Assalamualaikum anak-anak. Makcik berumur 55, makcik selalu baca luahan anak-anak muda, banyak peelnya. Samalah macam anak makcik sendiri.
Makcik ada 5 orang anak, Alhamdulillah semua sihat, bagus dalam pendidikan. Cuma makcik nak cerita sikit pasal anak makcik yang seorang ini.
Nama dia Ayu, sesuai dengan orangnya—lembut, sedap mata memandang. Satu-satunya bunga dan penghibur dalam keluarga kecil kami. Sekarang tengah sambung pendidikan di negeri bandar. Pertama kali rasanya jauh dengan anak manja kami.
Dulu Ayu ni baik budaknya, apa yang makcik dan pakcik cakap ikut saja. Selalu banyak cerita dia, penghibur kami kan. Tapi sekarang mungkin terpengaruh dengan persekitaran di bandar, makcik nampak Ayu perlahan-lahan dah berubah.
Setiap kali balik, telefon yang melekat di tangan. Nak bercerita pun acuh tak acuh. Ayu dah pandai menaikkan suaranya sikit sekiranya apa yang dia minta itu kami tak benarkan.
Biasalah anak muda, hendak keluar sehingga lewat malam… Memang berat ayahnya nak benarkan. Makcik kenal sangat kawan-kawannya di sini sebab Ayu selalu cerita.
Satu hari, Ayu keluar balik lewat malam, katanya makan dengan kawan lama. Dia janji untuk balik awal, tapi alasan jalan jam yang diberikan. Bila ditanya keluar dengan siapa, makcik nampak Ayu seperti mengelak, seperti tak mahu sebut siapa nama kawannya.
Bila diasak, jawapannya, “Umi bukannya kenal siapa.” Makcik perasan, firasat seorang ibu kan… Makcik biarkan dulu, tak bagitahu pakcik, sebab makcik tahu pakcik garang.
Kali kedua Ayu keluar, lagi sekali balik malam, cumanya lebih awal sedikit. Tapi bagi kami orang tua ni… lewat. Kali ni pakcik sendiri yang tanya, “Ayu keluar dengan siapa sebenarnya? Pergi mana?”
Makcik nampak Ayu seperti risau dan takut, tapi jawapan yang sama diberikan, “Keluar dengan kawan sekolah lama.” Pakcik bertegas untuk tak benarkan Ayu keluar malam lagi.
Mula dari tu, Ayu bukan seorang anak makcik yang manja lagi. Ayu banyak duduk dalam bilik, melekat dengan semua gajetnya.
Makcik kerja, balik kerja teringin juga nak dengar celoteh anak untuk hilangkan stres, tapi semua tu dah hilang. Jika ditanya, sepatah saja yang dijawab. Makcik rindu.
Biasanya dia paling teruja untuk bagitahu kami bila dia akan balik cuti sem. Beria-ria dia ingatkan kami dan abangnya untuk tidak lupa jemputnya dari tempat bas.
Namun sekarang, dia lebih suka balik mengejut, bilangnya kawannya yang hantarkan dari tempat bas ke rumah.
Sekarang Ayu di tempat belajarnya… Umi kemas bilik Ayu, Umi nampak satu kertas luahan Ayu. Umi ingat lagi salah satu ayatnya:
“Aku dah jauh, kalau parents aku tahu apa aku buat, apa reaction diaorang?”
Nak… apa yang kamu buat kat luar sana? Kurang apa lagi didikan yang kami beri? Salah kami ke?
Umi sentiasa doakan anak Umi selamat kat luar sana. Kalau Ayu ada benda nak kongsi, Umi dengar, nak… Umi rindu celoteh kamu lagi…
– Makcik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Antara perkara yang sy takut berlaku pd anak2 sy ialah perubahan drastik sikap anak2 ini. Allah.. berat rasanya hati bila tgk anak yg ditatang berubah sekelip mata.. Makcik jgn putus harapan ya, teruskan berdoa utk Ayu, doakan segala kebaikkan utk Ayu, doa agar Allah lembutkan hati Ayu utk kembali ke keluarga spt dahulu.. saya pun ada anak remaja & sy faham perasaan makcik.. Semoga Ayu sentiasa dilindungi olehNya, dri segala bahaya & pengaruh -ve diluar sana.. Allahumma amin..
hrp ayu jaga diri baik2..fhm sgt perasaan makcik…mnta d jauhkan la dr pkara yg bkn2…
Sayunya hati baca kisah ni. Semoga Makcik sentiasa dipermudahkan urusan. Makcik teruskan berdoa ya untuk Ayu. Semoga Allah lembutkan hati Ayu dan menjadi anak yang solehah, tenang, sejuk mata memandang dan menceriakan hati ibubapanya.
Masalah anak2 skrang Kak, memang camtu, ibubapa pun memang susah nk kawal klu di luar, lebih2 lagi klu depa belajar luar dari daerah tempat tinggal, Kak bnykkan berdoa, biar Allah yang jaga anak2 kita, mohon Allah kurnianya taufik dan hidayah buat Ayu dan semua anak2 kita, anak2 ni tk faham, kita sayang kat depa
Memang ank2 kdg2 menjadi ‘dugaan’ kpd ibubapa.. semasa mereka di luar rumah, apatah lg bila berjauhan, ibubapa x dpt mengawal semua kegiatan mrk.. mereka kdg2 lebih percaya dgn rakan2 sebaya dan lbh senang meluangkn masa dgn gajet, berbanding bersembang dgn ibubapa atau adik beradik.. suasana ‘mesra’ dlm kluarga spt tiada lg, dan jika ditegur akn ‘melenting’ atau merajuk x kluar2 dr bilik berhari2.. sabarla para ibubapa.., zaman skrg ank2 bkn spt dulu lg, ibubapa yg bnyak ‘memendam rasa’ dan terguris hati dgn perbuatan & percakapan mrk.. didikan agama & nasihat telah diberi, tp itu semua bkn ‘jaminan’ bila mrk tiada di dpn mata kita.. paling akhir, serahkan segala urusan kpd Allah SWT.. Dia yg mngawal hati semua insan.. pohon mrk dijauhkan dari segala bahaya dan perkara2 yg tidak diingini, di samping itu ingatkan mrk yg Allah sentiasa memerhatikn dan malaikat sentiasa mencatat apa yg mereke lakukan, kalau bole rapat dgn mrk & cuba ‘korek’ apa yg mrk cuba ‘sorokkan’ supaya mrk tidak pergi lebih jauh dan merosakkan diri sendiri.. wallahu a’lam