Apa Khabar Anak Muridku?

Di tahun kelima aku menjadi pendidik, banyak cerita yang aku simpan. Banyak pengajaran dan jalan hidup yang aku saksikan. Banyak aku belajar darı anak muridku.

Setiap tahun ada saja cerita yang akan membuatkan aku emosi. Kerana setakat ini saja aku mampu tolong. Izinkan aku share satu cerita.

Aku ada seorang pelajar. Aku panggil A je la. Selalu tak datang sekolah. Agak kecil tubuhnya daripada rakan rakan yang lain. Bila datang, seluar koyak, baju koyak. Kasut lusuh sangat, buku tak bawa.

Mula-mula aku selalu membebel suruh bawa buku. Bagi aku, hidup kau macam mana pun. Pelajaran ni la akan ubah hidup kau. Jadi dalam kelas aku, jangan malas.

Sampai satu hari aku terungkap ayat “kalau tak pandai buat, minta la tolong mak.”

A cakap “tak baik la teacher cakap macam ni, mak saya dah tak ada.” Aku tersentak, tapi nak cover aku cakap la “takpe, teacher boleh tolong.”

Lepas tu terus aku jumpa guru kelas dia. Tanya pasal A. A anak nelayan. Arwah mak dia cleaner. Ayah dah meninggal, yang nelayan ni ayah tiri.

Mak dia baru meninggal tahun lepas, accident. Jadi yatim piatu. Tinggal la dia dengan ayah tiri. Sebab tu selalu tak datang, ayah pergi laut, dia memang tak ada orang hantar ke sekolah.

Aku terdiam. Hebatnya ujianmu anak. Sejak tu aku tak tanya lagi pasal keluarga tapi aku still push pasal belajar. Mereka budak, belum faham. Kıta orang dewasa ni je nampak bagaimana pendidikan boleh ubah nasib keluarga. Aku still nak dia usaha, focus belajar.

A ni tak berapa boleh belajar. Selalu tertinggal. Kawan sekelas dia ramai yang bijak.

Mula mula aku tengok je, nak observe dulu. Mereka macam pulaukan dia. Dia pun tak kalah. Dia akan melawan. Tapi aku nampak, dia nak backup diri dia je.

Mungkin darı jauh, nampak dia yang problematic. Sebab dia je yang bising. Yang lain membuli dalam diam. Yang lain sepakat. Aku tunggu masa yang sesuai je. Untuk aku tegur satu kelas ni.

Sampai lah satu hari, kawan kawan cakap dia busuk. Bau hapak. Dia melawan macam biasa tapi dia tunduk. Tak angkat kepala. Okay I had enough. Aku tunggu lagi, taknak cakap depan dia. Esoknya, dia tak datang. Satu kelas aku ceramah.

Aku cakap, korang ni ada mak ayah. Dia mak ayah tak ada. Bangun tidur tak ada orang kejut. Basuh baju tak sempat belajar lagi mcm mana. Makan, tidur. Dia urus sendiri. Dia jaga adik dia. Korang cakap dia bau hapak?

Teacher nampak dia sangat berdikari. Apalah sangat bau hapak tu dengan susah hidup dia. Korang sedih, ada mak ayah pujuk. Dia sedih, sapa nak pujuk, sapa nak peluk dia? Sapa nak teman dia? Dia sunyi, sorang sorang dalam dunia ni. Korang boleh hidup ke sorang sorang?

Minta maaf, jangan buli orang. Letak diri awak dekat tempat dia. Kalau tak tahan bau hapak, apa kata ajar dia mcm mana. Jgn buli. Jangan jadi sebab orang give up dengan hidup mereka.

Satu kelas diam. Ada yang nak nangis. Budak, tak fikir panjang. Bila ada orang tegur, baru sedar. Aku pun nak nangis masa cakap. Berkali kali tarik nafas. Hebatnya ujian Allah bagi, untuk susuk tubuh anak kecil ini.

Beberapa hari lepas tu, aku ada bagi baju dan kasut baru. Dari sekolah, aku cuma serahkan. Aku cakap, pakai baju ni esok. Dia cakap kalau saya jual boleh? I said no, ni untuk awak.

Dia cakap, saya tak biasa pakai baju baru. Selalu baju saya semua lama dah. Dah lama saya tak ada baju baru. Saya malu. Aku sedih lagi. Aku paksa jugak dia pakai. Dia berhak untuk rasa bagus dengan diri dia.

Dia cakap terima kasih tapi lansung tak pandang aku. Dia tahu aku marah kawan kawan dia. Dia minta maaf selalu tak bawa buku.

I know people like him, disebalik perangai rebel mereka, mereka sebenarnya insecure, malu. Tak confident. Sempat aku pesan, belajar rajin rajin. Be someone. I want to meet you in the future and feel proud being your teacher.

Itulah hari terakhir kami jumpa. Esoknya dia dah tak datang sekolah. Dia dah dibawah jagaan JKM. Terus pergi begitu. Tak sempat ku titipkan pesanan. Sedih juga. Setakat ini saja pertolongan aku untuk dia. Tidak sampai ke titik penamat.

Apa khabar anak muridku? Teacher harap awak kuat. Teacher harap awak terus usaha dan percaya dengan diri awak. Jangan pernah putus asa, belajar. Kejarlah ilmu.

Semoga satu hari, awak la orang yang mengubah nasib keluarga awak. Jangan kau jatuh sebelum bermula. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah selalu.

– Teacher S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupanmu. Cikgu adalah ‘keluarga’ yang tidak kelihatan. Didoakan juga anak itu menjadi anak yang kuat menghadapi dunia. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *