Perlukah Aku Bertahan?

Assalamualaikum warga IIUM Confessions. Terima kasih admin kerana sudi post confession saya ini. Saya menulis di sini kerana saya tidak tahu hendak luahkan pada siapa.

Saya adalah seorang yang bekerja dalam bidang profesional dan dalam bidang tersebut, saya dianggap sebagai penyelesai masalah orang lain dan karakter saya juga seorang yang ceria di hadapan orang lain jadi begitulah saya tak tahu nak luahkan masalah pada siapa.

Saya seorang ibu pada 3 orang anak, masing masing berumur 8, 6 dan 2 tahun. Suami saya bekerja sebagai seorang penjawat awam. Masalah saya adalah, saya rasa semakin lama saya semakin tertekan dan tidak faham dengan sikap suami saya.

Untuk makluman, suami saya mempunyai masalah kewangan iaitu kebanyakan gajinya habis untuk pinjaman, jadi sayalah yang banyak keluarkan duit untuk perbelanjaan keluarga.

Untuk bayaran pinjaman rumah pun saya lunaskan setiap bulan hampir 2 ribu juga yang itu. Begitu juga dengan takaful anak-anak, keperluan anak, perbelanjaan diri sendiri, minyak kereta semua menggunakan duit saya sendiri.

Masalah suami saya adalah, dia mengatakan yang saya berkira dengan dia, iaitu saya pernah mengatakan duit yang saya berikan pada dia adalah hutang.

Untuk makluman warga IIUM Confessions, kali terakhir saya kira jumlah duit yang saya dah berikan pada dia adalah 7 ribu, dan selebihnya saya dah malas nak kira. Suami yang bagitahu dia nak pinjam duit, jadi adakah salah saya bila menganggap duit tersebut adalah hutang?

Dia menuduh saya tidak ikhlas sayangkan dia, dan mengatakan saya tidak faham dia, biarkan dia susah sendiri. Sungguh saya tidak faham apa lagi yang tidak kena.

Kalau dia minta tolong, saya beri sahaja duit tanpa banyak soal sebab memikirkan keamanan rumahtangga, tetapi kebelakangan ini, dia kerap tiba tiba sahaja buat ‘silent treatment’ kepada saya.

Bila saya usaha untuk ‘confront’ dia mengatakan tidak ada guna dia bercakap sbb saya tidak faham dia dan tidak berikan dia bantuan walaupun setelah dia berikan ‘hint’.

Sungguh saya berasa keliru dengan suasana sekarang. Salah sayakah jika saya tidak faham walaupun tanpa penerangan apa-apa?

Saya sendiri walaupun tidak cukup duit saya selalu usaha untuk cukupkan dengan apa apa cara yang boleh, tetapi kenapa suami saya buat perangai seolah olah dia pula seorang isteri?

Saya sekarang sampai 1 tahap, saya nak terus dengan perceraian. Sebab bagi saya, cukuplah saya dibuli secara mental. Lagi lama bertahan saya takut saya akan gila.

Dahulu dari tahun 2020-2022 dia selalu pukul saya secara fizikal, tetapi sekarang dia dera secara mental pula. Jadi saya dah penat dan taknak dah teruskan.

Cumanya sekarang yang menjadi kerisauan, dia ugut saya yang dia akan berhenti kerja dan pindah balik tinggal di kampung.

Saya sangat sedih sebab anak anak kami ada hubungan yang rapat dengan dia jadi saya ingat selepas bercerai saya nk berikan 10 hari dalam sebulan untuk anak anak bersama dia. Jika dia berhenti kerja, pastilah anak2 akan jarang dapat berjumpa dia.

Dia ada cakap juga boleh jika takmahu dia berhenti kerja, tapi dia akan ambil anak2 dan pindah tempat kerja ke kampung. Dia kata di sini tiada tempat tinggal sebab rumah kami tinggal sekarang atas nama saya seorang.

Yang ini sudah pastilah saya tidak bersetuju kerana dari segi undang-undang, saya sebagai ibu adalah orang paling berhak ke atas penjagaan anak-anak dalam tempoh perkahwinan ataupun selepas perceraian.

Tolonglah warga IIUM Confessions, berikan semangat pada saya. Saya sangat risau kalau betul dia ambil keputusan berhenti kerja dan balik kampung sekaligus jauhkan diri dari anak-anak, saya risau emosi anak-anak akan terkesan. Anak-anak adalah segala galanya bagi saya.

Untuk saya teruskan perkahwinan ini saya rasa dah tak sanggup sebab suami tetaplah dengan pendirian dia bahawa dia betul saya yang salah sebab berkira.

Saya dah cuba bagitahu saya tak ada masalah untuk sokong dari segi kewangan tapi tolonglah jangan buat ‘silent treatment’, saya sedih dan tertekan. Tapi dia mengatakan saya layak dilayan sebegini.

Jadi bagi saya, kalau nafkah zahir pun tak mampu beri sebagai suami, nafkah batin iaitu perhatian dan kasih sayang juga tak mampu berikan lebih baik saya tak ada suami.

Atau fikiran saya seperti ini salah, saya pohon sangat bantuan nasihat dari warga IIUM Confessions. Saya sangat buntu sekarang.

– Athirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Puan, lelaki yg suka buat silent treatment ni sgt sukaaaa main ugut2. Abaikan ja la. Berani ke suami puan nak berenti keje gomen sdgkn loan dia dah cecah tanah? Puan buat solat hajat dan istikarah minta petunjuk Allah. Dah dpt jawapan dan ketetapan hati, puan jalan terus. Jika bertahan adalah jawapannya, cuba pergi jumpa kaunselor perkahwinan dan minta solusi.

    • betul. saya setuju dengan Ibrahim. jika bertahan adalah jawapan nya, pergi ke kanselor perkahwinan. cari apa punca suami seperti itu. masalah kewangan? mungkin betul suami memang tengah susah. puan pujuk dia untuk cerita yang sebenarnya, sama-sama cari solusi. boleh try ke AKPK untuk bantu arrange balik belanjawan bulanan/ hutang suami. penat sebenarnya kalau hari hari asyik fikir duit ja. mula amalkan setiap kali balik/ masuk rumah baca surah Al-Ikhlas untuk ketenangan seisi rumah.

      tapi jika puan memang dah tak tahan, puan tahu jawapan apa yang patut puan buat. apa pun, hati kena kuat dan sedia untuk setiap keputusan. selamat maju jaya puan!

  2. Suami puan adalah seorang manipulative; play victim, guilt-trip, sentiasa betul orang lain salah dan lain2 lagi lah. Pendek kata orang selalu kata jenis narsistik.

    Kalau saya jadi puan, saya akan tenang sj dan akan teruskan dengan penceraian. Dia ugut nak bawak anak2 ke kampung? Kalau bawak mahkamah ni hak penjagaan puan yang akan dapat. Nafkah zahir pun culas ada hati nak bawak anak2 ke kampung.

    Saya ada seorang makcik yang membesarkan 4 orang anak sendirian selepas bercerai masa anak bongsunya mungkin dalam umur beberapa bulan-setahun. Makcik saya seorang yang tegas, tidak putus asa turun naik mahkamah seperti yang dijadualkan, yang si ex nya kejap ada kejap takde macam chipsmore. Bila selesai proses bercerai, dia memang syukur sangat sebab dapat mulakan hidup baru. Ex-suaminya ada masa2 dia boleh datang ambil anak mengikut jadual giliran, makcik saya akur sj lah. Sekarang anak2 nya sudah bekerja dan berkahwin dan dia pula tengah menikmati hari2 pencen dan perbanyakkan ibadah. Tipulah kalau tiada orang yang mengata dia, tapi dia hanya berserah dan bergantung kepada Allah sahaja.

    Kalau suami dah start naik tangan, nekad sajalah untuk bercerai. Dulu pukul dan dera mental, sekrang tak pukul sbb mngkin dah penat so dera mental saja. Nak bertahan demi anak? Risau emosi anak2 sebab si ayah membawa diri? Saya lagi risau mental anak tercalar jika membesar tengok mak nya selalu kena marah kena pukul depan mata. Bagus ke macam tu? Puan yakin ke kalau tak bercerai suami puan akan berubah lagi2 hal nafkah? Orang narsistik susah nak berubah. Dia akan pergunakan emosi puan yang lembut untuk tujuan yang dia nak termasuk dengan cara ‘love bombing’ buat puan cair dan percaya dia telah berubah.

  3. Memang patut pon puan kata dia berhutang.., sepatutnya mse dua mintak surat, buat surat perjanjian utk byr, mcm kes yg dibawa ke lawyer tu.. Klaw dia berhenti kerja n nk bwak ank2 tinggal d kampung, drlapas bercerai dgn puan, puan bole ‘fight’ dlm mahkamah syari’ah yg puan lebih layak krn puan ada pendapatan tetap dan ibu lbh layak jaga ank2 yg membesar, kecuali lah mrk dah berumur 21 thn ke atas, mngkin mrk bole pilih nk tinggal dg siapa.. suami tu sbenarnya nk ugut2, sbb dia tahu kelemahan puan & nk ambil kesempatan atas simpati & ketakutan atas ugutan dia tu.. lelaki mcm ni mmg pemalas & takde harga diri.., sedarlah diri awk tu suami yg patut jd provider, bkn pemintak sedekah dari isteri.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *