Salam semua. Aku diselamatkan dari terkena penyakit kelamin kerana kopi!
Aku rasa nak cerita pasal mula2 aku syak suami aku curang.
Kalau aku ingat balik, bila Allah nak bagitahu, walaupun sekecil clue kau akan jumpa.
Satu hari, aku balik dari kerja dalam jam 6.30pm. Aku terus berlari ke tandas dapur sebab tak tahan.
Eh dalam tandas ada suami aku pula. Tandas bilik tidur pula dekat atas. Jadi aku masuk tandas bilik ofis suami aku.
Suami aku WFH jadi dia ada bilik kerja dia sendiri.
Masuk je tandas tu aku bau kopi! Lepas check rupanya bau kopi dalam mangkuk tandas!
Suami aku tak minum kopi. Aku je minum kopi.
Kali terakhir aku guna tandas ofis suami aku tu seminggu lepas. Tak mungkin la bau kencing aku kan. Confirm bau kencing orang lain!
Aku ni coffee drinker dan mungkin juga coffee lover. Hari2 wajib minum kopi.
Dalam rumah aku ada semua alat2 untuk buat kopi, dari scale, grinder, tamper, french press, tower kettle, froster, shot glass dan lain2.
Jenis biji kopi pun aku stok dari robusta, arabica, liberica yang pelbagai tahap panggang dari light roast ke dark roast.
Malam tu aku tanya suami, ada minum kopi ke. Suami kata tak ada. Aku tanya lagi ada siapa2 datang ke? Suami kata tak ada.
Kadang2 kawan ofis dia datang (lelaki) dan minum kopi tapi kali ni suami kata tak ada datang.
Aku confirm ye tu bau kopi dari air kencing. Siapa yang suka minum kopi mesti perasan kan bau kencing lepas minum kopi tu.
Jadi siapa? Kenapa sampai nak menipu ada orang datang tapi kata tak ada siapa2 datang. Aku sangat2 curiga tahap dewa.
Aku beli CCTV wireless sorok dalam almari kasut. Almari tu ada lubang-lubang.
Suami aku WFH kan jadi dia jarang buka almari kasut tu sebab selipar kegemaran dia selipar jemur je. Pergi mana2 pun selipar jepun.
Minggu ke-2 baru tertangkap scandal dia. Masa tu aku tak rasa apa2 dah sebab dari kes bau kencing kopi tu sebenarnya aku dah ready.
Bila dah masuk rumah tu, faham2 la apa yang mereka buat. Patut la tiba2 nak beli katil single letak dalam bilik ofis tu. Katanya untuk tidur rehat petang. LOL.
Lepas confront, gaduh, sesi pujuk memujuk, menangis dan sebagainya. Kes selesai dengan cepat sebab ada bukti CCTV. LOL.
Mungkin aku ni hati batu sebab aku tak sedih. Aku tahu aku dah buat yang terbaik untuk aku dan dia. Dia yang pilih jalan ni.
Pahit untuk ditelan tapi aku lagi rela dia kata nak bagi aku madu dari berzina belakang aku.
Aku bersama suami dari dia pakai motosikal kapcai ke kereta buatan tempatan ke kereta biyendabeyu!
Dari menyewa bilik sebab tak mampu sampai mampu beli rumah banglo!
10 tahun dibazirkan sekelip mata seperti flush tandas.
Tu je la cerita aku. Isteri dan suami diluar sana, saya tekankan jangan ignore small details yang Allah nak tunjuk.
– PuanT (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit