Salah Ke Jadi Yang Ke-2?

Salam semua. Aku berkenalan dengan seseorang ni (aku namakan B) di aplikasi dating. Dah kenal beberapa bulan baru aku tahu rupanya status suami orang.

Aku kecewa sebab perkenalan dah 6 bulan. Memang dah jatuh sayang suka.

B minta maaf. Dia mengaku dia banyak mainkan perempuan dalam aplikasi tu, dia memang mencari yang mudah2 tapi tak cheap katanya. Tapi dengan aku B cakap lain.

Aku pun jadilah FBI. Isteri dia baik. Aku boleh cakap beragama berpendidikan, perfect lah.

Jauh disudut hati aku. Hmm apalah yang kurang pada isteri. Dan kenapa orang seelok B dan isteri dia pun pakej elok sanggup mendua mentiga mengkan berapa aku tak tahu.

Aku dengan B sama baya. Dan isteri B muda beberapa tahun. Aku dengan B kerja sama bidang jadi banyak benda kitaorang selalu bincang dan kongsi pendapat.

Cuma, lately B cakap dia nak menikah dengan aku (lepas kami kenal 2 tahun).

B memang mempersonakan. Aku yakin dia mampu sebab jawatan dia pikul dan ada freelance lagi. Lagi sejak B bersama aku, dia dah tak guna aplikasi dating.

Aku boleh sahkan sebab sepanjang masa dia akan call aku bila dia free. Dan aku dapat kebenaran cek telefon. B memang tak pernah hilang dari radar. Kadang2 aku pun tak tahu bila dia jumpa isteri dia.

B tak pernah buruk kan pasal isteri dia. Dan aku tak berminat nak tanya. Umur aku pun dah menjangkau 36, dan jujur aku kata ex-ex aku yang sebelum ni tak pernah seelok B. Segi iq,eq semua langkap.

Aku takut nak jadi kedua sebab memang adat kedua akan dibenci. Tapi, kalau aku tiada aku yakin B masih bermain lagi dating apps tu. Dia masih akan mendua mentiga kan isteri dia.

Jadi apa pendapat korang semua? Bagaimana nak diurus kan lelaki jenis B.

Dan aku taknak dengar pendapat nanti aku akan dapat layanan sama macam isteri B, dimana aku yakin dia takkan buat macam tu kat aku.

Tolong.. Aku dah berumur dan masih berseorang. B pula baru ada seorang anak. Tapi aku ikhlas kalu jadi kedua pun.

– Penyondol ke? (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

20 Comments

  1. You are in denial. Delulu. I’ve been in your shoes. Sama la. Apps dating, laki org, isteri takde cacat cela, pastu ayat manis (kata aku diff from others), tak pernah hilang dr radar, EXACTLY THE SAME! Eh, last² dia pegi kat wife dia semula. Weh..lelaki ni kan, dia beriye memancing time blm komfem kau milik dia je. Once kau dh jd milik dia, terpontang panting la kau jap lg. Nak² pulak kau tu (kalau jd nnt) bini no dua kan. Eh. Kalau dia betul gentleman, dia dh bgtau la bini dia yg dia nk kawen lg 1. Lagi tepat kalau bini dia sendiri yg meminang kau utk dijadikan madu. Mmg la, aku paham je umur² dekat² 40 takde pasangan ni, mmg menggelabah sikit. Tp be a woman with class la. Aging like a red wine. So what kalau x kawen? Jgn la sbb ngko risau belum menikah, laki org pun kau sebat. Aduu..think straight la sisturrrr.

  2. Cuba sis pergi bersemuka dengan isterinya, tnpa si B ketahui. Selidik habis2.. then you will know the answer either to proceed or not. Perempuan yang malang ialah perempuan yg salah pilih suami. Jangan rasa terdesak sangat utk berkahwin. Doa banyak2 pd Allah, andai ini jalan jodoh sis, mohon Allah permudahkanlah, tapi sekiranya berliku2, jauhkanlah. Biasanya apabila Allah dah tetapkan sesuatu itu, jalannya amatlah mudah. Berkahwin ini banyak ujiannya, percayalah, ive been married for 17yrs, ujian dtg & pergi pelbagai bentuk, ujian anak, ujian suami, ujian keluarga… Hanya Allah shj tmpt mengadu. Fikir masak2 segala keputusan & akibat dari suatu tindakkan.. Semoga urusan sis dipermudahkan.

  3. Tolong, jgn trjebak mcm dlm drama yg baru je abis tu, Curang Tanpa Niat tu. Nmpak x, apa yg seorg isteri rasa bila dicurangi suami yg dia kahwini. Suami yg dia peluk setiap mlm, ada affair dgn ppuan lain. Yg dia serahkn jiwa raga, berkorban segala, hatta mlahirkn zuriat yg comel, dicurangi mcm tu je. Please, left him. Please, run away as far as u can. Jgn jadi perosak rumahtangga org. Blm terlambat untuk gerak keluar dr drama awak cipta sendiri. Pedulikn apa jd klau awak tinggalkn dia. Samada dia nk teruskn dgn layan Dating Apps ke , xlayan dh ke. Jgn peduli. Mohon doa pd Allah, temukn awak dgn llaki yg masih bujang, mnanti kehadiran awak sejak sekian lama. Mohon masa sahur nt, & masa nk tunggu brbuka. Mmg mustajab. Tp pastikn tiada lg letak hati pd suami org.

  4. x de llki lain ke…x jd lg mmg smua manis…tgk ko da ddk serumah baru ko tau mcmne…kang bila org ckp ko penyondol ko marah.!

  5. Modus operandi lelaki hidung belang.
    Burukkan wife cari kesalahan wife dpn wanita baru.Sebab nak buat wanita tu bertambah ghairah kejar dia..ramai dah koala jmpa spesis lelaki cmni..

    Actually si wife tu ok je tp iya la dah sikap lelaki jahat mmg cmtu.

    Kalau kamu khwin dgn dia..kamu akan di manipulasi dan kamu bakal jd next mangsa.Dia akan buat kamu sama cm wife no 1 juga

    Jgn sebab umo dah 36 kamu terdesak.Jgn jatuh dlm jerat lelaki yg salah.
    Buat solat istikarah mtk petunjuk.

  6. Manusia ni ada sifat yang bila dah ‘bosan’ dengan sesuatu, dia akan mencari benda baru. Bila dah dapat benda baru, tak semestinya dia akan buang yang lama. Ada yang simpan dan jaga baik-baik yang lama, cuma dia memang jenis yang akan cari baru bila datang perasaan tu. Macam jenis collector lah. Bila dah dapat baru, enjoy. Bila dah lama sikit perasaan tu boleh detang lagi dan akan mula mencari lagi. Yang lama akan disimpan. Cuma rajin tak rajin je nak ‘kemas’ kan ‘polish’ kan yang lama-lama tu..

    Saya rasa konsep ni macam boleh terpakai juga untuk relationship. Bukannya yang lama tu tak baik untuk dia, dia masih sayang yang lama cuma dia ada perasaan yang kuat nak merasa pengalaman baru.. Dan untuk dapatkannya kenalah usaha sampai dapat. (lagi-lagi kalau lelaki sebab boleh poligami. Tambah pula dia yakin dia mampu support semua. Mana-mana manusia pun kalau dia tahu dia mampu dan perasaan tu pun memang kuat, 90% memang akan ‘beli’ .)

    Saya setuju dengan cadangan yang minta sis jumpa dengan isteri B. Selidiklah dari situ..

  7. Jangan jadi bodoh! Dah tahu laki orang, lari cepat-cepat. Jangan sesekali terjebak, nanti kau pasti akan menyesal.. Sanggup ke musnahkan kebahagiaan perempuan lain dengan cara macam ni? Tak berbaloi langsung!! Pasal dia akan terjebak balik ke dating apss ke apa, biarkanlah. Tak payah pedulikan. Kau terdesak macam mana pun, jangan sondol laki orang. Banyak buruk dari baiknya. Percayalah

  8. Sampai akak pun boleh confirm dia tak main aplikasi dating sebab sepanjang masa dia akan call akak bila dia FREE??? Banyak betul masa akak dan dia ya, mintak 5jam sorang bagi saya boleh? Hihihi. Luahan akak ni untuk tanya pendapat kan? Jadi kalau ikutkan pendapat bapak saya, memang dia akan reject lelaki type macam ni untuk anak-anak dara dia. Kenapa? Bukan sebab suami orang, tetapi tiada ciri-ciri dan sifat yang perlu ada pada pemimpin Islam ada dalam diri, gaya dan tindakan B untuk membimbing isteri, anak yang sedia ada dan akak. Saya kurang rajin nak menaip sebab saya pun tak berkelapangan. Apa pun keputusan, akak rujuklah dengan family ya. Jika tiada, rujuk dengan orang-orang tua yang berilmu dan beramal soleh sekitar akak. InShaaAllah mereka boleh bantu selain berkebolehan dalam bacaan gerak-geri, air muka, bahasa badan dan percakapan seseorang. Dan ingat, jangan berdiri di atas keputusan akak sorang, sebab akak sekarang dikaburi dengan cinta kepada manusia.

  9. umur dah jangkau 36 perlu kahwin ke dgn laki org? better bujang sampai ke tua la dari musnahkan rumahtangga orang lain. biar la dia nak main dating apps ke apa ke, yg u nak jadi penyondol kenapa? jangan hancurkn wanita lain untuk u ada “suami”. angkat sikit maruah diri tu. dah tua kan? rasanya boleh berfikir kot

  10. Andartu desperate.. Hahha gi la kawin dgn si b..lagi beberapa tahun mai borak sini pulak.. Tengok bahagia ke x.. Kenal pon kat dating apps pastu rasa diri special.. Pasal senang kena tipu la dia nak kawin dgn ko.. Dah tua pon bodoh

    • Patutnya masa 6bulan tu terus putus. Ni pi sambung sampai 2tahun pulak.

  11. tak salah jadi bini no 2 kalau bini 1st ok..siasat la betul2 better jumpa bini laki tu dulu boleh ke laki tu adil kalau beristeri duaaa

  12. Haii tt. Kau sembang lebat sgt sanggup jd no 2, pergi la confront sendiri isteri B tu. Mintak izin dia nak jd madu. Ni baru gentle.

    Bukan nya sondol laki org mcm ni. Lepas tu cerita nak acah2 suci. Meluat la. Kalau rasa apa yg kau buat tu betul pergi jumpa isteri B tu. Bagitau benda sebenar. Sebab kau rasa kau tak buat salahkan? Pengecut je baling batu dari belakang 🙄

  13. Patutnya dari awal kau blah bila tau dia suami orang. Sepanjang 2 tahun tu tak terfikir ke perasaan isteri dia? 2 tahun kau jadi kekasih gelap suami orang. Si lelaki tu pun dah dapat isteri perfect macam tu pun dia boleh menggatal main dating app. Apa yang kau yakin sangat kalau kau kawin dengan dia, dia takkan curang dengan kau? Once a cheater always a cheater. Kau ni delulu sangat ni. Jangan hancurkan rumahtangga orang semata-mata nak dirikan rumah tangga kau. Untuk soalan kau ‘Penyondol ke?’ YES KAU PENYONDOL

  14. Kalau sis yakin dia tak buat sis macam dia buat isteri sis, itu lah jugak yang isteri dia fikir awal2.

  15. yakinnya kamu takkan jadi macam isteri dia. entah2 tu semua wayang dia semata..benda belum dapat, haruslah extra effort.
    ada baiknya kau pergi bersemuka dengan wife dia tu. dia perlu tahu sejauh mana hubungan laki dia dengan kau. kalau kaulah di tempat dia, laki kawin senyap2, tup2 ada bini lain, kau suka?

  16. Klaw dah penah guna aplikasi sosial n mainkan bnyak pompuan, org mcm tu ke yg ko nk buat laki n bule gerenti x buat ‘kerja lama’ dia tu, n ko yakin ke dia bule ke nk handle 2 bini n bnyak gf dlm apps tu, x pyah cari pasal la.. ramai yg ckp laman sosial or ‘cari jofoh’ ni mngarut je, sbb ramai yg dah kawen amk kesempatan kpd gadis2 yg konon2 nk dpt suami yg ‘baik’ melalui apps sedemikian, mngkin ada la 1 dlm sejuta yg bernasib baik mcm yg diorang impikan tu kot.. get real, di luar sana masih ada lelaki yg berkualiti dan ingin menjadi suami yg baik, dpd yg mnyamar mcm bujang, dan mainkn prasaan org, baru nk mngaku dah ada isteri.. buang mse je dik.. tinggalkan lah..

  17. hahaha ..lucu pon ada..jgn la cari masalah kalau betul2 hidup skrang xde masalah..dlm islam kena tau jgk apa itu Kifarah..mgkin x kena dekat diri sndiri tp jaga2, kifarah itu dtg.. kt office sy ni rmai je pompuan single..nk umur 20an?30an?40an?50an pon ada..jgn desperate ok sbb sebelum khwin ni,mmg kentut pon wangi ye..

  18. Pengalaman kenal lelaki2 dlm dating apps memang red flag sgt.

    Kalau ada pun yg betul2 elok cuma 1%…1 dlm sejuta.

    Kalau dah lelaki ni kaki main dating apps..means dia x jujur dari awal dgn perkahwinan dia…

    Situ pun dah boleh nampak sis…
    Lps tu awk percaya bulat2 yg dia nk kwen dgn awk?Hahaha..entah2 dgn semua wanita dlm apps dia ulang benda sama.Jgn jd mangsa sis.

    Lelaki yg elok…yg bergelar suami org dia takkan main dating apps yg nyata blh merosak iman dan akhlak dia…dari apps inilah terjadi curang..zina..dosa..maksiat..keburukan..org putih mmg sengaja cipta dating apps utk merosak akhlak manusia dari akar dahan batang daun…

    Dengarlah nasihat saya…

  19. Jika dia benar2 serius ingin memperisterikan kamu, why not. Ianya dihalalkan dalam agama dan ianya juga dapat membantu wanita. Minta dia berterus terang dengan isterinya yang pertama dan kahwin secara sah setelah mendapat kelulusan Mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *