Ingin Punya Rumah

Tolong jangan judge aku. Mental aku tengah tak kuat. Aku buntu. Aku penat. Aku drain mental emosi. Aku tak tahu nak luah kat siapa lagi. Aku dah penat untuk hilang senyum lagi.

Ya Allah, aku tahu ini satu ujian untuk aku ke syurgaMu tapi kenapa seolah-olah aku sedang menempah nerakaMu?

Jujur aku penat untuk mati berkali-kali. Ujian aku adalah seorang emak dan sebuah keluarga.

Ketika aku menaip saat ini pun aku ingin muntah dan seinginnya hempaskan barang dan mnjerit sekuat hati di keheningan malam buta.

Aku baru pulang bercuti. Tak sampai seminggu pun lagi, aku sudah koyak lagi. Lisan ini lantas sahaja menghamburkan kata-kata amarah walaupun sudah berazam untuk menjaga lisan usai Nisfu syaaban.

Ya Allah, bantulah hambaMu keluar dari situasi ini. Hamba sudah tidak mampu lagi ditenun-tenun kesabaran, dicarik-carik emosi kemarahan. Allahu Akbar.

Rasa ingin lari rumah buat kesekian kalinya. Serabut jiwa, akal dan suasana rumah yang acap kali merosakkan suasana hati dan emosi.

Aku bukanlah OCD. Tetapi siapa yang tak mahu mendiami persekitaran rumah yang tenang, bersih dan tenteram. Astaghfirullahalazim.

Membayangkan saja sudah cukup buat jiwaku lelah dan sesak untuk bernafas.

Individu-individu yang tinggal dalam rumah ini sudah dewasa-dewasa belaka. Ya Allah aku benar-benar diuji dengan ibu sendiri. Aku diuji dengan kakak sendiri. Personaliti ‘copy paste’ dua beranak ini benar-benar membuatkan hari-hari aku stress dan memenatkan.

Aku nak taip cerita masalah pun penat sebenarnya. Aku nak termuntah. Aku dah annoying gila tahap aku tak mampu dah nak tersenyum and cakap baik-baik dengan dua insan ini.

Adik aku dah sewa di luar demi kebaikan mental dia. Aku yang nasihatkan untuk dia buat begitu. Aku tak nak mental dia koyak macam aku dulu.

Ya Allah kuatkan hati aku. Keluarkan aku dari situasi ini. Aku benar-benar dah tak kuat untuk hadap.

Aku tak kisah rumah aku kecil, tak mewah macam orang lain. Tapi bukan kotor dan berselerak. Ya. Mak aku bukan macam mak kalian. Kakak aku bukan macam kalian. Aku dah tak tahu apa erti ‘normal’.

Ya Allah, hindarkan aku daripada perbandingan rumah kami dan rumah orang lain. Emak kami dan emak orang lain.

Tapi kami dah penat untuk menguruskan, kami dah penat untuk bercakap, kami dah penat untuk melayan segala tingkahnya, sampai satu masa diduga untuk kami mengabaikannya. Benar-benar buat kami rasa anak derhaka.

Sekali lagi mohon jangan di judge. Aku tak kuat.

Aku pernah hantar beberapa confessions di sini dahulu tentang permasalahan ini, ada yang kecam, macam lah aku ni perfect sangat. Ada juga yang suruh aku pindah keluar terus dari rumah.

Aku buat. Aku pernah sewa di luar, dan aku kadang-kadang balik rumah, mental aku barai bila mak aku keep on cari alasan nak keluar beli barang, nak pergi makan kat luar dll.

Tak lama lepas tu, aku cari kerja jauh dan pindah. Dalam masa yang sama, aku harapkan responsibility aku adik-beradik yang lain boleh take over. Mental aku ok, tapi tak sampai sebulan, aku dapat khabar mak aku kena scam dekat 10K.

Kakak aku salahkan aku. Aku mengamuk kat dia, aku baru tinggalkan mak dengan dia sebulan, dah jadi macam ni. Sebelum ni langsung tak ambil port.

Aku runsing, aku beli tiket balik kampung dan selesaikan buat laporan dan urusan-urusan keluarga faraid yang tertangguh.

Ada adik beradik yang dah kahwin, tapi tak ada sorang pun turun bantu, diikat dengan suami dan tanggungjawab anak-anak kecil, ada yang belum kahwin tapi konon terpaling ada hal, tak boleh nak urus. Aku yang jauh terpaksa balik ambil cuti tanpa gaji sampai bos tarik muka.

Aku buat keputusan untuk brhenti kerja dan pantau emak dan kakak sulung aku di rumah. Dua-dua tak reti drive. Aku mengharapkan mereka boleh belajar berdikari bila aku kerja jauh. Baru aku nak rasa syukur mereka dah pandai order grab, lain pula yang jadi.

Mereka pergi exchange money untuk transfer duit ke scammer. Bukan sekali, bukan dua kali. Berulang-ulang kali.

Memang shit to the scammer sebab memain-mainkan hati mak aku yang kesunyian selepas ayah aku dah takde. Ya, mak aku kena love scam. Aku nak muntah sebenarnya bila baca mesej- mesej mak aku tulis dekat scammer shibal tu.

Aku marah mak aku sampai hilang rasa hormat aku. Lantak la nak sentap ke apa. Aku dah berbuih-buih nasihat tak jalan, cara elok tak nak dengar, cara kasar tahu pulak sentap. Pedulik apa aku dengan sentap dia.

Annoying betul tengok mak aku selfie sana sini macam orang muda, beli barang-barang kosmetik, losyen anjal sana anjal sini harga ratus-ratus. Padahal nak jalan pun pakai tongkat. Aku yang papah dia tahu tak.

Hari-hari aku doa supaya mak aku dapat hidayah. Mak aku solat, bukan tak solat eh. Siap solat hajat & istikharah lagi minta petunjuk bab jodoh ni. Dia percaya janji scammer shibal tu. Aku sedih tengok mak aku dah tua-tua jadi camni. Sedih dan menyedihkan.

Berbulan-bulan ye dia masih melayan dan percaya janji scammer tu nak kahwin dengan dia, even sampai sekarang. Berbulu je mata aku tengok kelakuan mak aku dah tua-tua ni.

Semalam dia kena demam panas teruk sampai kena papah, aku la orang yang paling caring bab-bab family sakit ni, aku yang akan ke depan dulu.

Tapi kali ni aku bertukar jadi anak derhaka yang korang tengok dalam cerekerama zaman dulu tu. Aku guna nada suara yang keras bila mak aku mintak tolong.

Sakit-sakit pun masih kirim mesej I missed U kat jantan scammer luar negara tu. Macamana mata aku tak berbulu, hati aku tak sakit tengok pe’elnya. Memang shibal issekiya mamat scammer tu.

Aku memang sumpah scammer tu, kalau dia ada mak lagi, aku doakan mak dia pun kena scam macam mak aku. Baru dia tahu betapa terseksanya mental kena macam tu. Makan duit haram lagi. Mental aku betul-betul koyak sebab scammer ni.

Sebabkan mak aku, aku menganggur balik untuk beberapa bulan ni, pantau & kawal pergerakan dia ke mana-mana. Aku jadi penat duduk rumah.

Dengan perangai masing-masing, dengan tak jaga etika kebersihan diri & tempat tinggal, dengan suka buat kerja tak teratur, main campak-campak barang, buang sampah merata-rata sampai aku meradang, lepas guna dapur tak reti kemas semula, sampah tak diikat dengan betul,

Sampai berterabur depan rumah, tinggalkn sampah dalam toilet, dalam singki dapur, atas lantai, meja makan dibiarkn tak berlap lepas makan, peti ais berterabur susunan, pembaziran makanan,

Sisa-sisa makanan yang tumpah tak dilap semula, bersemut-semut, makanan tak disimpan dengan betul, amalan sorok barang-barang asas dan peralatan dapur sehingga merumitkan proses nak mmasak.

Belum melibatkan bab-bab pakaian di ampaian and pokok² susunan menyakitkan mata depan rumah lagi. Tiap-tiap hari ye hadap benda sama. Rasa nak MUNTAH. MUNTAHHHH.

Aku dah tegur, cakap elok-elok pun dah, marah-marah pun dah, tampal sticker note untuk remind kebersihan pun dah, sampai aku menangis-nangis pun dah, masih lagi berlaku situasi yang sama berulang-ulang ulang ulang ulang kali. Mesti Jiran aku dah fed up dan stressed dgn suara-suara bising dari rumah aku tiap hari.

Minta maaf la pak cik, mak cik. Saya betul-betul drained energy & mental setiap hari.

Aku mengemas, membersihkan, menyusun atur, mengeluarkan semula peralatan-peralatan barang yang disimpan, membeli barang-barang ‘hack’ untuk mendamaikan suasana rumah.. tapi aku rasa semua usaha aku sia-sia. Sungguh sia-sia. Situasi sama akan berulang-ulang ulang ulang ulang ulang lagi dan lagi.

Dua orang kelakuan dan perangai yang sama. Mak and kakak aku. Jenis tangan suka buat kerja mudah & nak cepat. Campak-campak je bila buat kerja. Dah campak tak reti nak kemas balik.

Bila ditegur, macam-macam alasan diorang. Tapi jawapan yang paling menyakitkan hati yang aku terima adalah, “ko nampak benda tu sepah, ko kemas la. Jangan mulut je bunyi.”

Korang rasa macamana aku hadap hari-hari aku? Hahaha.

Kakak sulung aku pulak jenis lurus, pernah dapatkan bantuan psikiatri, dulu dia lahir normal, sampai la dia berhenti belajar masa sambung pengajian,

Maybe tekanan hidup buat dia jadi sakit mental, duduk rumah berbulan-bulan, tak ada kawan, tak ada pergaulan yang sihat, duduk rumah asyik kena marah dengan mak aku, sampai kelakuan dia hari-hari sangat drained kan mental & energy aku.

Aku sampai tahap kesian pun dah tak mampu dah dengan dia. Tangan dia pulak jenis gatal. Suka alih-alihkan barang-barang dan susun atur yang dah dikemas. Suka cabut langsir, suka cabut cadar, suka campak karpet kat luar rumah. Aku menyirap tau bila tengok benda-benda ni semua.

Dalam satu hari, mesti ada je satu kelakuan dia yang menyakitkan jiwa dan raga aku. Boleh nak kata, rumah kalau kemas pun takkan bertahan lama. Paling lama pun 1-2 hari.

Aku ni dah lah kalau mengemas jenis detail & susunan mesti teratur. Kalau tak teratur, aku jenis cepat serabut, cepat je nak naik angin.

Bayangkan kau penat-penat mengemas dan membersihkan dapur, susunan bawang, rempah ratus, sayur-sayuran, buah, telur, makanan , makanan lebihan kau dah susun elok-elok, besok kau bangun pagi, dapur kau berkecah dan berselerak semula macam tak pernah berkemas.

Dengan botol-botol kicap tumpah, garam, bawang semua berterabur, singki penuh sampah, pinggan mangkuk berlambak-lambak semula, percikan minyak sana sini.. eh panjang betul la kalau nak disenaraikan. Aku kalau sampai dah tahap tak lalu nak masuk dapur, aku rela tahan lapar sampai ke petang.

Tapi yang menyirapnya, mak aku kadang request nak itu nak ini, nak tak nak aku kena jugak masuk dapur, nak kena kemaskan dapur dulu dari A-Z baru boleh start mmasak.

Kau boleh bayangkan tak perasaan aku macamana? Rasa nak hempas je periuk kuali kotor yang kat dapur tu. Ni dah nak masuk bulan puasa ni, aku dah boleh bayangkan stressnya macamana nanti.

Self-esteem aku betul-betul drop klu melibatkan rumah & kebersihan ni. Kadang kawan aku datang singgah rumah pun aku dah Rasa berdebar kalau dia nak tumpang toilet. Aku betul-betul rasa loser tau tak.

Aku ni dah la jenis suka meraikan tetamu & bagi makan. Aku suka memasak. Memasak tu bagi aku terapi. Tapi dalam keadaan rumah macam ni, aku jadi berapi setiap kali nak memasak.

Doakan aku ada rezeki kerja gaji lebat & ada rezeki untuk memiliki rumah sendiri. Buat masa ni aku tengah usaha untuk cari kerja semula dengan gaji yang bermaruah. At least, boleh la aku gajikan helper nanti. Aku nak bagi keselesaan utk mak & kakak aku.

Selagi aku takde kerja gaji lebat, takde rumah lagi, aku nak cari jodoh pun aku tak ada keyakinan diri weh, sebab aku tak nak bakal suami aku masuk dalam keadaan keluarga & rumah yang macam ni.

Oh ye pasal scammer tu aku dah buat macam-macam usaha dah, termasuklah sorokkan phone dia, sorokkan ic, kad bank DLL. Aku siapkn beli fon Nokia baling anjing bagi kat mak aku. End up, dia tak pakai pun.

Dalam diam, mak aku order grab pergi buat baru kad² semua tu, & beli fon baru, siap beli extra phone lagi. Jammed aku dibuatnya. Aku kadang sampai rasa loser sebagai anak tau tak, sebab tak cukup perhatian & kasih sayang ke mak aku jadi tahap macam ni?

Mak aku nak expect apa anak-anak dia semua tengah mengharungi middle crisis age. Aku buntu la korang, kalau korang jadi aku, apa yang korang nak buat?

Tolong jangan kecam mak aku, cukuplah aku je yang kecam dia. Mak aku baik je, cuma zaman childhood dia membentuk dia jadi macam tu. Aku tak salahkan dia seratus peratus atas sikap dia, aku masih simpati cuma aku yang dah hilang sabar.

Aku penat nak luah kat Tuhan, aku luah kat korang pulak. Aku nak luah kat kawan, kawan aku pun penat dengar masalah yang sama berulang-ulang. Aku Rasa wrinkles kat dahi aku makin bertambah dah ni sebab asyik marah-marah. Bantu aku dengan kata-kata yang baik.

Sekian,

– Anak Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *