Assalamualaikum semua. Aku seorang anak yang duduk jauh dengan mak dan ayah sejak aku kahwin tujuh tahun lepas. Aku dibesarkan dengan ayah tiri aku sejak umur aku lima tahun.
Aku sakit hati dengan family aku sendiri. Aku tak tahu nak ungkap macam mana. Mungkin ayat aku berterabur.
Sejak empat tahun lepas, aku dah jarang balik ke kampung kerana ayah tiri aku selalu cari pasal dengan suami aku, a.k.a Mail.
Tiap-tiap tahun raya mesti bergaduh. Mak aku pula mesti backup suami dia la.
Tahun 2021, Jemal bergaduh dengan ayah tiri aku. Tahun 2022, gaduh dengan abang aku. Tahun 2023, gaduh dengan kakak aku. Tahun 2024, gaduh dengan ayah tiri aku lagi.
Aku tak faham family aku macam mana. Mak aku pula jenis api-apikan orang. Suka sampai-sampaikan cerita bukan-bukan. Bukan nak bagi kami berdamai, tapi lagi laga-lagakan.
Tapi bila depan Mail, baik pula mak aku ni, duduk mengata kakak aku dengan suami dia pula itu ini.
Depan side sana, mengata kami. Empat tahun menghadap benda sama. Tiap kali raya gaduh, Mail dah fed up. Aku malu dengan laki aku sendiri.
Aku jarang contact mak sejak-sejak berlaku macam ni. Dengan ayah tiri aku lagilah aku tak contact. Aku jadi benci dengan ayah tiri aku.
Mak aku pula, bila aku tak contact dia, dia pun takkan contact aku.
Bila aku call, dia cakap, “Takkanlah mak nak cari anak, anaklah cari mak. Call semua.”
Aku jadi malas tau. Aku tak tahu la perasaan aku macam mana. Berdosa ke aku ni? Aku nak kata-kata dari pembaca semua dan apa patut aku lakukan?
– Seorang anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit