Aku seorang isteri. 10 tahun berumah tangga. Aku nak pendapat orang lain, adakah apa yang aku buat ni tindakan yang selfish? Sebab aku ada rasa bersalah pada anak-anak & suami.
The story start…
Aku berkahwin pada 2014. Bunting pelamin. Selepas berkahwin, aku berpindah ke kampung suami. Tinggalkan kerjaya.
Sebelum ni berkahwin, aku seorang guru di international school. Aku fikir takpe, aku boleh apply dekat sekolah berdekatan dengan tempat tinggal baru.
Tapi memandangkan morning sickness yang teruk, setiap 2 minggu aku demam panas, aku tak dapat nak komited pada kerja baru dan akhirnya menganggur sampai anak aku lahir pada 2015.
Suami aku, masa aku mula-mula kahwin, memang aku tahu dia kerja project-based job. Maksudnya, bekerja sendiri—kalau ada projek, ada income.
Masa mula-mula kahwin, aku duduk di rumah parents suami. Di rumah tu, aku berkongsi dengan abang-abang suami. Selama hampir 3 tahun aku duduk di rumah tu.
Pada tahun 2016, aku mula berniaga. Alhamdulillah, perniagaan membuahkan hasil dan pada tahun 2017, aku melahirkan anak ke-2. Masa ni, perniagaan aku sebulan net profit sekitar 18k ke 20k. Aku nekad keluar dari rumah yang aku berkongsi dengan adik-beradik suami.
Menyewa di flat yang cukup untuk kami 4 beranak. Deposit rumah aku yang bayar, utiliti, sewa, barang dapur—dari A to Z.
Nafkah? Duit belanja? Aku tak pernah merasa dari awal berkahwin sehingga sekarang. Tapi aku tak kisah masa tu. Aku langsung tak ada rasa sakit hati sebab aku tahu keadaan suami aku macam mana.
Tapi aku manusia biasa. Bila aku tengok suami bersenang-lenang—maksudnya tak ada langsung tolong kerja rumah, hal anak-anak 100% atas aku. Dari tukar lampin, susu, potty train, belajar, makan minum, masa riadah anak-anak—semua atas bahu aku. Timbul rasa sakit hati.
Aku mula bekerja seawal 6 pagi sambil bawa anak-anak ke tempat kerja & balik rumah pukul 4 petang. Balik aku masak untuk makan malam. Preparation untuk kerja esok.
Suami aku? Masih belum bangun tidur. Sebab dia tidur lepas solat Subuh, selepas habis main Mobile Legends. Balik, aku kejut sebab aku tahu Zohor mesti belum solat.
Jadi aku pastikan sebelum pukul 4 aku mesti dekat rumah. Kejut solat Zohor, tunggu Asar, dan dia sambung tidur balik. Sampai la Maghrib dah nak habis baru bangun solat. Lepas tu, dia tak tidur sampai la ke Subuh esoknya.
Kerja? Aku tak tahu.
Rutin ni berlanjutan sehingga tahun ke-8 kami berkahwin. Dalam masa ni, aku dapat tahu, projeknya ada dapat untung 10k untuk 6 bulan, tapi aku dan anak-anak tak merasa langsung hasil tu. Masa tu, aku perasan suami aku hari-hari ada keluar malam ke KL.
Nak dijadikan cerita, kenapa aku ambil keputusan untuk stop bisnes aku. Aku close segera sebab aku terjumpa chat dekat Telegram suami aku—nombor telefon untuk melanggan janda-janda montok.
Aku tak pasti laki aku ada terlibat atau tak. Cuma chat tu tengah active, maksudnya on screen. Tapi ada link porn, live cam & BJ service.
Masa ni, hati aku rasa sakit dan flashback segala penat lelah aku keluar masuk bekerja nak besarkan anak-anak. Jadi aku nekad untuk stop bisnes & bagi tanggungjawab cari duit ni pada suami.
Tahun ni tahun ke-2 aku jadi biawak hidup. Tapi yang buat aku rasa aku selfish bila anak-anak cakap, “Dulu kenapa kita rajin jalan-jalan duduk hotel, sekarang dah lama tak jalan-jalan?” Nak keluar weekend pun tak boleh.
Bukan aku tak nak bawa. Simpanan aku dah kering—cover perbelanjaan selepas aku decide untuk tutup bisnes. Suami aku hanya mampu cari duit untuk bayar sewa rumah.
Barang dapur? Cukup untuk beli telur, bawang, bawang putih, some sauces. Ayam, ikan memang dah lama tak merasa. Utiliti pun dah 3 bulan tertunggak.
Selepas aku berhenti bisnes, memang serabut hidup kami. Dia sentiasa bad mood sebab pening nak cover komitmen bulanan. Hari ni dapat surat merah TNB nak potong elektrik.
Jadi, adakah aku selfish dengan stop bekerja yang menyebabkan kesusahan yang kami hadapi sekarang?
P/S: Suami aku kurang bahagian tu je. Tapi dia bukan seorang yang baran, dan suami aku sangat sayang aku. Memang jenis berkepit 24 jam.
Kerja rumah kalau aku minta tolong, dia akan buat walaupun lambat. Hubungan dengan anak-anak okay walaupun anak-anak lebih rapat dengan aku.
– Puan Cengkih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
As a woman, penting utk kau ada income sndri. Hal laki kau culas nafkah, tu biar Allah uruskan. Kau ada anak² yg perlu sihat mental fizikalnya. Sbb kau sakit hati kat laki kau, dah anak² pulak kena main teka teki. Kau diskas la dgn laki kau. Tahap mana yg dia mampu utk nafkahkan. Selebihnya terserah. Kau nak bantu, bantu. Kalau tidak, jd la mcm kau skrg ni. Kau communicate la dgn dia. Ckp apa yg kau tak suka. Kot² perlu, kau azankan telinga laki kau hari². Mintak Allah lembutkan hati dia. Sedarkan dia tggjwb dia. Or else, kau keje blk, earn 20k mcm dlu, then kau idop sndri dgn anak². Last resort dh tu.
DARI AWAL KO DAH BAGI SUSU KAT laki ko.Ko pulak jd provider nafkah sedangkan laki ko hidup dgn hasil ko.Ko dah buat kesilapan dari awal dgn manjakan dia dgn duit sendiri.Silap besar tu kak
Sebab tu laki ko jd kedekut tak peduli anak bini.Ko dah ajar dia duit dr awal
Bila dia dah kerja dpt gaji banyak.dia akan culas nafkah hinggakan langgam betina jual burit di luar.Entah2 betina tu dimewahkan dgn duit dia.ko je bodoh sis jd kuda tunggangan
Eh ko perasan yg dia syg ko???kalau dia btl syg dia takkan langgan betina2 penjual burit sis.Itu dah red flag terbesar dan pengkhianatan TERBESAR
Dia stay dlm perkahwinan dgn ko bkn sebab dia syg..sebab dia nmpk ko blh jd kuda tunggangan/supply dia tu je
Berpisahlah sis..kenapa ko sanggup bela lelaki haprak lelaki penzina lelaki biawak…
Jgn jd bodoh ya..laki ko nak tunggang ko habis2 je sedangkan dia berseronok dgn betinapenjual burit busuk di luar sana
Kenapa puan dan anak2 yang kena tempias nya sedangkan suami puan yang buat perangai? Puan kena ada income sendiri. Wajib. Tapi letak nafkah wajib yang suami puan kena provide yang before ni puan bayar. Puan rasa dengan tiada pendapatan dari puan, suami akan jadi auto provider ke? Saya harap puan dpt build balik kewangan puan, tapi bukan utk tanggung nafkah yg wajib suami provide.
wei, dh untung puluh2 ribu, tiba ko pergi hidup makan duit laki ko.. dh kenapaaaa.. patut ko bg je laki ko tu dekat maknya. apa bendaaaaa ko ni, rekaan ke apa? tak tally langsung, berkepit 24jam, tp semua kerja ko buat, lps tu boleh plak langgan janda2 memacam tu. ahhhhh, xleh hadam.
Tugas suami/ayah adalah sebagai provider, dan isteri dan anak2 kena ikut kemampuan suami/ayah. Cuma zaman sekarang ni si isteri rasa boleh bekerja untuk membantu walaupun bekerja dari rumah. Tapi pahamkan maksud membantu tu. Membantu adalah bila kita rasa nak bantu baru buat, bukan buat benda tu dari A to Z sepanjang masa macam dah jadi tanggungjawab kita pula. Last-last kita yang makan hati. Dapat pula orang yang kita bantu tu sejenis ‘take for granted’.
.
Kadang-kadang perlu juga jadi selfish untuk kebaikan. Kalau tak selfish, sampai bila-bila suami tu akan selesa ditanggung, selesa biarkan si isteri handle semuanya. Dan jangan sedih sgt sebab tak dapat bagi keselesaan kepada anak-anak, ini adalah cara nak didik anak erti hidup susah, erti susahnya mencari duit. Andai kata sis bina balik kerjaya dan income (dan masih bagi peluang kt suami), jangan bantu suami dari A to Z dah. Nak belanja sikit-sikit boleh lah macam harijadi atau anniversary setahun sekali. Anak2 pula jangan selalu dibelanja melebihi kemampuan duit ayah dorang. Better masukkan je dalam tabung masa depan anak2 (tak perlu sampai ke pengetahuan suami sis)
suami syg sgt bekepit 24jam, tapi chat dgn janda2, pelik….,,
Klaw dia susmi yg ‘baik’ & bertanggungjwb dgn kluarganya, dari awal perkahwinan lg dia dah bg nafkah utk kluarga, x kisah lah kerja sendiri or kontrak pon, klaw mmg dia x mampu, mngkin bole bincang utk bhagi2 commitment, bkn suami yg ‘baik’ klaw spanjang mlm layan ‘game’ or laman yg bawa kpd maksiat suma tu.. langkah awk utk ttup biz n jd ‘biawak hidup’ tu bkn satu langkah yg bijak, krn ianya akn tetap affect pelajaran dan perkembangan ank2 yg perlukan macam2 utk blajar n hidup.. sebaiknya awak bincang la elok2 dgn suami tentang semua perkara dlm kluarga.. klaw dah xde jln penyelesaian, mngkin awak bole bukak biz semula & ikut haluan masing2, (berpisah) klaw itulah cara hidup yg suami awak nak.. n xboleh berubah.. wallahu a’lam bissawab
Memang ada perempuan yang lebih rela hilang everything daripada hilang suami meskipun suami dia dah buat mcm2 hal buruk. Bagi dia, suami yg paling penting. Kebahagiaan anak dan diri dia tak penting. Sebab itu TT masih tenang2 je biarpun masalah duit dah makin teruk asalkan suami berkepit dengan TT.
.
Kalau nak suruh suami jadi lebih bertanggungjawab, serahkan balik tugas provider pada dia. tak perlu sampai berhenti buat bisnes dan berhenti keje. TT boleh je kerja dan buat simpanan untuk masa depan anak-anak. Lagi-lagi untuk pendidikan mereka, untuk beli jiwa mak ayah, bercuti satu keluarga. Tak perlu lah gunakan duit TT untuk hal-hal nafkah.
Jika puan hebat berniaga, why not buat sama2 dengan suami sebagai partnership. Buka akaun perkongsian. Ianya mudah kamu control perangainya. Kadangkala lelaki ni ada yang jenis lambat matang sebab selalu dimanjakan masa dia kecil.