Assalamualaikum. Para pembaca. Cerita ini berkait rapat dengan ttc dan suami.
Aku dan suami baru sahaja kahwin 3 tahun. 1 tahun kenal jadi singkat je perkenalan kami selama 4 tahun.
Sebelum ni aku pun kenal orang lain tapi tak ada jodoh.
Tapi dengan suami aku ni berhasil ke jinjang pelamin.
Masalah di sini kami belum dikurniakan anak. Allah menguji tapi mungkin bukan suamiku.
Dia okay tiada masalah tapi aku. Dengan tekanan dari mertua, aku rasa aku pilih untuk give up. Dah cek dan masalahnya datang dari aku.
Bukan give up on TTC tapi nak lepaskan husband aku pergi. Dia berhak dapat perempuan lain yang subur dan tiada masalah kewangan.
Suami aku mampu sebab dia gaji pun besar dan kalau cari perempuan yang tak kerja pun dia boleh sara.
Tapi bila aku cakap macam ni suami aku marah dan cakap tak nak. Dia okay walaupun tak ada anak.
Setiap kali balik kerja aku menangis sampai suami pun menangis jugak.
Salah ke ape aku buat? Patut ke aku pergi je dan tinggalkan dia. Untuk kebaikan dia je.
Kalau dia suruh aku pergi aku ikhlas akan pergi. Aku takkan salahkan dia pilih orang lain.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
klu suami awak pun ok, ertinya dia terima keadaan awak, jadi awak jgn stress sgt sbb takde anak, cuba usahakan berubat ke klinik kesuburan atau last option mungkin boleh ambik anak angkat, jgn lupa berdoa Kepada yang Memberi anak….
Suami kamu tak suka sebut hal2 berkaitan dengan cerai. Carikan dia isteri kedua atau ambil anak angkat
1. kena bersyukur dapat suami yang terima kita seadanya tanpa melihat kekurangan kita.
2. saya pun ttc sis, jumpa dengan doktor, ikut apa plan doktor, jaga pemakanan dan lifestyle, berjaya conceive dalam 10months.
3. saya harap sis tak sia2kan jodoh terbaik yang Allah dah bagi, saya faham bila stress kita akan bertindak luar fikiran, tapi kena bertenang dan berserah, insyaAllah suami sis akan jadi suami terbaik dan ayah terbaik untuk sis dan anak2. sanggup ke lepaskan lelaki sebaik dia untuk perempuan lain? sis pasti boleh jumpa orang yang lebih baik dari suami? atau pasti boleh bahagia pilih hidup bersendirian?
4. tiada apa pun yang mustahil sis. suami berkemampuan dan baik hati tu satu rezeki yang sangat besar yang dinantikan isteri2 lain.
rezeki sis dapat suami macamtu, cuma perlu usaha untuk dapatkan zuriat. hidup didunia bukan tentang nikmat semata, tapi ada juga ujian yang menguji untuk mendekatkan diri kita kepadaNya.
5. jaga jarak dengan orang2 yang down kan mental sis, fokus untuk sihat dan hidup bahagia dengan suami yang mencintai sis seadanya.