aku rasa pernah jadi lawa di usia mudanya.
Lepas tu aku salam, aku pergi jauh sikit biar diorang jejak kasih dan berborak. Sesudah tu ayah Alif & Aunty Leha beredar. Aku tanya Alif, “You last balik rumah bila?” Alif jawab, “Semalam.” Kitaorang diam, lepas tu tak teruskan topik tu.
Lepas beberapa hari gitu, Alif ada cerita, emaknya sakit. Pernah gila meroyan lepas beranakkan adik bongsu Alif. Dalam hati aku, “Oh, no wonder lah,” kesian juga. Tapi punca yang trigger aku tak tahu.
Alif ni slowly dia buka cerita tentang maknya. Yelah, anak mana tak sayang mak. Lagi-lagi Alif anak lelaki sulung.
Selalu juga kalau kitaorang makan ke, keluar ke, tengah kerja ke, Aunty Leha call, kadang-kadang video call. Elok lembut Alif cakap dengan mak dia, “Ye mak, nanti Alif balik yaaa. Alif sayang mak jugaa,” gitulah.
Alif cerita maknya jadi penyedih, selalu menangis tiba-tiba. Tengah makan nangis, mandi nangis, tengok TV nangis. Sambil bercakap pun boleh nangis.
Setelah beberapa lama, Alif cerita.
Ayahnya ada perangai suka berkaraoke. Dengan kawan lama, kawan sekolah, kerani sekolah, dan siapa-siapalah. Karaoke ramai-ramai lelaki perempuan. Laki orang, bini orang semua bedal. Dari zaman muda hingga sekarang. Aunty Leha makan hati. Sampai meroyan!
Mana tak tumpahnya kuah kalau ke nasi, Alif pun kantoi ada perangai macam bapak dia. Hahahah. Aku masih kawan dengan Alif tapi slowly menjauhkan diri, dan terhenti di situ. Habis lah semua cerita…
Masa berlalu.
Alif berkahwin dengan pilihan hati dia masa aku dah bertunang. Aku pun tahu dari Instagram sebab ramai kawan-kawan pergi wedding dia. Lepas tu aku pula kahwin. Semua teruskan hidup macam biasa.
Ada satu petang, kawan aku WhatsApp kata, “Ayu, Alif meninggal ke?” Ya, dia meninggal lepas tak sampai setahun kahwin.
Lepas tu aku stalk-stalk lah IG & TikTok adik-beradik Alif. Aku nampak Aunty Leha, very sick! Sangat teruk. Last aku jumpa dia 4-5 tahun sebelum, masa Alif meninggal dia dah teruk.
Aku masa tu lagi sedih tengok Aunty Leha dari Alif meninggal. Ada video aku nampak dia menangis meratap, terduduk-duduk.
Ada video aku nampak dia tepuk-tepuk tangan. Ada video aku nampak dia senyum tersimpul-simpul. Ada video adik perempuan dia nangis-nangis cakap, “Mak, abang dah tak ada,” Aunty Leha humming sambil senyum-senyum.
Aku masa taip ni pun teringat-ingat walaupun dah hampir 2 tahun berlalu. Aku terus tak stalk dah. Aku cuma doa Aunty Leha selamat dunia akhirat, adik-adik Alif dapat jaga dia dengan baik & suami dia bawa-bawalah bertaubat.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Selection bias