Hi, nama aku Kumbang (perempuan, 31 tahun) sudah berkahwin & mempunyai anak.
Hari ni aku nak tanya pendapat pembaca, tapi aku berharap sangat korang boleh memberi pendapat dengan berhemah.
Aku tak nak tulis panjang-panjang.
Ceritanya begini, aku nak ke luar negara sejak beberapa tahun lepas untuk membina hidup aku di luar untuk mencari ketenangan yang dah lama aku impikan.
Sudah hampir 10 tahun aku mengimpikan untuk hidup di luar negara & ada juga beberapa faktor yang membuatkan aku nekad untuk keluar negara.
Tetapi di sebabkan beberapa halangan aku tidak dapat meneruskan impian aku.
Kini anak aku pun sudah sedikit membesar, jadi lebih mudah kalau aku mahu berpindah bersama keluarga.
Baru-baru ni aku ada berbincang dengan FIL berkaitan ini tetapi dia menentang impian aku atas faktor,
Dia merasakan anak dia (suami) boleh menjadi kaya kalau duduk di Malaysia, manakala aku pula mahukan hidup yang sederhana tapi tenang.
Mungkin dengan pilihan aku, kami tak kan jadi kaya raya. Tapi mungkin aku boleh mencapai kebahagian aku.
Pandangan aku & mertua sangat la berbeza.
Tetapi bukan isu pandangan sahaja, aku merasakan dia juga merendahkan impian aku dengan berpendapat “kalau bahagia sahaja tapi tidak kaya itu bodoh”.
Aku faham kenapa dia berfikiran sedemikian, mungkin sebab masa kecil dia hidup susah jadi bila dah besar dia mahu jadi kaya dan dia memang kaya.
Manakala aku pula, parent aku divorce masa aku kecil, jadi aku memilih mencari ketenangan berbanding wang ringgit.
Jangan salah faham, aku tidak lah mahu hidup susah payah. Cuma sederhana itu cukup untuk aku buat masa ini.
Apa pandangan korang, adakah pilihan aku bodoh? Untuk meninggalkan kekayaan?
Aku perlukan pendangan yang berhemah & aku juga harap kita semua boleh jaga tutur kata kita semua.
Terima kasih semua.
– Kumbang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sy tak begitu arif tapi sy lebih memilih utk stay di negara sendiri – if I were you.
1) ketenangan bukan berasaskan bumi mana yg kaki kita pijak. Tapi ketenangan ni dlm hati.
2) sy anggap fmly in-law mcm fmly sndri. Kata² FIL sy ambik sbg nasihat seorg ayah kandung pada anaknya. He might sound harsh but the words are well said.
3) husb u inherit some wealth, i guess? As such, jalan u / your husb utk sambung legacy jd kaya tu dah jd mudah.
4) yes, duit tak jamin kebahagiaan and please note that life perlu duit. Bersederhana buat masa ini is good but not fair utk kita perjudikan hidup anak² demi kepuasan hidup kita semata². Sooner, they grow up and we need more $ to ensure they are getting the best. Not to pamper but this is about the responsibility as a parent.
5) Islam sendiri anjurkan umatnya utk jd kaya sbb org Islam yg beriman akan membantu ekonomi saudara seagama yg lain.
6) sy sejenis tenang bila org² keliling sy happy. X perlu jauh².
7) sejauh mana pun kita pergi, last² hati tertinggal kat negara sendiri. X tenang jgk mcm tu kan? Hihi..
Foot note : sy jgk anak dari keluarga yg berantakan. Sy faham mungkin awak nk lupakan sesuatu dgn cara pindah. But, i believe, that is not the best option.
Kalau i jadi u…i akan cuba bg diri sendiri peluang utk merantau ke tempat lain.
Sebenarnya suasana baru itu boleh menjadi titik tolak merubah suasana minda dan emosi.(i’ve been there so i tahu)
Nabi juga sarankan umatnya berhijrah utk menuju kejayaan.
Cuba la berhijrah dan rasai sendiri pengalaman hidup.Bila dah rasa cukup kembalilah ke tanah air.Tak salah pun.
Kita hidup adalah utk tenang.Jiwa kita juga kena tenang ketika dijemput mati oleh Tuhan.Org umur dah 30an ni lebih kpd nak ketenangan je…
Hi, based on what I read, its not wrong to dream of something big once in a while.. but your father-in-law seems to have these outlook in life because i think he felt money brings him security rather than liking to be rich. Your values are different than his. Maybe you should ask your husband instead for his opinion and inform yourself about crisis beyond the pros of living outside. If both of you are willing, that matters the most.
Pandangan saya, carilah titik persamaan dalam impian kumbang dan suami, bukan mertua. Setelah capai keputusan, mohon doa permudahkan urusan suami untuk pujuk ibunya jika keputusan berpihak kepada kumbang atau kumbang harus berlapang dada jika sebaliknya. Semoga kumbang dapat buat yang terbaik tanpa buat suami dalam keadaan serba salah kerana selain dia suami dan ayah kepada kumbang dan anak, dia juga seorang anak kepada ayah ibunya. Pilihan terbaik ialah pilihan suami yang saya percaya kumbang sudah pilih suami yang paling terbaik di antara yang terbaik.